Hamizulfaiz

Tech Entrepreneur / System Builder

Apa Itu Landing Page? (Kenapa Ia Senjata Jualan Paling Straightforward)

Published:

Updated:

bisnes Landing Page

Anda pernah klik iklan…

Lepas tu tak ada menu, tak ada blog, tak ada benda lain untuk distract. cuma satu halaman + satu tindakan?

Itulah landing page.

Dan sebab itulah ia convert visitor kepada customer.


Landing Page, Versi Paling Ringkas

Landing page ialah satu halaman website yang dibina khas untuk satu objektif sahaja.

Biasanya:

  • jual satu produk

  • kumpul lead

  • push satu CTA (order / WhatsApp / borang)

Tak lebih. Tak kurang.

Kalau website biasa = ibarat kedai besar
Landing page = kaunter jualan terus bayar (conversion)

Nak panduan lengkap untuk buat landing page?


Kenapa Usahawan Guna Landing Page (Bukan Website Biasa)

Sebab fokus jualan.

Bila anda run ads:

  • Facebook Ads (ada meta pixel)

  • TikTok Ads (ada tiktok pixel)

  • Google Ads (ada analytics / gtag)

Anda tak nak orang browse.
Anda nak orang buat keputusan.

Landing page buang semua distraction:

  • tiada menu panjang

  • tiada link tak penting

  • tiada “nanti saya baca dulu”

Semua ayat, semua section → arah satu benda: CTA


Struktur Landing Page Yang Betul (Bukan Sekadar Cantik)

Landing page yang berfungsi biasanya ada komponen ni:

  1. Headline yang jelas

    Apa masalah + apa solusi

  2. Value proposition

    Kenapa produk ini lebih masuk akal berbanding yang lain

  3. Detail produk

    Apa yang pembeli dapat, bukan apa yang anda buat

  4. Social proof

    Testimoni, result, bukti

  5. Urgency

    Limited slot, bonus, deadline

  6. CTA yang aggressive tapi logik

    Beli sekarang / WhatsApp sekarang / Daftar sekarang

Tujuan dia satu:

shorten decision time


Landing Page ≠ Website Murah

Ramai silap faham.

Landing page bukan murah sebab “sikit kerja”.
Ia murah sebab kerja dia spesifik.

Harga pasaran:

  • RM300 – RM500 → simple, cepat siap

  • RM100–RM200 → biasanya design cantik, tapi tak convert

Landing page yang bagus:

  • copywriting kena tepat

  • flow kena betul

  • CTA kena jelas

Kalau tak, itu cuma satu halaman kosong.

ini contoh satu landing page untuk tujuan close sale dalam whatsapp


Siapa Paling Sesuai Guna Landing Page

Landing page sangat sesuai kalau anda:

  • jual produk tunggal

  • nak test market cepat

  • nak validate offer

  • nak run ads tanpa pening kepala

Kalau anda masih “cuba-cuba”, landing page adalah alat eksperimen paling murah.


Ringkasan

Landing page bukan tentang:

“Website saya cantik ke tak?”

Ia tentang:

“Orang buat keputusan ke tak?”

Kalau jawapan dia ya —
landing page anda berfungsi.

 

Nak landing page yang convert?

Jom bincang untuk landing page yang direka khas untuk tukar trafik iklan jadi pelanggan.

servis buat landing page untuk iklan

Post Berkaitan

01 Aug 2024 Landing Page untuk Penjual Kereta
Landing Page untuk Penjual Kereta

Landing page ini direka khas untuk meningkatkan jualan kereta dan menghubungkan anda dengan lebih ramai pelanggan.

23 Jul 2024 Landing Page Ejen untuk Jual Produk Anda
Landing Page Ejen untuk Jual Produk Anda

Jika anda adalah founder produk dan mempunyai ramai ejen untuk menjual produk anda, disini ada solusi menarik untuk anda.

10 Aug 2026 AI Tidak Salah. Cara Kita Menggunakannya Yang Salah.
AI Tidak Salah. Cara Kita Menggunakannya Yang Salah.

Ramai usahawan menggunakan ChatGPT untuk membina landing page dan sistem. Tetapi tanpa hala tuju yang jelas, AI hanya menghasilkan cadangan generik yang boleh menyebabkan pembangunan tersasar daripada objektif sebenar.

02 Oct 2026 Landing Page Homestay: Tukar Booking Platform Kepada Direct
Landing Page Homestay: Tukar Booking Platform Kepada Direct

Bina landing page homestay untuk dapatkan booking direct, kurangkan kebergantungan pada Airbnb dan Booking.com serta jimat kos komisen.

05 Jun 2026 Ada Website Baru? Jangan Terkejut Kalau Takde Orang Jumpa
Ada Website Baru? Jangan Terkejut Kalau Takde Orang Jumpa

Website baru bukan jaminan dapat pelanggan. Fahami SEO, data, dan apa yang perlu dibuat selepas website siap diterbitkan.

31 Mar 2026 Landing Page untuk Hotel Kucing. Cara Dapat Tempahan 24/7
Landing Page untuk Hotel Kucing. Cara Dapat Tempahan 24/7

Contoh landing page untuk hotel kucing yang direka khas untuk tarik tempahan terus dari pelanggan tanpa WhatsApp panjang atau DM.

16 Mar 2026 Cara Buat Landing Page Yang Betul Betul Convert Tanpa Buang Duit Ads
Cara Buat Landing Page Yang Betul Betul Convert Tanpa Buang Duit Ads

Flow dari Hero Section ke CTA yang buat customer membeli. Kenapa scroll terlalu panjang boleh buat conversion drop teruk.

13 Mar 2026 Iklan FB Tak Menjadi? Ini Sebab Sebenar Sales Tak Masuk
Iklan FB Tak Menjadi? Ini Sebab Sebenar Sales Tak Masuk

Iklan FB tak menjadi walaupun dah spend banyak? Ini punca sebenar kenapa ads tak convert dan macam mana landing page yang betul boleh selamatkan ROI anda.

04 Mar 2026 Harga Landing Page RM499: Murah Atau Strategic Move?
Harga Landing Page RM499: Murah Atau Strategic Move?

Harga landing page RM499 di Malaysia. Ketahui beza murah vs strategic build dan kenapa struktur conversion lebih penting dari design semata-mata.

HAMIZULFAIZ