Kalkulator Harga Sistem Custom Malaysia
Apa yang anda nak bina?
Simple
Sistem asas untuk automate satu proses
Sistem Dalaman
Sistem pengurusan dalaman untuk team anda
Marketplace / SaaS
Platform untuk ramai pengguna atau pelanggan
Ada soalan? Saya ada jawapannya.
Semua yang perlu anda tahu sebelum memulakan projek custom system bersama saya.
Kepakaran saya adalah membina sistem backend dan operasi yang menyelesaikan isu 'bottleneck' dalam bisnes. Berdasarkan pengalaman, antara sistem yang saya sering bangunkan termasuk:
- Sistem Ejen & Komisen Multi-Level: Pengiraan komisen automatik tanpa pening kepala kira manual setiap hujung bulan.
- Sistem Centralized Inventory (HQ): Pantau stok masuk, keluar, dan balance secara real-time.
- Sistem Referral Berstruktur: Tracking automatik untuk program rujukan (referral) pelanggan.
- Sistem Leads Management: Pengurusan dan tracking leads dengan logik yang bantu team sales anda close lebih banyak jualan.
- Automasi Notifikasi & Alert: Sistem amaran awal (alert) automatik jika berlaku sebarang ralat atau error kritikal dalam operasi bisnes anda.
Sistem yang satu flow bermula dari RM5,000. Angka tetap ditulis dalam dokumen Fasa 2 selepas penilaian proses — bukan harga yang kemudian berubah di tengah jalan.
Sebelum penilaian, saya hanya beri anggaran tier. Kalau skop anda lebih kecil daripada itu, saya akan cadang landing page atau software siap sedia. Sistem custom tidak sesuai untuk semua bisnes.
Untuk sistem ringkas seperti leads management, biasanya 4 hingga 6 minggu. Untuk sistem yang melibatkan komisen multi-level, inventory HQ, atau beberapa integrasi, 2 hingga 4 bulan.
Tarikh siap ditulis dalam dokumen Fasa 2 dan diikat pada milestone. Yang berubah bukan tarikh, tetapi skop — dan itu hanya berlaku kalau anda yang minta tambah.
Satu slot, biasanya 1–3 jam. Sesi terasnya 45–60 minit; selebihnya untuk soalan anda selepas flow selesai dipetakan.
Saya sengajakan slot panjang supaya anda tidak perlu tergesa-gesa. Kalau 45 minit sudah cukup, kita berhenti.
Kerana outputnya dokumen yang anda miliki. Sesi percuma untuk berbincang dan faham flow. Dokumen skop, milestone, harga tetap dan senarai “tidak termasuk” mengambil masa 3–5 hari bekerja untuk ditulis dengan betul.
Penilaian RM1,000 ditolak sepenuhnya daripada harga pembangunan. Kalau anda teruskan, ia bukan kos tambahan.
Dokumen kekal milik anda. Anda boleh bawa ke developer lain, atau simpan untuk tahun depan.
Saya tidak minta bayaran tambahan, dan tidak menahan dokumen.
Tidak untuk projek yang ada integrasi, lebih daripada satu role, atau logik komisen. Tanpa skop bertulis, harga jadi tekaan.
Sebab itu penilaian dibuat sebelum pembinaan bermula, bukan selepas.
Ya, 100%. Selepas projek custom system development ini selesai dan pembayaran penuh dilunaskan, hak milik source code serta semua data pangkalan data (database) adalah milik syarikat anda sepenuhnya. Anda tidak terikat dengan yuran lesen perisian yang mahal setiap bulan.
Saya faham sistem yang baik perlukan penjagaan. Saya menyediakan tempoh waranti selepas pelancaran untuk membaiki sebarang bugs secara percuma. Selain itu, saya mereka bentuk sistem anda supaya mudah untuk di-scale. Jika tahun depan bisnes anda makin besar dan perlukan fungsi baru, kita boleh tambah modul baru tanpa perlu buat sistem dari kosong semula.
Masih ada soalan lain? Bincang terus — tiada bayaran untuk berbincang.
Blog
Dari Blog Tentang Sistem & Automasi
Idea dan pandangan saya mengenai sistem bisnes dan automasi.
Satu Link Referral Untuk Semua Ejen Nampak Kemas. Itu Juga Buat Conversion Lemah.
Satu link referral untuk semua ejen nampak kemas, tapi lead tak boleh dijejak dan ejen hilang ownership. Landing page per ejen baiki struktur itu.
Baca Artikel
Bila Dua Sistem Mula Bercantum, Bukan Integration Yang Susah
Bila dua sistem mula diintegrasikan, cabaran sebenar bukan API. Ia tentang business rules, customer, entitlement, card dan data sedia ada.
Baca Artikel
Rembayung: Bila Sistem Booking Berdepan Traffic Tinggi dan Isu Scalping
Bila restoran jadi viral, sistem booking bukan sekadar soal server. Ini analisis tentang traffic, scalping dan cara reka bentuk flow yang lebih praktikal.
Baca Artikel
Jangan Terus Bina Sistem. Faham Dulu Flow Yang Nak Diselesaikan
Ramai terus bina sistem bila bisnes bermasalah. Tapi sebelum automate, faham dulu flow, bottleneck dan punca sebenar masalah.
Baca Artikel
Kitaran Programmer Dalam Industri Yang Dipacu AI
Apa jadi bila AI menggantikan junior developer? Kesan jangka panjangnya mungkin lebih besar daripada yang kita sangka.
Baca Artikel
Di Sebalik Tabir: Bagaimana Aku Setup Ekosistem Software Yang Laju, Selamat & Automatik
Ketahui cara setup sistem perniagaan, booking homestay, dan AI WhatsApp closer menggunakan dedicated isolated VPS untuk kelajuan dan keselamatan data perniagaan anda.
Baca Artikel
Sistem Booking Homestay: Elak Double Booking & Booking Manual
Masih urus homestay guna WhatsApp? Elak double booking, automate tempahan & terima bayaran terus online.
Baca Artikel
Cabaran Urus Bisnes Bila Operasi Dah Mula Serabut
Masih urus invoice, payment dan leads secara manual? Ini cabaran urus bisnes yang ramai owner hadap tanpa sedar.
Baca Artikel