Hamizulfaiz

Tech Entrepreneur / System Builder

Bisnes & Operasi

AI Tidak Salah. Cara Kita Menggunakannya Yang Salah.

Published:

Updated:

fundamental bisnes Landing Page

Sejak kemunculan ChatGPT, cara kita mencari maklumat berubah dengan sangat pantas.

Dulu kalau nak belajar sesuatu, kita buka Google, baca beberapa artikel, tengok YouTube, kemudian baru kita faham sedikit demi sedikit.

Hari ini?

Kita terus buka ChatGPT.

"Macam mana nak buat landing page?"

"Apa flow sistem yang sesuai?"

"Apa strategi marketing terbaik?"

Dalam beberapa saat je, kita dah dapat jawapan yang nampak lengkap, tersusun dan meyakinkan.

Dan di sinilah sebenarnya satu masalah baru mula muncul.

Bukan masalah pada ChatGPT.

Tetapi di cara penggunaan.


AI Tidak Faham Bisnes Kita Sepenuhnya

Ramai orang menyangka AI tahu semuanya.

Hakikatnya, AI hanya menjawab berdasarkan maklumat yang kita beri.

Kalau soalan kita kabur, jawapan yang keluar pun hanyalah jawapan yang sesuai untuk situasi yang kabur itu.

AI tidak duduk dalam syarikat kita.

AI tidak kenal pelanggan kita.

AI tidak tahu budaya syarikat kita.

AI tidak tahu kenapa kita memulakan bisnes itu.

AI hanya membuat andaian berdasarkan apa yang diberitahu.

Semakin sedikit konteks yang diberikan, semakin banyak andaian yang dibuat.

Dan andaian inilah yang kadang-kadang membawa kita ke arah yang salah.


Contoh Pertama: Landing Page

Saya banyak kali berjumpa situasi seperti ini.

Seorang pemilik bisnes baru ingin membina landing page.

Beliau membuka ChatGPT dan bertanya,

"Apa yang perlu ada dalam landing page?"

ChatGPT memberikan senarai yang sangat panjang.

Hero section.

About Us.

Testimoni.

FAQ.

Pricing.

Features.

Video.

Gallery.

Blog.

Newsletter.

Social proof.

Dan macam-macam lagi.

Tanpa berfikir panjang, senarai itu dihantar kepada developer.

Ini ChatGPT cakap kena ada.

Persoalannya...

Landing page itu sebenarnya untuk apa?

Nak kumpul lead?

Nak terus jual?

Nak suruh orang WhatsApp?

Nak daftar seminar?

Nak bina branding?

Kalau objektif pun belum jelas, macam mana AI nak tahu apa yang patut dimasukkan?

Landing page bukan pertandingan siapa paling banyak section.

Landing page ialah alat untuk mencapai satu objektif.

Kadang-kadang landing page yang paling ringkas adalah yang paling tinggi conversion.

Kadang-kadang satu CTA sahaja sudah cukup.

Bila kita terus salin semua cadangan AI, akhirnya landing page menjadi terlalu padat.

Fokus asal hilang.

Pelanggan pulak semakin keliru.


Contoh Kedua: Minta AI Review Landing Page

Situasi kedua lebih menarik.

Pemilik bisnes memang sangat mahir tentang produknya.

Landing page sudah siap.

Kemudian beliau meminta ChatGPT review.

dah tentulah AI akan memberi cadangan.

Tambah ini.

Tambah itu.

Letak lagi section ini.

Masukkan statistik.

Tambah ikon.

Tambah animation.

Tambah FAQ lagi.

Tambah testimoni lagi.

Tambah CTA lagi.

Sebab memang itu tugas AI.

Kalau diminta review, AI akan mencari ruang untuk penambahbaikan.

Tetapi tidak semua cadangan perlu dibuat.

Di sinilah ramai orang tersilap.

Mereka menyangka semua cadangan AI adalah "kerja yang wajib dibuat".

Sedangkan banyak cadangan itu hanyalah pilihan.

Semakin banyak ditambah, semakin kurang jelas mesej utama.

Landing page yang asalnya fokus mula menjadi bercelaru.


Kalau Landing Page Pun Boleh Rosak...

Bayangkan kalau kita tengah membina sebuah sistem.

Flow pengguna.

Database.

Approval process.

Hak akses.

Automation.

Dashboard.

Reporting.

Workflow.

Kalau semua keputusan dibuat semata-mata kerana "ChatGPT kata macam ni", risiko crash dan bug jauh lebih besar.

Kesilapan kecil pada flow hari ini mungkin memerlukan berbulan-bulan untuk diperbetulkan selepas sistem digunakan.

Lagi besar sistem.

Lagi mahal kos untuk reverse balik keputusan yang salah.

Saya sendiri pernah melihat flow yang menjadi semakin kompleks kerana setiap kali ada idea baru daripada AI, terus dimasukkan ke dalam sistem tanpa bertanya satu soalan penting.

"Adakah ini benar-benar membantu objektif asal?"

Akhirnya sistem menjadi penuh dengan feature.

Tetapi semakin susah digunakan. dan akhirnya "abandoned"


AI Memberi Jawapan. Manusia Menentukan Arah.

Saya selalu melihat AI seperti seorang consultant.

Kalau kita datang kepada consultant tanpa tahu apa masalah sebenar, jawapan yang diberikan juga hanyalah cadangan umum.

Tetapi bila kita datang dengan objektif yang jelas, barulah consultant boleh membantu dengan lebih tepat.

AI juga begitu.

AI sangat bagus untuk:

  • menyusun idea
  • memberi perspektif baru
  • mencabar andaian kita
  • membantu membuat research
  • menjelaskan perkara teknikal
  • menghasilkan draf awal

Tetapi AI tidak sepatutnya menjadi orang yang menentukan hala tuju bisnes kita.

Itu tetap tanggungjawab kita sebagai pemilik bisnes.


Berfikir Dahulu, Baru Bertanya

Saya rasa inilah cara yang lebih baik menggunakan AI.

Jangan terus bertanya,

"Apa yang perlu saya buat?"

Sebaliknya cuba mulakan dengan berfikir dahulu.

Apa objektif sebenar?

Apa masalah yang hendak diselesaikan?

Apa yang saya mahu pelanggan lakukan selepas melihat landing page ini?

Apa yang saya mahu sistem ini capai dalam tempoh lima tahun?

Bila persoalan-persoalan ini sudah jelas, barulah AI benar-benar menjadi alat yang sangat berkuasa.

Kerana AI sekarang bukan lagi memberi hala tuju.

Tetapi membantu mempercepatkan perjalanan yang kita sendiri sudah tentukan.


Penutup

Saya menggunakan Ai hampir setiap hari.

Untuk coding.

Untuk struktur blog.

Untuk membuat kajian.

Untuk brainstorming.

Untuk menyusun idea.

Tetapi saya tidak pernah menganggap semua jawapan AI itu sebagai keputusan muktamad.

Setiap cadangan perlu melalui satu lagi proses.

Berfikir.

Menganalisis.

Membandingkan dengan objektif asal.

Kadang-kadang saya ikut cadangan AI.

Kadang-kadang saya ubah.

Kadang-kadang saya buang terus.

Bukan kerana AI salah.

Tetapi kerana AI tidak akan pernah memahami bisnes saya sedalam mana saya sendiri memahaminya.

Gunakan AI sebagai pembantu.

Bukan sebagai pemandu.

Kalau kita sendiri belum tahu ke mana hendak pergi, jangan harap AI mampu membawa kita ke destinasi yang betul.

Nak buat landing page yang siap 24 jam? Klik sini

 

cara guna chatGPT

Nak buat sistem?

Jom bincang untuk develop sistem yang custom untuk anda.

nak buat sistem bisnes? hubungi saya

Post Berkaitan

24 Feb 2026 Jangan Sibuk Nak Guna AI Kalau Google Drive Pun Berterabur
Jangan Sibuk Nak Guna AI Kalau Google Drive Pun Berterabur

Ramai founder obses dengan AI tapi asas operasi bisnes masih tunggang langgang. Susun proses dulu sebelum labur pada teknologi canggih.

09 Feb 2026 Software Should Follow Business - Bukan Bisnes Ikut Software
Software Should Follow Business - Bukan Bisnes Ikut Software

Ramai founder bina software yang cantik tapi bisnes tetap sangkut. Ini sebab utama: flow bisnes tak jelas. Ini cara saya fikirkan bisnes dulu, baru bina sistem.

06 Feb 2026 Membina Ekosistem Usahawan: Dari Ilmu Ke Operasi
Membina Ekosistem Usahawan: Dari Ilmu Ke Operasi

Bagaimana saya membina ekosistem Belajar Digital → eServe → sistem khas → koperasi untuk bantu usahawan bergerak dari belajar kepada jualan sebenar.

05 Aug 2024 Web Simple, Bisnes Lancar : Tak Perlu Complex
Web Simple, Bisnes Lancar : Tak Perlu Complex

Kenapa anda tidak perlukan laman web yang rumit dan bagaimana laman web simple dengan butang WhatsApp dapat lancarkan bisnes anda.

30 Jun 2018 Apa Itu Hosting Website? Penjelasan Ringkas + Cara Pilih Hosting Yang Tak Buang Duit
Apa Itu Hosting Website? Penjelasan Ringkas + Cara Pilih Hosting Yang Tak Buang Duit

Faham asas hosting, beza jenis server, dan cara pilih yang sesuai ikut saiz bisnes tanpa jargon teknikal yang memeningkan.

28 Jun 2018 Develop System - Kenapa Harga Mahal
Develop System - Kenapa Harga Mahal

Bapak mahal nau harga buat sistem ni wuih. Terceik habis

27 Jun 2018 Komunikasi - Antara Web Developer dan Client
Komunikasi - Antara Web Developer dan Client

Develop sistem akan jadi lancar bila komunikasi baik

25 Jun 2018 Marketing - Ape itu SEO? dan kupasan teknikal
Marketing - Ape itu SEO? dan kupasan teknikal

Apa itu SEO dan kenapa ia penting untuk usahawan? Panduan ringkas SEO untuk bantu website anda muncul di Google dan tarik pelanggan sebenar.

22 Jun 2018 Proses Membina Sistem: Bukan Sekadar Coding, Tapi Membina Cara Kerja
Proses Membina Sistem: Bukan Sekadar Coding, Tapi Membina Cara Kerja

Membina sistem bukan sekadar coding. Fahami proses mapping kerja, design database, hingga sistem stabil dan scalable untuk bisnes.