Landing Page vs Homepage: Kenapa Iklan Anda Patut Guna Landing Page
Published:
Updated:
Anda bayar untuk iklan.
Orang klik.
Lepas tu mereka masuk homepage.
Nampak logo. Menu navigation. Senarai servis. Tentang kami. Blog. Macam-macam lagi.
Akhirnya?
Mereka keluar tanpa buat apa-apa.
Masalahnya bukan semestinya iklan.
Mungkin halaman yang terima pengunjung itu sendiri tidak membantu mereka membuat keputusan.
Homepage Ada Banyak Pilihan
Homepage biasanya dibina untuk memperkenalkan bisnes secara keseluruhan.
Visitor boleh tengok servis, baca tentang syarikat, semak portfolio atau hubungi anda.
Semua itu ada fungsi.
Tetapi cuba bayangkan situasi ini.
Anda menjalankan iklan untuk servis landing page RM799.
Iklan anda jelas menyebut harga, apa yang pelanggan dapat dan cara untuk mula.
Bila mereka klik, mereka masuk homepage yang display lima servis berbeza.
Sekarang mereka perlu cari semula servis yang mereka nampak dalam iklan tadi.
Mereka perlu faham semula tawaran anda.
Kemudian, mereka kena fikir sendiri apa yang perlu dibuat seterusnya.
Anda sudah bayar untuk dapatkan perhatian mereka.
Tetapi selepas mereka sampai ke page, anda tambah lagi kerja untuk mereka.
Landing Page Sambung Mesej Iklan
Landing page bukan sekadar website yang lebih pendek.
Fungsinya berbeza.
Homepage introduce bisnes anda secara menyeluruh.
Landing page pula dibina untuk satu tawaran dan satu tindakan utama.
Contohnya, anda menjalankan iklan untuk servis landing page.
Iklan menyebut harga RM799.
Landing page yang dibuka terus menerangkan servis yang sama, apa yang termasuk dalam pakej, contoh hasil kerja dan cara untuk menghubungi anda.
Pengunjung tak perlu mencari tawaran tadi.
Mereka terus nampak apa yang mereka datang untuk tengok.
Inilah yang dipanggil message match.
Mesej pada iklan perlu sepadan dengan mesej pada halaman yang dibuka selepas klik.
Bukan setakat guna tajuk yang sama.
Tawaran, harga, manfaat dan tindakan seterusnya juga perlu konsisten.
3 Perkara Yang Landing Page Perlu Buat
1. Sambung apa yang iklan janjikan
Kalau iklan tawarkan servis website untuk homestay, halaman tersebut patut terus bercakap tentang homestay.
Tunjukkan masalah yang relevan.
Terangkan apa yang pelanggan akan dapat.
Jangan suruh mereka mencari sendiri dalam senarai servis umum.
2. Jawab soalan sebelum pelanggan bertanya
Orang yang klik iklan belum tentu bersedia untuk membeli.
Mereka mungkin masih tertanya-tanya tentang harga, skop kerja atau cara servis itu membantu bisnes mereka.
Landing page perlu menjawab soalan tersebut mengikut turutan yang masuk akal.
Bukan paksa mereka baca semua perkara tentang syarikat anda.
3. Berikan satu tindakan utama
Kalau matlamat iklan ialah mendapatkan pertanyaan melalui WhatsApp, jadikan WhatsApp tindakan yang paling jelas.
Boleh ada link tambahan jika perlu.
Tapi jangan sampai pengunjung terpaksa pilih antara terlalu banyak tindakan yang bersaing sesama sendiri.
Homepage ada 10 pilihan. Landing page ada 1.
Angka itu bukan bermaksud setiap homepage mesti kena ada tepat 10 option.
Maksudnya, landing page perlu kurangkan gangguan daripada tindakan utama yang anda mahu pengunjung ambil.
Jadi, Bila Patut Guna Homepage?
Homepage masih penting.
Kalau seseorang mencari nama syarikat anda di Google, mereka mungkin mahu mengenali bisnes anda terlebih dahulu.
Mereka mahu melihat servis yang ditawarkan, latar belakang syarikat dan cara untuk menghubungi anda.
Homepage sesuai untuk tujuan itu.
Tetapi kalau anda menjalankan iklan untuk satu tawaran khusus, landing page biasanya lebih sesuai sebagai destinasi.
Contohnya:
- Iklan servis website → landing page servis website.
- Iklan pakej homestay → landing page untuk pemilik homestay.
- Iklan promosi produk → landing page produk tersebut.
Prinsipnya mudah.
Satu kempen, satu mesej utama, satu tindakan utama.
Tak semestinya anda perlu bina landing page baru untuk setiap iklan.
Kalau beberapa iklan beri tawaran dan audiens yang sama, satu page mungkin sudah mencukupi.
Yang penting, page itu sepadan dengan apa yang anda iklankan.
Penutup
Landing page bukan jaminan iklan akan menghasilkan jualan.
Harga mungkin tak sesuai. Tawaran mungkin kurang menarik. Audiens mungkin bukan sasaran yang betul.
Tetapi sekurang-kurangnya, page yang betul memastikan pengunjung tidak perlu cari semula apa yang anda tawarkan.
Kalau anda sudah bayar untuk membawa orang masuk, pastikan page itu bantu mereka mengambil langkah seterusnya.
Nak page khas untuk iklan anda? WhatsApp saya.
