Kos Buat Landing Page: Pecahan Sebenar, Bukan Harga Pakej
Published:
Updated:
Pelanggan mesej saya minggu lepas.
"Bang, berapa kos buat landing page?"
Saya tanya balik.
"Apa yang nak capai dari landing page?"
Sebab landing page untuk kumpul leads tak sama dengan landing page untuk jual produk.
Skop berbeza.
Kerja berbeza.
Kos pun berbeza.
Masalahnya, ramai orang nak tahu harga sebelum tahu apa yang mereka perlukan.
Jadi, jom kita pecahkan kos sebenar. Bukan setakat kos buat page.
1. Ada Tiga Jenis Kos Yang Anda Perlu Kira
Bila orang tanya kos landing page, biasanya mereka cuma fikir kos development.
Bayar designer atau developer.
Page siap.
Tamat.
Sebenarnya, ada tiga kategori kos.
Kos development. Design, copywriting, development dan tracking setup.
Kos running. Domain, hosting, maintenance dan fix apabila ada masalah.
Kos aquire customer. Ad spend, pengurusan kempen dan kerja optimize conversion.
Ketiga-tiganya berbeza.
Anda mungkin bayar RM1,000 untuk buat landing page.
Tapi kalau belanja RM2,000 sebulan untuk iklan, kos operasi kempen anda jauh lebih besar.
Sebab itu saya tak menilai landing page berdasarkan harga development sahaja.
Kita perlu tengok keseluruhan sistem.
2. Design Murah Bukan Masalah. Design Tanpa Strategi Yang Jadi Masalah.
Anda boleh dapat landing page pada harga RM200.
Boleh juga bayar RM5,000.
Harga lebih tinggi tak semestinya menghasilkan conversion lebih baik.
Yang penting ialah apa yang anda dapat untuk harga tersebut.
Adakah design itu sesuai dengan produk?
Adakah susunannya memudahkan pelanggan membuat keputusan?
Adakah CTA jelas?
Adakah mobile experience (ux/responsiveness) selesa digunakan?
Semua ini lebih penting daripada sekadar page nampak cantik.
Saya pernah fikir template yang cantik sudah cukup.
Rupanya tidak.
Visual menarik perhatian.
Tetapi kalau offer tak jelas, pelanggan masih tak tahu kenapa mereka perlu membeli.
Jadi, sebelum bayar untuk design, tentukan dulu apa yang landing page itu perlu capai.
Nak kumpul leads?
Nak dapatkan booking?
Nak jual produk?
Objektif ini menentukan struktur page yang kita perlukan.
3. Copywriting Bukan Sekadar Ayat Cantik
Ini antara bahagian yang mudah dipandang ringan.
Orang boleh habiskan banyak masa memilih warna, font dan gambar.
Tetapi headline dibiarkan generic.
Contohnya:
"Selamat Datang ke Syarikat Kami."
Ayat itu tidak salah.
Cuma dia tak banyak membantu pelanggan membuat keputusan.
Bandingkan dengan headline yang terus sebut apa yang ditawarkan dan siapa yang patut mengambil tindakan.
Pelanggan tak perlu meneka.
Mereka terus nampak kaitan dengan masalah sendiri.
Copywriting landing page merangkumi lebih daripada headline.
Ia termasuk:
- Cara offer diterangkan.
- Masalah pelanggan yang disasarkan.
- Manfaat dan bukti yang relevan.
- Jawapan kepada keraguan pelanggan.
- CTA yang jelas.
Anda boleh tulis sendiri.
Anda juga boleh upah copywriter.
Sebagai anggaran bajet awal, anda mungkin jumpa tawaran daripada beberapa ratus ringgit hingga beberapa ribu ringgit, bergantung pada skop dan pengalaman penulis.
Jangan anggap semua copywriting mempunyai harga atau skop yang sama.
Ada yang menulis berdasarkan bahan yang anda sediakan.
Ada yang turut membuat research, memahami audience dan membina keseluruhan sales message.
Itu dua kerja yang berbeza.
4. Hosting Dan Domain Ada Kos Berulang
Landing page yang dah siap masih memerlukan tempat untuk diakses.
Biasanya, anda perlukan domain dan hosting.
Sebagai anggaran bajet:
- Domain: sekitar RM80–RM120 setahun.
- Hosting asas: sekitar RM150–RM800 setahun.
Harga sebenar bergantung pada provider, jenis hosting dan keperluan teknikal.
Ada juga platform seperti Vercel yang menawarkan free tier.
Untuk landing page ringkas, pilihan percuma mungkin sudah memadai.
Tetapi jangan pilih berdasarkan harga semata-mata.
Fikirkan juga perkara ini:
- Siapa uruskan deployment?
- Siapa pantau jika page down?
- Siapa baiki form yang rosak?
- Siapa bertanggungjawab terhadap backup dan perubahan teknikal?
SSL juga boleh dapat secara percuma dalam banyak setup.
Namun, setup, configuration dan troubleshooting masih memerlukan kerja.
Tools boleh percuma. Kerja menguruskan tools belum tentu percuma.
5. Tracking Perlu Ada Sebelum Iklan Bermula
Bayangkan anda belanja RM2,000 untuk iklan.
Ramai orang klik.
Tetapi berapa orang yang submit borang?
Berapa orang klik WhatsApp?
Berapa orang akhirnya menjadi pelanggan?
Kalau anda tak dapat menjawab soalan ini, susah untuk menentukan sama ada kempen itu berkesan.
Sebab itu tracking perlu difikirkan dari awal.
Antara tools yang boleh digunakan:
- Google Analytics 4 untuk mengukur aktiviti di website.
- Google Tag Manager untuk mengurus tag tracking.
- Meta Pixel untuk mengukur aktiviti berkaitan kempen Meta Ads.
- Google Ads conversion tracking untuk mengukur conversion daripada Google Ads.
Tools asas ini boleh digunakan tanpa caj lesen, tertakluk pada ciri dan penggunaan yang dipilih.
Tetapi installation bukan sekadar meletakkan tracking code.
Anda perlu tentukan event yang penting, konfigurasi tracking dan test sama ada data direkodkan dengan betul.
Contohnya, klik butang WhatsApp bukan semestinya bermaksud pelanggan sudah menghantar mesej.
Begitu juga, klik butang submit bukan semestinya bermaksud borang berjaya deliver.
Tracking yang salah boleh menyebabkan anda membuat keputusan berdasarkan angka yang mengelirukan.
Jadi, tanya developer sama ada tracking sekadar dipasang atau testing sekali.
6. Kos Iklan Bukan Kos Landing Page
Ini bahagian yang ramai orang campur sekali.
Landing page ialah salah satu komponen dalam kempen pemasaran.
Ad spend ialah duit yang dibayar kepada platform pengiklanan.
Ads management pula ialah bayaran untuk kerja menguruskan kempen.
Tiga benda berbeza.
Contohnya, anda letak bajet RM2,000 sebulan untuk iklan.
Kalau anda uruskan kempen sendiri, tiada management fee kepada pihak luar.
Tetapi anda masih menggunakan masa sendiri.
Kalau anda ada upah orang, fee dia bergantung pada skop kerja dan model bayaran.
Sebagai contoh pengiraan, kalau management fee dia 15% daripada ad spend:
RM2,000 × 15% = RM300 sebulan.
Setahun:
RM300 × 12 = RM3,600.
Itu cuma contoh berdasarkan kadar yang dipilih, bukan rate standard semua freelancer atau agency.
Dan RM3,600 itu belum termasuk duit iklan sebanyak RM24,000 setahun.
Sekarang anda boleh bezakan:
- Kos membina landing page.
- Kos menguruskan kempen.
- Duit yang dibelanjakan untuk iklan.
Jangan campurkan semuanya dalam satu angka tanpa memahami pecahan masing2.
7. Berapa Bajet Yang Patut Anda Sediakan?
Untuk pasaran Malaysia, berikut ialah rangka anggaran awal yang boleh digunakan ketika membuat bajet.
| Pilihan | Anggaran kos |
|---|---|
| DIY | RM100–RM500 |
| Freelance bajet | RM800–RM2,500 |
| Freelance dengan skop lebih lengkap | RM2,000–RM5,000 |
| Agency | RM5,000 ke atas |
Angka ini ialah panduan bajet, bukan kadar market yang disahkan atau jaminan skop tertentu.
Harga sebenar bergantung pada design, copywriting, integrasi, tracking dan deliverables yang dipersetujui.
Contohnya, pakej RM1,000 mungkin hanya merangkumi design dan development.
Pakej RM3,000 pula mungkin termasuk copywriting, setup tracking dan testing.
Jadi, jangan bandingkan harga sahaja.
Bandingkan apa yang anda akan terima.
Kemudian asingkan kos berulang seperti domain, hosting, maintenance dan pengurusan iklan.
Dengan cara itu, anda akan tahu berapa modal yang diperlukan untuk mula dan berapa kos untuk terus menjalankan kempen.
8. Cara Kira Kos Sebenar Sebelum Minta Quote
Sebelum hubungi developer, sediakan lima perkara ini.
1. Kos pembinaan
Berapa bajet untuk design, copywriting dan development?
2. Kos tracking
Adakah anda perlukan GA4, Meta Pixel, Google Ads conversion tracking atau integrasi lain?
3. Kos tahunan
Berapa kos domain, hosting dan maintenance?
4. Kos pemasaran
Berapa bajet iklan bulanan dan management fee, jika ada?
5. Kos menguruskan page
Siapa akan update kandungan, selesaikan masalah dan testing CTA?
Selepas itu, buat dua kiraan.
Kos untuk siapkan landing page.
Dan kos untuk menjalankan kempen iklan selama 12 bulan.
Jangan campurkan kedua-duanya.
Satu ialah kos permulaan.
Satu lagi ialah kos operasi.
Kedua-duanya penting untuk menentukan bajet sebenar.
Harga Landing Page Bukan Keseluruhan Cerita
Anda tak semestinya perlukan landing page RM5,000.
Dan anda tak semestinya patut memilih yang RM200.
Pilih berdasarkan objektif, skop dan kemampuan menguruskan kempen selepas page siap.
Kalau anda hanya perlukan satu page untuk test offer, mulakan dengan skop yang minimum.
Ukur hasilnya.
Kemudian tambah baik berdasarkan data sebenar.
Jangan bayar untuk features yang anda belum perlukan.
Tetapi jangan juga berjimat pada perkara yang menentukan sama ada kempen boleh diukur dengan betul.
Landing page yang baik bukan sekadar siap dibina. Ia perlu membantu anda membuat keputusan yang lebih baik tentang pemasaran.
Kalau anda sedang mencari landing page untuk bisnes, saya menawarkan pakej landing page bermula RM799, dengan skop yang ditetapkan mengikut pakej.
Semak pakej landing page di sini.
