Landing Page untuk Kedai Makan: Jangan Hantar Trafik Iklan ke Facebook
Published:
Updated:
Anda ada kedai makan.
Anda buat Facebook Ads atau Instagram Ads.
Orang nampak gambar makanan, rasa menarik, dia click iklan.
Traffic masuk.
Tapi order tak banyak.
Biasanya kita akan mula tengok iklan.
Gambar okay tak?
Copywriting okay tak?
Targeting betul tak?
CPC mahal tak?
Semua itu memang penting.
Tapi ada satu benda yang selalu terlepas pandang.
Ke mana anda hantar orang selepas mereka klik iklan?
Kalau jawapannya ialah Facebook Page kedai anda, mungkin itu salah satu sebab conversion rendah.
Traffic ada, tapi pelanggan tak tahu nak buat apa
Bayangkan seorang pelanggan nampak iklan:
Set Ayam Gepuk RM12.90
Dia tertarik.
Dia klik.
Facebook buka Page kedai anda.
Lepas itu dia nampak banyak benda.
Post semalam.
Video TikTok yang anda share.
Gambar customer.
Ucapan Selamat Hari Raya.
Promo lama.
Review.
Gambar makanan.
Kemudian dia kena scroll untuk cari menu.
Kalau bernasib baik, menu ada dekat pinned post.
Kalau tidak, dia kena cari sendiri.
Kemudian dia nak tahu lokasi.
Cari lagi.
Nak order pula kena cari nombor WhatsApp.
Pada setiap langkah itu, ada kemungkinan dia berhenti.
Bukan sebab dia tak berminat.
Tetapi sebab anda beri terlalu banyak benda yang tidak diperlukan pada masa itu.
Bila seseorang datang daripada iklan, kita sebenarnya sudah bayar untuk mendapatkan perhatian dia.
Jadi jangan buat dia bekerja untuk mendapatkan maklumat asas.
Facebook Page bagus. Tapi bukan untuk semua traffic
Saya bukan kata Facebook Page tak berguna.
Untuk kedai makan, Facebook Page masih berguna.
Dia boleh jadi tempat untuk customer tengok review, gambar makanan, update kedai dan social proof.
Masalahnya ialah apabila kita jadikan Facebook Page sebagai destinasi utama untuk paid traffic.
Objektif Facebook Page adalah lebih umum.
Objektif landing page pula boleh dibuat dengan sangat spesifik.
Kalau iklan anda menawarkan Set Family RM39.90, landing page boleh terus fokus kepada offer tersebut.
Pelanggan nampak set.
Nampak harga.
Nampak apa yang termasuk.
Nampak gambar.
Nampak lokasi.
Dan nampak button untuk order.
Tak perlu scroll sepuluh post untuk sampai ke tindakan yang kita nak.
Landing page restoran bukan sekadar website yang cantik
Ini juga salah faham yang saya selalu nampak.
Bila sebut landing page restoran, orang terus fikir kena buat website besar.
Ada homepage.
About Us.
Gallery.
Menu.
Contact.
Blog.
Dan macam-macam lagi.
Untuk tujuan iklan, saya tak fikir begitu.
Landing page restoran sepatutnya lebih simple.
Satu page.
Satu flow.
Satu tujuan utama.
Contohnya:
Iklan → Landing Page → Tengok Menu → Pilih Offer → WhatsApp Order
Itu sahaja.
Kalau pelanggan memang mahu datang ke kedai, flow boleh jadi:
Iklan → Landing Page → Tengok Menu → Lihat Lokasi → Google Maps
Landing page bukan tentang berapa banyak section yang kita boleh masukkan.
Ia tentang berapa mudah pelanggan boleh buat tindakan yang kita nak.
Menu perlu muncul tanpa pelanggan mencari
Untuk F&B, menu ialah antara maklumat paling penting.
Tetapi banyak kedai masih letakkan menu dalam bentuk gambar yang perlu dicari di Facebook.
Kadang-kadang gambar itu pula sudah lama.
Harga mungkin dah berubah.
Promo sudah tamat.
Pelanggan pulak tak pasti mana satu menu terkini.
Dengan landing page, kita boleh susun menu ikut apa yang pelanggan perlu nampak.
Contohnya:
Set Ayam Gepuk RM12.90
Nasi putih, ayam gepuk, sambal dan sayur.
Order Set Ini
Kemudian letakkan beberapa menu popular yang lain.
Tak semestinya semua 50 menu perlu dimasukkan.
Kalau objektif utama ialah conversion daripada iklan, saya lebih suka highlight menu yang memang mahu dijual.
Kalau ada promo tertentu, beri ruang yang lebih besar kepada promo itu.
Jangan paksa pelanggan membaca keseluruhan menu sebelum mereka boleh order.
Lokasi pula mesti jelas
Untuk kedai makan, lokasi boleh jadi faktor conversion yang besar.
Pelanggan mungkin suka makanan anda.
Tapi kalau kedai 30 minit dari lokasi mereka, mereka mungkin tak akan datang.
Sebab itu landing page patut terus jawab soalan ini:
Kedai dekat mana?
Letakkan alamat penuh.
Google Maps.
Waktu operasi.
Kalau parking mudah, beritahu.
Kalau kedai berada dalam mall, beritahu tingkat berapa dan nombor lot.
Kalau ada beberapa cawangan, jangan campurkan semuanya dalam satu alamat yang mengelirukan.
Contohnya:
Cawangan Bangi
Lot 12, Jalan XXX.
10 pagi – 10 malam.
[Google Maps]
Cawangan Kajang
Lot 8, Jalan XXX.
10 pagi – 10 malam.
[Google Maps]
Pelanggan tak payah nak teka.
WhatsApp order jangan sorok
Banyak kedai makan masih bergantung kepada WhatsApp untuk menerima order.
Tak ada masalah dengan itu.
Masalahnya apabila button WhatsApp susah jumpa.
Kalau customer sudah sampai ke landing page dan memang nak order, jangan beri dia lima pilihan lain.
Berikan satu CTA yang jelas.
WhatsApp untuk Order
Atau:
Order Sekarang melalui WhatsApp
Lebih baik kalau mesej WhatsApp boleh di pre-fill.
Contohnya:
Hi, saya nak order Set Family RM39.90.
Customer cuma perlu tekan send dan teruskan conversation.
Nampak kecil.
Tetapi semakin sedikit kerja yang pelanggan perlu buat, semakin rendah friction untuk membeli.
Promo perlu ada offer yang jelas
Ada beza antara menunjukkan promo dan menjual promo.
Contohnya, anda ada promo:
Burger Special RM12.90
Jangan hanya letakkan poster.
Beritahu apa yang pelanggan dapat.
Burger Special RM12.90
Burger beef + fries + air.
Tersedia setiap hari.
11 pagi – 5 petang.
Order Sekarang
Sekarang pelanggan tak perlu fikir banyak.
Apa?
Burger.
Berapa?
RM12.90.
Dapat apa?
Burger + fries + air.
Nak order?
Tekan button.
Itulah beza antara sekadar meletakkan maklumat dengan membina conversion flow.
Contoh mudah untuk kedai burger
Katakan anda ada kedai burger di Shah Alam.
Anda buat iklan:
Burger Special RM12.90
Anda target orang sekitar Shah Alam.
Mereka nampak iklan.
Klik.
Kalau anda hantar mereka ke Facebook Page, kemungkinan flow mereka akan jadi begini:
Iklan → Facebook Page → Scroll → Cari menu → Cari promo → Cari lokasi → Cari WhatsApp → Order
Setiap langkah menambah peluang untuk mereka berhenti.
Sekarang bandingkan dengan landing page:
Iklan → Landing Page → Burger Special RM12.90 → Menu → Lokasi → WhatsApp Order
Lebih direct.
Pelanggan datang dengan satu niat.
Kita bantu mereka selesaikan niat itu.
Landing page kedai makan tak perlu complicated
Untuk kebanyakan F&B, saya tak akan terus cadangkan sistem yang besar.
Tak perlu membership.
Tak perlu customer dashboard.
Tak perlu website 20 halaman.
Tak perlu benda yang pelanggan tak perlukan.
Untuk traffic daripada iklan, saya akan mula dengan benda yang lebih asas:
Offer.
Apa yang anda mahu jual?
Menu.
Apa pilihan yang ada?
Harga.
Berapa pelanggan perlu bayar?
Lokasi.
Di mana mereka boleh datang?
Waktu operasi.
Bila kedai buka?
WhatsApp.
Bagaimana mereka boleh order?
CTA.
Apa tindakan seterusnya?
Bila semua benda ini tersusun dalam satu flow yang baik, landing page dah menjalankan tugasnya.
Facebook Page masih boleh digunakan
Saya tak akan buang Facebook Page.
Gunakan ia untuk benda yang memang Facebook bagus buat.
Post content.
Kumpul review.
Tunjukkan aktiviti kedai.
Share customer photos.
Bina social proof.
Tetapi untuk paid traffic, saya lebih suka kita kawal perjalanan pelanggan.
Iklan membawa mereka ke landing page.
Landing page jawab soalan mereka.
Kemudian landing page bawa mereka kepada tindakan.
Itu jauh lebih mudah untuk diukur.
Anda juga boleh tahu berapa ramai orang datang ke page.
Berapa ramai klik WhatsApp.
Campaign mana yang membawa traffic.
Offer mana yang mendapat perhatian.
Dan bahagian mana yang mungkin perlu diperbaiki.
Jangan hantar trafik iklan ke tempat yang tak bantu conversion
Kalau anda dah bayar untuk Facebook Ads atau Instagram Ads, setiap klik itu ada kos.
Jadi jangan berhenti setakat:
"Orang dah klik iklan."
Soalan yang lebih penting ialah:
"Apa yang berlaku selepas mereka klik?"
Kalau mereka sampai ke Facebook Page dan kena mencari sendiri menu, harga, lokasi dan nombor WhatsApp, kita sebenarnya masih meletakkan terlalu banyak kerja pada pelanggan.
Landing page untuk kedai makan boleh jadi sangat simple.
Tak perlu nampak mahal.
Tak perlu complicated.
Yang penting, susun maklumat dalam urutan yang masuk akal.
Iklan tarik perhatian.
Landing page jawab soalan.
CTA bawa kepada order.
Itu flow yang saya akan bina kalau objektifnya ialah dapatkan lebih banyak order daripada traffic iklan.
Nak landing page untuk kedai anda? WhatsApp saya.
hamizulfaiz.my/service/landing-page
