Servis Buat Landing Page Malaysia — RM799

Servis Buat Landing Page Yang Tukar Pelawat Jadi Pembeli

Untuk pemilik bisnes di Malaysia yang penat buang duit iklan tanpa hasil. Dapatkan servis buat landing page murah yang direka khas untuk run iklan — siap 24 jam dengan RM799 one-time.

Harga RM799 sudah termasuk pixel tracking, hosting percuma, dan copywriting profesional. Tiada kos bulanan, tiada lock-in.

Lihat Tawaran

Ada soalan dulu? Tanya saya di WhatsApp

Siap dalam 24 jam

Jaminan wang dikembalikan

176+ projek selesai

Apa Kata Pelanggan Yang Guna Servis Saya

Dari peringkat awal bisnes sehingga mempunyai kedai fizikal sendiri, sistem dan website yang dibangunkan banyak membantu membina kepercayaan pelanggan dan memudahkan operasi harian kami.

Wan

Wan

Founder

Sistem custom yang dibangunkan benar-benar mengikut aliran kerja bisnes kami. Operasi menjadi lebih teratur, lebih pantas dan lebih mudah dipantau setiap hari.

Zulkhairi Zainal

Zulkhairi Zainal

Founder

Very efficient awk buat keje... nanti nak recomment kat org lain jugak

Pn Haslinda

Pn Haslinda

founder

176+

Projek Selesai

98%

Klien Berpuas Hati

24jam

Masa Siap

Masalah & Solusi

Kenapa Landing Page RM799 Berbaloi Untuk Bisnes Anda?

Masalah Anda Sekarang

  • 1

    Duit iklan habis beribu tapi website tak convert. Pelawat datang, tengok, dan terus blah.

  • 2

    Website anda nampak 'biasa-biasa'. Tiada trust, tiada urgensi, tiada sebab untuk mereka beli.

  • 3

    Anda tahu bisnes anda bagus, tapi tak tahu macam mana nak sampaikan mesej dengan berkesan online.

Solusi Saya

  • Landing page yang direka khusus untuk satu tujuan. Tukar pelawat jadi pembeli dengan struktur jualan yang terbukti.

  • Reka bentuk profesional dengan elemen trust (testimoni, jaminan, bukti sosial) yang buat pelanggan yakin dan terus beli.

  • Copywriting yang 'bercakap' terus kepada masalah pelanggan anda dan pandu mereka tekan butang beli.

Tawaran Istimewa

Servis Buat Landing Page Murah Malaysia RM799

Satu pakej lengkap. Tiada kos tersembunyi. Tiada pening kepala.

  • Landing page 1 halaman penuh — reka bentuk premium, mobile-optimised, siap pasang tracking pixel

  • Copywriting yang bercakap terus kepada customer anda dan pandu mereka tekan butang beli

  • WhatsApp CTA + prefill message — auto tangkap leads 24 jam tanpa henti

  • Hosting cloud percuma — loading laju, tiada bulanan. Domain boleh saya uruskan

  • Siap & live dalam masa 24 jam — dari design sampai publish

Harga pasaran dengan hosting + tracking setup:

RM2,000 – RM5,000

Harga Anda

RM799

Jimat RM1,201 – RM4,201

Bayaran sekali sahaja. Tiada yuran bulanan.

Jaminan wang dikembalikan 100%

Konsultasi percuma sebelum bayar

Harga & Nilai

Kenapa Landing Page Murah RM799
Bukan 'Cheap' Tapi Efficient

RM2,000 – RM5,000

Harga Agensi Biasa

  • ✗ Design generic, guna template
  • ✗ Tracking pixel setup extra charge
  • ✗ Hosting berbayar bulanan
  • ✗ Proses 1-2 minggu
  • ✗ Bayaran bulanan berterusan

RM799

Sekali Bayar — Siap 24 Jam

  • ✓ Landing page siap 24 jam
  • ✓ Facebook & TikTok Pixel setup included
  • ✓ Cloud hosting percuma (tiada bulanan)
  • ✓ Copywriting profesional
  • ✓ Jaminan wang dikembalikan

Servis buat landing page murah Malaysia ini bukan tentang murah — ia tentang efficiency. Saya dah optimize proses dari design sampai publish supaya dalam 24 jam landing page anda dah boleh mula tarik leads. Harga RM799 adalah sekali bayar, tiada kos tersembunyi.

Asas

Apa Itu Landing Page?

Landing page ialah satu halaman web yang direka untuk satu tujuan sahaja — tukar pelawat jadi pelanggan. Ia bukan website penuh, bukan homepage. Ia mesin jualan untuk iklan anda.

Satu tujuan, satu tindakan — fokus 100% pada satu CTA: WhatsApp, borang, atau butang beli.

Tiada menu yang mengganggu — pelawat tak boleh "hilang" ke halaman lain.

Struktur jualan berlapis — dari tarik perhatian sampai tutup jualan.

Elemen trust — testimoni, bukti sosial, dan jaminan untuk buang keraguan.

Tracking pixel — setiap klik dan lead direkod untuk optimize iklan anda.

Laju & mesra mobile — majoriti trafik iklan datang dari telefon.

Pendek kata: website menerangkan bisnes anda. Landing page menjual. Bila anda run iklan, anda perlukan halaman yang tak bagi pelawat peluang untuk lari.

Baru bermula? Baca panduan asas apa itu landing page atau panduan lengkap landing page Malaysia. Ikuti juga siri Landing Page & Marketing.

5 Bahagian Landing Page Yang Convert

Landing page yang berkesan bukan sekadar cantik. Ia disusun mengikut urutan psikologi pembeli — dari perhatian, kepercayaan, sampai tindakan.

1. Hero & Headline

Ayat pertama yang menjawab "apa ini dan kenapa saya patut peduli?" dalam 3 saat.

2. Masalah

Tunjuk anda faham masalah pelawat sebelum jual apa-apa.

3. Tawaran

Apa yang anda beri, untuk siapa, dan apa hasil yang mereka dapat.

4. Bukti

Testimoni, hasil kerja, dan jaminan untuk buang keraguan terakhir.

5. CTA

Satu tindakan jelas yang senang dibuat — biasanya WhatsApp atau borang ringkas.

Apa yang BUKAN landing page: homepage website, blog post, atau halaman "tentang kami". Semua ini ada pelbagai pautan dan tujuan — bagus untuk kredibiliti, tetapi lemah untuk tukar trafik iklan jadi jualan. Landing page sengaja "sempit" fokusnya, sebab itulah ia convert.

Landing Page Dalam Funnel Bisnes Anda

Fikirkan funnel jualan anda dalam tiga lapisan. Di atas, iklan menarik perhatian dan membawa trafik. Di tengah, landing page meyakinkan pelawat dan menukar minat jadi tindakan. Di bawah, WhatsApp atau sistem anda menutup jualan. Masalahnya, lapisan tengah inilah yang paling kerap bocor — pelawat datang, tapi tak bertindak. Sebab itu, memperbaiki landing page selalunya memberi pulangan paling besar berbanding menambah bajet iklan.

Siapa Yang Paling Perlukan Landing Page?

Penjual produk yang run iklan Facebook atau TikTok.
Penyedia servis yang nak kumpul lead WhatsApp.
Ejen hartanah, kereta, atau insurans.
Homestay, hotel, dan bisnes tempahan.
Coach, trainer, dan penganjur webinar.
Kedai emas, gym, dan bisnes yang perlukan trust.

Perbandingan

Beza Landing Page dan Website

Ramai keliru antara kedua-duanya. Bezanya mudah: website menerangkan, landing page menjual.

Aspek
Landing Page
Website
Tujuan
Satu tindakan: dapatkan lead atau jualan
Memperkenalkan keseluruhan bisnes
Struktur
Fokus, tiada menu mengganggu
Banyak halaman, menu, dan pilihan
Trafik sesuai
Iklan berbayar (Facebook, TikTok, Google)
Carian organik, kredibiliti, branding
Fokus
Conversion — tukar pelawat jadi pelanggan
Informasi dan kredibiliti
Masa siap
24 jam
Minggu ke bulan

Guna landing page bila...

  • Anda run iklan berbayar dan nak hasil segera.
  • Anda promosi satu produk, servis, atau tawaran.
  • Anda nak kumpul lead atau tempahan.

Guna website bila...

  • Anda nak bina kredibiliti dan branding jangka panjang.
  • Anda ada banyak produk atau perkhidmatan.
  • Pelanggan mencari anda melalui Google secara organik.

Kesilapan paling mahal: hantar trafik iklan ke homepage. Homepage ada banyak pilihan dan pautan — pelawat hilang fokus, dan duit iklan anda terbakar tanpa hasil. Untuk iklan, mesti landing page.

Baca lanjut: landing page untuk bisnes kecil Malaysia. Nak semak halaman sedia ada anda? Grade landing page anda percuma.

Kenapa landing page convert lebih tinggi?

Sebab ia buang semua gangguan. Tiada menu, tiada pautan keluar, tiada pilihan yang memeningkan. Pelawat hanya ada satu jalan: bertindak atau tutup. Dalam dunia iklan, setiap klik yang tersasar bermakna duit terbakar.

Boleh guna kedua-duanya?

Boleh, dan memang disyorkan. Website bina kredibiliti jangka panjang; landing page tangkap trafik iklan. Ramai klien saya mula dengan landing page dulu untuk dapat hasil pantas, kemudian bina website bila bisnes berkembang.

5 Kesilapan Yang Saya Selalu Nampak

  • Hantar trafik iklan ke homepage, bukan landing page khusus.
  • Letak terlalu banyak CTA dalam satu halaman sampai pelawat keliru.
  • Tiada bukti sosial — tiada testimoni atau hasil kerja yang boleh dilihat.
  • Halaman lambat load — pelawat keluar sebelum sempat baca tawaran.
  • Tiada tracking pixel — anda optimize iklan atas data yang salah.

Landing page vs link bio atau page Facebook?

Ramai peniaga guna link bio atau page Facebook sebagai "halaman jualan". Ia percuma dan senang, tetapi ia milik platform, bukan milik anda. Anda tak bebas letak pixel, tak boleh kawal struktur, dan algoritma boleh berubah bila-bila masa. Landing page pula milik anda sepenuhnya — boleh diukur, diuji, dan dioptimize. Untuk jualan yang serius, ia bukan pilihan tambahan, ia keperluan.

Portfolio

Hasil Kerja Saya

Landing page yang saya bina — semuanya live dan berfungsi sepenuhnya.

RatuSari Homestay
RatuSari Homestay
Jualan Booking Software
Jualan Booking Software
ZG Autotrade
ZG Autotrade
Projek Iqra
Projek Iqra
Ejen Penjual Hartanah
Ejen Penjual Hartanah
Hotel Untuk Kucing
Hotel Untuk Kucing
Penjual Kereta
Penjual Kereta
RA Jewels
RA Jewels
NEO Therapeutics
NEO Therapeutics
Web eServe Platform
Web eServe Platform
Platform Belajar Digital
Platform Belajar Digital
Syahlyn Circle
Syahlyn Circle

Landing page direct-booking untuk homestay di Port Dickson — pakej harga, galeri rumah, testimoni Google dan tempahan terus melalui WhatsApp.

Landing page untuk software tempahan homestay — booking automatik, payment gateway, WhatsApp notification.

Landing page untuk kereta premium recond dan servis

Landing page untuk Projek Iqra - NGO yang membantu individu yang kurang berkemampuan untuk pendidikan

Landing page untuk ejen hartanah — senarai property, lead capture, jadual appointment.

Hotel & Spa Kucing pilihan ramai di KL untuk pawparents yang sibuk tapi mahukan kucing kesayangan mereka selamat, dimanjakan, dan bebas stres.

Landing page untuk salesman kereta - senarai kereta, lead capture, promosi.

Landing page untuk kedai emas - Harga emas realtime 24/7

Landing page keahlian NEO Therapeutics — pendaftaran ahli, pricing plan, info program.

Landing page portal e-serve — pendaftaran merchant, online store, dashboard.

Landing page platform pembelajaran digital — senarai kursus, testimonials, daftar terus.

Landing page komuniti pendapatan tambahan — pendaftaran minat, lead capture WhatsApp, testimonials ahli, FAQ.

Contoh Kes Study

Dari Masalah ke Hasil

Setiap landing page yang saya bina bermula dengan satu masalah bisnes. Ini dua contoh bagaimana ia diselesaikan.

ZG Autotrade landing page

ZG Autotrade

Kereta Premium Recond
Masalah
Showroom kereta premium recond sukar nampak mewah dan meyakinkan melalui WhatsApp sahaja. Pelanggan ragu dengan kualiti dan reputasi.
Pendekatan
Landing page visual premium dengan galeri unit, elemen trust, dan CTA WhatsApp terus ke sales. Fokus pada keyakinan pembeli sebelum mereka hubungi.
Hasil
Pelanggan datang ke showroom dengan niat yang lebih serius — bukan sekadar tanya harga. Proses jualan jadi lebih pantas.
RatuSari Homestay landing page

RatuSari Homestay

Homestay & Penginapan
Masalah
Homestay satu unit di Port Dickson ini mahu menerima tempahan terus. Trafik datang dari Google Ads, tetapi belum ada halaman yang menerangkannya — harga, fasiliti, lokasi dan ketersediaan terpaksa ditanya satu per satu melalui WhatsApp.
Pendekatan
Satu halaman yang mengumpul semuanya: harga harian dan pakej, fasiliti, galeri rumah, ulasan Google, jarak ke pantai dan tempat menarik, FAQ serta peta. Tindakan utamanya satu — butang WhatsApp yang mengisi tarikh check-in, check-out dan bilangan tetamu secara automatik.
Hasil
Tetamu boleh buat keputusan sebelum hantar mesej. Pertanyaan melalui borang utama sudah lengkap dengan tarikh dan bilangan tetamu, jadi pemilik boleh jawab dalam satu balasan. Halaman ini dibina sebagai destinasi Google Ads, dengan klik WhatsApp dan lead diukur melalui GA4.

Lihat lebih banyak hasil kerja di portfolio saya.

Apa persamaan kedua-dua kes ini?

Kedua-duanya bukan masalah "design tak cantik". Masalah sebenar ialah pelawat tak tahu nak buat apa. Bila landing page jelas, ada trust, dan ada satu tindakan, conversion naik tanpa perlu tambah bajet iklan.

Kadar Conversion

Berapa peratus pelawat yang hubungi atau daftar.

Kos Per Lead

Berapa anda bayar untuk setiap prospek dari iklan.

Kualiti Lead

Adakah prospek serius, atau sekadar tanya kosong.

Jangan Biar Pelanggan Lari Lagi.

Setiap hari tanpa landing page yang betul, anda rugi jualan. Ambil langkah sekarang, mudah sahaja.

Langkah 1:

Klik butang & isi maklumat

Langkah 2:

Bayar online — selamat

Langkah 3:

Landing page siap dalam 24 jam

Ada soalan? Tanya dulu di WhatsApp

Soalan Lazim

Ada soalan? Saya ada jawapannya.

Semua yang perlu anda tahu sebelum mula buat landing page bersama saya.

Ya, betul! Countdown 24 jam akan bermula sebaik sahaja bayaran RM799 disahkan dan saya menerima semua bahan yang diperlukan (gambar produk, content, etc). Anda akan dapat link landing page yang dah siap live keesokan harinya.

Saya gunakan 5-Part Structure yang fokus membawa pelawat dari sekadar tengok → yakin → terus bertindak. Setiap bahagian disusun dengan strategi conversion seperti headline yang menarik perhatian, elemen trust, tawaran jelas, dan Call-To-Action (CTA) yang kuat. Selain itu, saya juga install Pixel/Tag Tracking untuk rekod data pelawat, klik butang, dan tindakan penting supaya anda boleh buat retargeting ads serta optimize kempen berdasarkan data sebenar.

Anda boleh grade landing page anda sekarang secara percuma. Alat ni akan analisa halaman anda dan bagi markah serta cadangan spesifik apa yang perlu diubah untuk naikkan conversion rate. Tak guna apa-apa pun — bagi url landingpage anda je.

Tiada yuran bulanan untuk hosting! Saya akan letakkan landing page anda di cloud hosting berprestasi tinggi secara percuma. Kerana ia hanya landing page static content. Anda hanya perlu beli nama domain sahaja (contoh: www.bisnesanda.com) dan ia akan didaftarkan di bawah akaun anda sendiri supaya anda ada hak milik mutlak (Nak saya uruskan pun boleh).

Renewal domain boleh dilakukan oleh anda sendiri (full ownership).

Jom baca Kenapa Founder Kena Beli Domain Sendiri?

Sudah tentu! Landing page price RM799 ini akan siap termasuk pemasangan Pixel Tracking. Landing page anda akan bersedia sepenuhnya untuk track setiap pelawat, dan pembelian dari kempen iklan anda.

Dengan bayaran sekali sahaja (one-time) RM799, anda akan dapat:

  • Siap pantas dalam 24 jam.
  • Reka bentuk High-Conversion 5-Part Structure.
  • Pemasangan Tracking Pixel/Tag.
  • Hosting static website berkelajuan tinggi tanpa cas bulanan.
  • Copywriting flow yang kemas dan sedia untuk terima trafik.

Masih ada soalan lain? Jangan segan untuk hubungi saya terus.

Gallery

Galeri Projek Saya

Klik mana-mana screenshot untuk lihat penuh — semua landing page ini live dan berfungsi.

Blog

Dari Blog Tentang Landing Page

Idea dan pandangan saya mengenai development landing page.

04 Nov 2026 Landing Page Malaysia 2026: Perbandingan Harga, Kos dan Pakej

Landing Page Malaysia 2026: Perbandingan Harga, Kos dan Pakej

Harga landing page Malaysia 2026: pecahan kos sebenar, RM799 vs agensi, dan checklist sebelum bayar. One-time, siap 24 jam.

Baca Artikel
02 Nov 2026 Landing Page Ejen Hartanah: Tukar Klik Iklan kepada Permintaan Viewing

Landing Page Ejen Hartanah: Tukar Klik Iklan kepada Permintaan Viewing

Ketahui cara landing page hartanah membantu ejen menyusun maklumat listing, menapis pertanyaan dan mendapatkan permintaan viewing melalui WhatsApp.

Baca Artikel
30 Oct 2026 Landing Page untuk Kedai Makan: Jangan Hantar Trafik Iklan ke Facebook

Landing Page untuk Kedai Makan: Jangan Hantar Trafik Iklan ke Facebook

Landing page restoran untuk traffic iklan. Paparkan menu, promo, lokasi dan WhatsApp supaya pelanggan lebih mudah buat order.

Baca Artikel
26 Oct 2026 Satu Link Referral Untuk Semua Ejen Nampak Kemas. Itu Juga Buat Conversion Lemah.

Satu Link Referral Untuk Semua Ejen Nampak Kemas. Itu Juga Buat Conversion Lemah.

Satu link referral untuk semua ejen nampak kemas, tapi lead tak boleh dijejak dan ejen hilang ownership. Landing page per ejen baiki struktur itu.

Baca Artikel
23 Oct 2026 Kos Buat Landing Page: Pecahan Sebenar, Bukan Harga Pakej

Kos Buat Landing Page: Pecahan Sebenar, Bukan Harga Pakej

Kos buat landing page di Malaysia, termasuk design, copywriting, hosting, tracking dan iklan. Kira bajet sebelum minta quote.

Baca Artikel
19 Oct 2026 Landing Page vs Homepage: Kenapa Iklan Anda Patut Guna Landing Page

Landing Page vs Homepage: Kenapa Iklan Anda Patut Guna Landing Page

Beza landing page dan homepage, kenapa iklan perlukan halaman khusus dan cara kurangkan gangguan untuk tingkatkan conversion.

Baca Artikel
17 Oct 2026 Beza Landing Page vs Website: Nak Guna Yang Mana?

Beza Landing Page vs Website: Nak Guna Yang Mana?

Beza landing page dan website, fungsi setiap satu dan bila patut guna untuk iklan, dapatkan pelanggan atau bina kredibiliti bisnes.

Baca Artikel
09 Oct 2026 Panduan Landing Page: Cara Rancang, Bina & Dapatkan Pelanggan

Panduan Landing Page: Cara Rancang, Bina & Dapatkan Pelanggan

Panduan landing page Malaysia dari perancangan, struktur, CTA, SEO hingga tracking untuk membantu bisnes mendapatkan pelanggan.

Baca Artikel