Sistem Referral & Landing Page
Setiap Ejen Dapat Landing Page Sendiri
Hantar satu link. Setiap ejen & affiliate dapat landing page mereka sendiri — lengkap dengan nama, dan WhatsApp pelanggan terus ke nombor mereka. Anda urus semua kandungan, lead & referral dari satu CMS.
Pain Points
Masalah Yang Anda
Hadapi
Satu link untuk semua orang — ejen rasa tak memiliki page itu, jadi tak rasa perlu promote.
Lead masuk tapi anda tak tahu siapa yang bawa. Susah nak bagi kredit atau komisen.
Nak tukar ayat, harga atau gambar? Kena call developer dulu.
Penyelesaian
Satu sistem. Setiap ejen dapat link & landing page sendiri dengan nama mereka, dan WhatsApp pelanggan terus ke nombor ejen tu. Semua kandungan boleh edit dari admin, dan setiap lead serta referral direkodkan automatik.
Landing Pages
Satu Sistem, Dua Jenis Page
Landing page utama untuk bisnes anda, dan landing page per ejen untuk rangkaian anda — dua-dua dari satu CMS. Klik untuk lihat, skrol dalam frame.
Satu landing page CMS-driven penuh — hero, problem, offer, proof, testimoni, FAQ, form dan CTA. Semua section boleh disusun, disembunyi atau diedit terus dari admin tanpa sentuh kod.
Setiap ejen dapat versi tersendiri di /member/{slug} — nama ejen dimasukkan, kad profil dipaparkan, dan butang WhatsApp terus ke nombor ejen itu dengan mesej pra-isi. Skrol untuk lihat penuh.
Admin Panel
Anda Kawal Semuanya
Bukan sekadar landing page — ada admin panel penuh untuk urus ahli, kandungan, lead dan referral.
Ringkasan bisnes anda — jumlah ahli, ahli aktif, lead baru, referral baru, senarai ahli terkini dengan link referral, dan quick actions.
Susun, tunjuk/sembunyi dan edit setiap section landing page — hero, problem, offer, pricing, proof, testimoni, team, FAQ dan banyak lagi. Semua dari satu skrin.
Edit kandungan dengan preview langsung di sebelah. Tukar headline, subheadline, CTA dan social proof — nampak hasilnya serta-merta sebelum save.
Fungsi Utama
Apa Yang Sistem Ni Buat
Bukan sekadar template landing page. Ini sistem penuh untuk landing page + referral + urus ejen.
16 Jenis Section
Hero, problem, offer, pricing, proof, testimoni, FAQ, CTA, story, steps, video, gallery, guarantee, form, team dan countdown. Cukup untuk bina landing page yang lengkap.
Editor + Live Preview
Edit kandungan terus dari admin dan nampak preview serta-merta di sebelah. Tak perlu tunggu developer untuk tukar ayat, harga atau gambar.
Referral Link Per Ejen
Setiap ejen dapat link unik /member/{slug}. Copy, kongsi. Ahli baru boleh tambah dengan nama, gambar, nombor WhatsApp dan peranan sendiri.
WhatsApp Auto-Personal
Butang WhatsApp pada page ejen akan mesej terus ke nombor ejen itu, dengan nama ejen dimasukkan automatik dalam mesej pra-isi.
Lead & Referral Tracking
Setiap lead direkodkan dengan status (New → Contacted → Converted → Closed), minat, negeri dan cara nak dihubungi. Tahu siapa bawa customer.
Branding + Import/Export
Tukar tema, font dan logo ikut branding bisnes anda. Export/import preset penuh untuk onboard pelanggan baharu dari satu codebase.
How It Works
Cara Operasi
Bincang flow bisnes
Kita tengok dulu macam mana bisnes dan rangkaian ejen anda berjalan, serta apa yang anda nak capai.
Customize reka bentuk
Saya sesuaikan reka bentuk & branding mengikut identiti bisnes anda — warna, font, logo dan susunan section.
Setup & serah
Kandungan, ahli dan link referral dimasukkan, sistem di-deploy, dan anda dapat akses admin penuh.
Comparison
Banding Dengan
Cara Manual
| Benda | Sistem Ini | Manual / Agensi |
|---|---|---|
|
Link & page per ejen |
Setiap ejen satu page | Satu link untuk semua |
|
WhatsApp CTA |
Auto-personal (nama ejen) | Sama untuk semua / manual |
|
Edit kandungan |
Sendiri dari CMS | Call developer / agensi |
|
Lead & referral |
Direkod dalam sistem | Excel / group WhatsApp |
|
Setiap lead tahu siapa bawa |
Ya, automatik | Kena tanya satu-satu |
|
Kos |
Dari RM3500 sekali bina | Yuran agensi bulanan |
Harga
Harga Sistem
Sistem siap + penyesuaian kecil mengikut keperluan flow bisnes anda.
Mula dari
RM3,500
Termasuk setup penuh sistem referral + landing page, dengan penyesuaian kecil pada flow sedia ada.
Apa yang termasuk
-
Deploy pada server & domain anda
-
Setup landing page + CMS penuh
-
Setup ahli / ejen + link referral
-
WhatsApp auto-personal setiap ejen
-
Branding asas (logo, warna, font)
-
Admin panel + onboarding
Reka bentuk landing page yang kompleks — animasi custom, layout unik, atau section tambahan yang banyak — mungkin dikenakan kos tambahan. Kita akan bincang dan setuju harga sebelum mula.
Soalan Lazim
Masih Ada Soalan?
Sesuai untuk bisnes yang ada rangkaian ejen, affiliate, distributor atau komuniti — di mana setiap orang perlukan link rujukan sendiri dan landing page yang nampak personal. Contohnya bisnes produk, membership, agensi hartanah, dan komuniti pendapatan tambahan.
Book sesi demo — saya akan tunjuk sistem live melalui WhatsApp call. Saya akan terangkan aliran kerja, admin panel dan macam mana setiap ejen dapat landing page sendiri, supaya anda boleh nilai sama ada ia padan dengan flow bisnes anda.
Boleh. Warna, font dan logo semuanya boleh ditukar ikut identiti anda. Ada preset branding di admin, dan saya boleh sediakan tema khas kalau palet anda tak sama dengan preset sedia ada.
RM3500 ialah harga asas untuk sistem siap dengan penyesuaian kecil pada flow sedia ada — deploy pada server & domain anda, setup landing page + CMS, setup ejen + link referral, WhatsApp auto-personal, branding asas dan admin panel. Reka bentuk landing page yang kompleks dikenakan kos tambahan, dan kita akan bincang serta setuju harga sebelum mula.
Bergantung kepada keperluan. Kalau ada integrasi khusus (contohnya sistem komisen, payment gateway atau CRM sedia ada), beritahu saya masa bincangan — saya akan nilai dan cadangkan cara terbaik.
Untuk setup dengan reka bentuk asas, biasanya siap dalam beberapa hari. Reka bentuk custom yang lebih kompleks akan ambil masa lebih — saya akan bagi anggaran masa selepas kita sepakat tentang skop.
Source code hak milik penuh anda. Sistem di-deploy pada server dan domain anda sendiri — data 100% peribadi, bukan shared.
Tak jumpa jawapan? WhatsApp saya terus.
WhatsApp SayaNak Setiap Ejen Ada Landing Page Sendiri?
Jom saya tunjuk demo live melalui panggilan ringkas. Kalau sesuai dengan flow bisnes anda, kita teruskan.
Langkah 1:
Book sesi demo
Langkah 2:
Saya tunjuk sistem live
Langkah 3:
Kita mula
Custom Development
Software ni tak cukup perfect untuk bisnes korang?
Setiap bisnes ada flow tersendiri. Saya boleh bina sistem khas ikut proses bisnes anda — dari dashboard operasi, sistem ejen, komisen, inventory, sampai automasi WhatsApp.
Flow bisnes spesifik
Integrasi ikut keperluan
Source code hak milik penuh
Blog
Dari Blog Tentang Landing Page & Sistem
Idea dan pandangan saya mengenai landing page dan sistem bisnes.
Landing Page Kereta Sewa: Jangan Mulakan WhatsApp Dari Kosong
Tunjuk harga, deposit dan syarat sebelum pelanggan klik WhatsApp. Pertanyaan lebih jelas. Availability tetap perlu anda semak.
Baca Artikel
Kenapa Landing Page Tak Berjaya Close Sale
Kenapa landing page tak menghasilkan jualan, daripada mesej kabur hingga CTA bertanding. Belajar cara fokus satu offer.
Baca Artikel
Landing Page Malaysia 2026: Perbandingan Harga, Kos dan Pakej
Harga landing page Malaysia 2026: pecahan kos sebenar, RM799 vs agensi, dan checklist sebelum bayar. One-time, siap 24 jam.
Baca Artikel
Landing Page Ejen Hartanah: Tukar Klik Iklan kepada Permintaan Viewing
Ketahui cara landing page hartanah membantu ejen menyusun maklumat listing, menapis pertanyaan dan mendapatkan permintaan viewing melalui WhatsApp.
Baca Artikel
Landing Page untuk Kedai Makan: Jangan Hantar Trafik Iklan ke Facebook
Landing page restoran untuk traffic iklan. Paparkan menu, promo, lokasi dan WhatsApp supaya pelanggan lebih mudah buat order.
Baca Artikel
Satu Link Referral Untuk Semua Ejen Nampak Kemas. Itu Juga Buat Conversion Lemah.
Satu link referral untuk semua ejen nampak kemas, tapi lead tak boleh dijejak dan ejen hilang ownership. Landing page per ejen baiki struktur itu.
Baca Artikel
Kos Buat Landing Page: Pecahan Sebenar, Bukan Harga Pakej
Kos buat landing page di Malaysia, termasuk design, copywriting, hosting, tracking dan iklan. Kira bajet sebelum minta quote.
Baca Artikel
Landing Page vs Homepage: Kenapa Iklan Anda Patut Guna Landing Page
Beza landing page dan homepage, kenapa iklan perlukan halaman khusus dan cara kurangkan gangguan untuk tingkatkan conversion.
Baca Artikel