Hamizulfaiz

Tech Entrepreneur / System Builder

Panduan Landing Page: Cara Rancang, Bina & Dapatkan Pelanggan

Published:

Landing Page

Landing page bukan sekadar website satu halaman. dia perlu ada tujuan yang jelas.

Contohnya, kalau anda jual servis, landing page perlu bantu pelawat faham apa yang akan ditawarkan, kenapa mereka perlukan servis itu dan bagaimana nak hubungi anda.

Kalau jual produk, aliran dia mungkin berbeza. Pelawat perlu faham produk, tengok harga, yakin untuk membeli dan tahu cara membuat pembayaran.

Sebelum mula design atau pilih teknologi, ada beberapa perkara yang perlu difikirkan dahulu.


1. Apa Itu Landing Page?

Landing page ialah halaman web yang dibina untuk satu tujuan tertentu.

Antara kegunaannya:

  • Jual produk: Bawa pelawat daripada iklan ke halaman pembelian.
  • Dapatkan prospek: Kumpul pertanyaan melalui borang atau WhatsApp.
  • Dapatkan tempahan: Tunjukkan pakej, harga dan pilihan tarikh.
  • Promosi servis: Terangkan masalah yang diselesaikan, skop kerja dan cara mendapatkan sebut harga.

Bezanya dengan website biasa, landing page lebih fokus. Anda tak perlu masukkan semua benda tentang bisnes dalam satu halaman.

Masukkan maklumat yang membantu pelanggan membuat keputusan. Yang lain boleh diletakkan di halaman berasingan jika perlu.


2. Tentukan Apa Yang Kita Nak Pelawat Buat

Ini perkara pertama yang saya akan tentukan sebelum mula buat landing page.

Nak orang WhatsApp? Isi borang? Beli produk? Atau terus buat tempahan?

Pilih satu tindakan utama dahulu.

Contohnya, kalau anda tawarkan servis renovasi rumah, objektifnya mungkin nak dapatkan permintaan sebut harga. Jadi, kandungan page perlu membantu visitor faham jenis kerja yang kita buat, tengok hasil projek dan request pertanyaan.

Tak perlu paksa mereka membuat pembelian terus kalau proses jualan memang memerlukan perbincangan terlebih dahulu.

Masalah bermula apabila landing page cuba buat terlalu banyak benda serentak. Ada butang beli, daftar, download, subscribe dan hubungi kami, semuanya bersaing untuk perhatian pelawat.

Tetapkan satu matlamat utama. Kemudian susun seluruh halaman untuk menyokong matlamat itu.


3. Faham Siapa Yang Akan Tengok Page Itu

Jangan terus fikir tentang warna, font atau design. Fikirkan dahulu siapa yang kita nak tarik.

Katakan anda ada bisnes homestay.

Pelanggan mungkin nak tahu:

  • Berapa orang boleh menginap?
  • Berapa bilik dan bilik air?
  • Ada kolam renang atau tempat BBQ?
  • Berapa harga semalam?
  • Bagaimana cara nak tempah?

Contoh landing page homestay

Kalau semua maklumat ini tiada, pelanggan terpaksa WhatsApp untuk bertanya satu demi satu.

Sekarang tukar situasi. Katakan anda tawarkan servis development sistem untuk bisnes.

Pelanggan mungkin lebih berminat nak tahu masalah apa yang boleh diselesaikan, berapa kos anggaran, bagaimana proses development berjalan dan siapa yang pernah menggunakan sistem tersebut.

Nampak bezanya?

Struktur landing page boleh jadi hampir sama, tetapi kandungannya perlu mengikut soalan yang pelanggan nak jawapan sebelum dia buat keputusan.


4. Apa Yang Perlu Ada Dalam Landing Page?

Tak semua landing page perlukan sepuluh atau lima belas bahagian. Ada yang cukup dengan beberapa bahagian sahaja.

Ini struktur yang boleh digunakan sebagai titik permulaan.

Headline: Terangkan apa yang kita tawarkan

Jangan bazirkan ruang pertama dengan ayat seperti "Selamat Datang ke Website Kami".

Terus beritahu pelawat apa yang kita tawarkan dan siapa yang sesuai menggunakannya.

Contohnya:

Kurang Sesak Urus Tempahan Homestay. Pelanggan Boleh Semak Pakej dan Tempah Secara Online.

Pelawat terus faham apa yang ditawarkan dan masalah yang cuba diselesaikan. (contoh je)

Penerangan ringkas: Berikan konteks

Selepas headline, terangkan tawaran dengan lebih lanjut.

Tak perlu cerita sejarah syarikat sejak hari pertama. Fokus pada perkara yang pelanggan perlu tahu untuk memahami tawaran kita.

Manfaat: Kenapa pelanggan patut peduli?

Jangan hanya senaraikan ciri.

Contohnya:

  • Ciri: Borang tempahan online.
  • Manfaat: Pelanggan boleh menghantar maklumat tempahan tanpa perlu bertanya melalui WhatsApp terlebih dahulu.

Ciri menerangkan apa yang sistem boleh buat. Manfaat menerangkan bagaimana ia membantu pelanggan.

Gambar atau contoh sebenar

Kalau jual produk, tunjukkan produk tersebut. Kalau tawarkan servis, tunjukkan contoh kerja yang pernah dibuat.

Untuk homestay, gunakan gambar bilik, ruang tamu dan kemudahan sebenar. Jangan bergantung pada gambar cantik yang tak menggambarkan keadaan penginapan.

Kalau pelanggan perlu melihat sesuatu sebelum membeli, tunjukkan perkara tu.

Bukti dan testimoni

Pelanggan mungkin berminat, tetapi masih belum yakin.

Kita boleh tunjukkan testimoni pelanggan, contoh projek, gambar hasil kerja atau maklumat syarikat yang relevan.

Pastikan semuanya betul. Kalau belum ada testimoni, gunakan bukti lain yang memang kita ada. Tak perlu reka cerita untuk nampak meyakinkan.

Harga dan pakej

Kalau harga fixed, paparkan dengan jelas.

Kalau harga bergantung pada skop kerja, terangkan apa yang mempengaruhi kos dan bagaimana pelanggan boleh mendapatkan sebut harga.

Pelanggan tak semestinya memerlukan harga akhir pada lawatan pertama. Tetapi mereka patut tahu apa yang ditawarkan dan apa langkah seterusnya.

Soalan lazim (FAQ)

Masukkan soalan yang kerap ditanya oleh pelanggan.

Contohnya, tempoh penghantaran, cara pembayaran, apa yang termasuk dalam pakej atau polisi pembatalan.

Kalau setiap pelanggan bertanya soalan yang sama, itu petanda maklumat tersebut mungkin patut dimasukkan ke dalam landing page.

CTA: Beritahu apa yang perlu dibuat

CTA ialah button atau arahan untuk tindakan seterusnya.

Contohnya:

  • Tempah Sekarang
  • Tanya Melalui WhatsApp
  • Dapatkan Sebut Harga
  • Beli Sekarang

Jangan gunakan ayat yang terlalu umum kalau tindakan sebenar boleh dinyatakan dengan jelas.

Kalau matlamat anda nak dapatkan pertanyaan, gunakan butang yang membawa pelawat kepada borang atau WhatsApp. Letakkan CTA selepas bahagian penting supaya pelawat boleh bertindak apabila mereka sudah bersedia.


5. Pastikan Landing Page Selesa Dibuka Melalui Telefon

Ramai visitor datang daripada media sosial atau iklan menggunakan phone.

Sebab itu, jangan buat design di desktop sahaja lepas tu anggap semuanya selesai.

Periksa beberapa perkara ini:

  • Teks boleh dibaca tanpa perlu zoom.
  • Button mudah ditekan dengan jari.
  • Gambar tidak terlalu besar sehingga page lambat loading.
  • Borang tidak memerlukan terlalu banyak maklumat.
  • Harga dan CTA mudah jumpa.
  • Tiada teks atau button yang terkeluar daripada skrin.

Satu cara mudah untuk test ialah buka landing page melalui phone sendiri dan cuba tekan button tindakan yang kita nak pelanggan lakukan.

Kalau anda menjual produk, cuba buat pembelian. Kalau kau nak pelanggan menghubungi WhatsApp, tekan butang itu dan semak sama ada mesej yang dibuka betul.

Jangan sekadar tengok design. Uji flow pengguna dari awal sampai akhir.


6. Kelajuan Pun Penting

Kalau landing page slow loading, sebahagian visitor mungkin keluar sebelum sempat baca content.

Antara perkara yang boleh diperiksa:

  • Saiz gambar terlalu besar.
  • Terlalu banyak script third party.
  • Animasi yang tidak diperlukan.
  • Font external yang melambatkan display.
  • Plugin atau komponen yang sebenarnya tidak digunakan.

Tak semua landing page memerlukan teknologi yang kompleks.

Kalau tujuannya sekadar penerangan servis dan request pertanyaan, page yang ringan mungkin sudah mencukupi. Kalau anda perlukan pembayaran, sistem tempahan atau integrasi dengan sistem lain, barulah pertimbangkan keperluan extra tersebut.

Pilih teknologi berdasarkan fungsi yang diperlukan, bukan sebab nak menggunakan teknologi yang paling popular.


7. Pasang Tracking Sebelum Jalankan Iklan

Bayangkan anda dah membelanjakan RM500 untuk iklan.

Anda tahu berapa ramai orang buka landing page, tetapi tak tahu berapa ramai yang klik WhatsApp, submit borang atau yang buat pembelian.

Susah nak menilai sama ada kempen itu berkesan jika kita tak mengukur tindakan yang penting.

Sekurang-kurangnya, tentukan event yang perlu direkodkan sebelum iklan dilancarkan.

Tracking Apa yang anda boleh lihat
Page view Berapa kali halaman dilihat
CTA click Berapa ramai klik butang utama
WhatsApp click Berapa ramai cuba menghubungi anda
Form submission Berapa banyak borang dihantar
Purchase Berapa banyak pembelian direkodkan

Antara tools yang boleh digunakan:

  • Google Analytics 4 (GA4): Untuk melihat trafik dan tingkah laku pelawat.
  • Google Tag Manager: Untuk mengurus pemasangan tag dan event tracking.
  • Meta Pixel: Untuk mengukur tindakan berkaitan kempen Facebook dan Instagram.
  • TikTok Pixel: Untuk mengukur tindakan berkaitan kempen TikTok.

Anda tak semestinya memerlukan semua tools ini. Pilih berdasarkan sumber trafik dan matlamat kempen.

Satu perkara penting: klik WhatsApp bukan bermaksud pelanggan sudah menghantar mesej, dan mesej WhatsApp bukan bermaksud jualan sudah berlaku.

Kalau kita nak mengukur jualan sebenar, kita perlu fikirkan bagaimana data daripada landing page boleh sync dengan proses jualan selepas itu.


8. Bagaimana Nak Tahu Landing Page Berkesan?

Jangan nilai landing page berdasarkan jumlah pelawat sahaja.

Katakan halaman anda menerima 1,000 pelawat dan 30 orang menghantar borang.

Kadar conversion borang ialah 3%.

Tetapi adakah itu bermaksud landing page itu bagus?

Belum tentu. Anda masih perlu tahu sama ada 30 orang tersebut benar-benar prospek yang sesuai dan berapa ramai akhirnya menjadi pelanggan.

Untuk permulaan, pantau tiga perkara:

  1. Trafik: Adakah orang yang sesuai datang ke page tersebut?
  2. Conversion: Berapa ramai melakukan tindakan yang kita sasarkan?
  3. Hasil: Berapa ramai daripada mereka menjadi pelanggan atau menghasilkan jualan?

Kalau ramai pelawat tetapi sedikit yang bertindak, check sama ada tawaran jelas, kandungan menjawab persoalan pelanggan dan CTA mudah digunakan.

Kalau ramai klik WhatsApp tetapi sedikit yang membeli, masalahnya mungkin bukan pada landing page sahaja. Harga, kualiti prospek, cara menjawab pertanyaan dan proses jualan juga boleh mempengaruhi hasil.

Jangan terus tukar design tanpa melihat data terlebih dahulu. ini Ai boleh bantu.


9. SEO dan Sumber Trafik

Landing page yang siap tidak bermaksud pelanggan akan datang sendiri.

Anda masih perlu membawa visitor ke page tersebut.

Antara sumber trafik yang boleh digunakan:

Google Search

Sesuai apabila pelanggan memang sedang mencari produk atau servis tertentu. Pastikan tajuk, kandungan dan maklumat halaman sepadan dengan perkara yang mereka cari.

Facebook dan Instagram Ads

Boleh digunakan untuk membawa pelawat ke tawaran tertentu. Pastikan mesej iklan selari dengan apa yang mereka jumpa selepas klik.

TikTok

Anda boleh menggunakan kandungan organik atau iklan untuk menarik perhatian, kemudian membawa pelawat ke landing page untuk mendapatkan maklumat lanjut.

WhatsApp dan media sosial

Gunakan pautan landing page sebagai tempat rujukan supaya pelanggan tidak perlu mencari maklumat daripada banyak hantaran berasingan.

Untuk SEO pula, jangan sekadar memasukkan kata kunci berulang kali. Pastikan page benar-benar menjawab apa yang dicari oleh pengguna.

Landing page juga tidak semestinya sesuai untuk semua kata kunci. Jika anda mahu menulis panduan panjang atau menyasarkan banyak topik berkaitan, artikel berasingan mungkin lebih sesuai.


10. Berapa Harga Landing Page di Malaysia?

Harga landing page bergantung pada skop kerja.

Landing page ringkas untuk memperkenalkan servis tidak sama dengan page yang memerlukan reka bentuk khas, integrasi pembayaran, tracking khas atau sambungan kepada sistem sedia ada.

Sebelum bandingkan harga, semak apa yang termasuk dalam pakej:

  • Reka bentuk dan pembangunan.
  • Paparan mesra telefon.
  • Struktur kandungan.
  • Domain dan hosting.
  • Borang atau integrasi WhatsApp.
  • Pemasangan tracking.
  • Support selepas go live.

Jangan bandingkan harga sahaja tanpa membandingkan skop. Dua pakej yang menggunakan istilah "landing page" mungkin menawarkan perkara yang berbeza.

Saya ada terangkan perkara ini dengan lebih lanjut dalam panduan harga landing page di Malaysia.


11. Kesilapan Yang Selalu Perlu Diperiksa

Sebelum melancarkan landing page, semak beberapa perkara ini.

Terlalu fokus pada design. Halaman nampak cantik tetapi pelawat masih tak faham apa yang ditawarkan.

Headline terlalu umum. Pelawat perlu membaca beberapa karangan sebelum faham tujuan halaman.

Maklumat penting tiada. Pelanggan terpaksa bertanya tentang harga, pakej atau cara pembelian.

CTA tidak jelas. Ada butang, tetapi pelawat tidak pasti apa yang berlaku selepas menekannya.

Tracking tidak diuji. Event dipasang tetapi tidak direkodkan dengan betul, atau satu CTA dikira berkali-kali.

Tidak menguji proses sebenar. Borang nampak elok tetapi maklumat tidak sampai, atau butang pembayaran membawa kepada halaman yang salah.

Terus menyalahkan design/developer apabila jualan rendah. Masalah mungkin berpunca daripada iklan, sasaran pelanggan, harga atau proses jualan.

Selesaikan masalah berdasarkan apa yang berlaku, bukan berdasarkan andaian.


12. Checklist Sebelum Landing Page Dilancarkan

Gunakan checklist ini sebelum page anda mula menerima trafik.

  • Matlamat utama sudah jelas.
  • Headline menerangkan tawaran.
  • Maklumat penting untuk pelanggan membuat keputusan ada di tunjukkan.
  • Gambar dan testimoni adalah tepat.
  • CTA berfungsi.
  • Paparan phone sudah test.
  • Borang dan pembayaran sudah test, jika berkenaan.
  • Tracking event sudah test.
  • Maklumat harga dan terma adalah betul.
  • Sumber trafik sudah dirancang.

Jangan tunggu semuanya sempurna untuk mula mendapatkan data. Pastikan perkara penting berfungsi dahulu, kemudian gunakan feedback dan data sebenar untuk membuat penambahbaikan. (buat iterasi)


13. Bina Sendiri atau Upah Developer?

Kalau keperluan anda ringkas, platform sedia ada mungkin sudah mencukupi.

Anda boleh menguruskannya sendiri jika hanya perlu memaparkan maklumat, gambar, harga dan butang WhatsApp.

Tetapi kalau landing page perlu disambungkan kepada sistem tempahan, pembayaran, CRM atau sistem dalaman, anda mungkin memerlukan development yang lebih spesifik.

Sebelum membuat keputusan, senaraikan fungsi yang betul-betul diperlukan. Bezakan antara fungsi yang membantu pelanggan membuat keputusan dengan fungsi yang sekadar nampak menarik.

Kadangkala, landing page yang ringkas sudah cukup. Kadangkala, ia perlu menjadi sebahagian daripada aliran kerja bisnes yang lebih besar.

Perlukan Landing Page untuk Bisnes Anda?

Saya menawarkan servis pembangunan landing page bermula daripada RM799.

Sesuai untuk bisnes yang perlukan halaman khusus bagi memperkenalkan servis, memasarkan produk atau mendapatkan pertanyaan pelanggan.

Lihat servis landing page siap 24 jam →

Kalau anda sedang merancang nak buat landing page, mulakan dengan menentukan satu perkara:

apa tindakan yang anda mahu pelanggan lakukan selepas membuka page tersebut?

Dari situ, lebih mudah untuk menentukan struktur, kandungan dan fungsi yang betul.

 

Panduan Landing Page Malaysia: Cara Bina & Ukur

Nak landing page yang convert?

Jom bincang untuk landing page yang direka khas untuk tukar trafik iklan jadi pelanggan.

servis buat landing page untuk iklan

Post Berkaitan

10 Aug 2026 AI Tidak Salah. Cara Kita Menggunakannya Yang Salah.
AI Tidak Salah. Cara Kita Menggunakannya Yang Salah.

Ramai usahawan menggunakan ChatGPT untuk membina landing page dan sistem. Tetapi tanpa hala tuju yang jelas, AI hanya menghasilkan cadangan generik yang boleh menyebabkan pembangunan tersasar daripada objektif sebenar.

31 Mar 2026 Landing Page untuk Hotel Kucing. Cara Dapat Tempahan 24/7
Landing Page untuk Hotel Kucing. Cara Dapat Tempahan 24/7

Contoh landing page untuk hotel kucing yang direka khas untuk tarik tempahan terus dari pelanggan tanpa WhatsApp panjang atau DM.

16 Mar 2026 Cara Buat Landing Page Yang Betul Betul Convert Tanpa Buang Duit Ads
Cara Buat Landing Page Yang Betul Betul Convert Tanpa Buang Duit Ads

Flow dari Hero Section ke CTA yang buat customer membeli. Kenapa scroll terlalu panjang boleh buat conversion drop teruk.

13 Mar 2026 Iklan FB Tak Menjadi? Ini Sebab Sebenar Sales Tak Masuk
Iklan FB Tak Menjadi? Ini Sebab Sebenar Sales Tak Masuk

Iklan FB tak menjadi walaupun dah spend banyak? Ini punca sebenar kenapa ads tak convert dan macam mana landing page yang betul boleh selamatkan ROI anda.

04 Mar 2026 Harga Landing Page RM499: Murah Atau Strategic Move?
Harga Landing Page RM499: Murah Atau Strategic Move?

Harga landing page RM499 di Malaysia. Ketahui beza murah vs strategic build dan kenapa struktur conversion lebih penting dari design semata-mata.

02 Mar 2026 Kenapa Landing Page Penting (Bukan Sebab Trend, Tapi Sebab Duit)
Kenapa Landing Page Penting (Bukan Sebab Trend, Tapi Sebab Duit)

Landing page yang betul boleh bezakan antara ads burn dan sales masuk setiap hari. Faham apa yang buat landing page convert dan elak kesilapan biasa owner bisnes kecil.

22 Feb 2026 Ads Tak Convert? Biasanya Bukan Salah Facebook, TikTok atau Google Tapi Tracking & Landing Page
Ads Tak Convert? Biasanya Bukan Salah Facebook, TikTok atau Google Tapi Tracking & Landing Page

Punca ads Facebook/TikTok gagal. Kepentingan Pixel, GA4, dan flow landing page yang betul untuk pastikan iklan anda tak rugi.

01 Aug 2024 Landing Page untuk Penjual Kereta
Landing Page untuk Penjual Kereta

Landing page ini direka khas untuk meningkatkan jualan kereta dan menghubungkan anda dengan lebih ramai pelanggan.

23 Jul 2024 Landing Page Ejen untuk Jual Produk Anda
Landing Page Ejen untuk Jual Produk Anda

Jika anda adalah founder produk dan mempunyai ramai ejen untuk menjual produk anda, disini ada solusi menarik untuk anda.

HAMIZULFAIZ