Jangan Sibuk Nak Guna AI Kalau Google Drive Pun Berterabur
Published:
Updated:
Sekarang semua orang nak guna AI.
Nak automasi marketing.
Nak chatbot jawab customer.
Nak AI buat sales copy.
Tapi bila buka Google Drive, fail berselerak.
Folder New Folder (3).
Invoice campur proposal.
Design lama entah kat mana.
Staff pun tak tahu versi mana yang latest.
Ini bukan masalah AI.
Ini masalah disiplin operasi.
AI Tak Akan Selamatkan Sistem Yang Berterabur
Ramai founder fikir AI boleh solve semua benda.
Hakikatnya, AI cuma layer atas.
Kalau foundation bersepah, AI cuma akan automasi kekacauan.
You bagi AI akses pada data.
Data kau tak clean.
Struktur tak jelas.
Naming pun random.
Hasilnya?
Output pun random.
Bisnes Bukan Kurang AI. Bisnes Kurang Sistem.
Sebelum fikir nak integrate LLM, automation pipeline, atau AI agent, jawab soalan ni dulu:
-
Ada tak struktur folder standard untuk semua team?
-
Ada tak SOP simpan dokumen?
-
Ada tak naming convention yang konsisten?
-
Ada tak satu source of truth untuk data penting?
Kalau jawapan masih “nanti kita tengok”,
kau belum perlukan AI.
Kau perlukan sistem.
High Tech Tak Guna Kalau Low Discipline
Aku nampak pattern ni selalu.
Founder excited nak guna:
-
AI untuk analyze sales
-
AI untuk generate report
-
AI untuk predict trend
Tapi report sales pun masih manual.
Data pelanggan ada 3 versi berbeza.
Invoice tak sync dengan payment.
Itu bukan masalah teknologi.
Itu masalah operasi.
Fix 3 Benda Ni Dulu
Kalau kau serius nak scale, buat ni dulu:
1. Standardize Struktur
Buat satu struktur folder rasmi.
Contoh:
-
01 Sales
-
02 Marketing
-
03 Operation
-
04 Finance
Semua ikut format yang sama. No exception.
2. Wajibkan Naming Convention
Contoh:
2026-02-Quotation-NamaClient-v1
Bukan quotation latest final final betul.docx.
3. Centralize Data
Pastikan semua data penting ada satu tempat.
Jangan WhatsApp.
Jangan personal laptop.
Jangan random Google Sheet.
Bila asas ni kemas, baru fikir automation.
AI Patut Datang Selepas Sistem Stabil
AI adalah accelerator.
Tapi accelerator pada apa?
Kalau kau accelerate sistem yang kemas,
kau laju.
Kalau kau accelerate kekacauan,
kau hancur lebih cepat.
Founder yang bijak bukan yang paling awal guna AI.
Tapi yang paling awal kemaskan operasi.
Teknologi canggih tak pernah gantikan asas yang solid.
Kalau Google Drive pun masih berterabur,
itu signal jelas.
Stop tambah tools.
Start betulkan sistem.
Bila asas dah kukuh, barulah AI jadi leverage sebenar.
