Software · Harga Emas Live

Tak Payah Update Harga Manual Lagi — Pelanggan Tengok Harga Sendiri

Harga emas update automatik untuk 10 jenis emas. Pelanggan boleh semak harga semasa terus dari website anda — tanpa WhatsApp tanya harga berulang kali.

Harga Auto Update WhatsApp Auto Dari RM299/bln Dashboard Mudah Guna
Lihat Cara
web-kedai-emas
Tak Payah Update Harga Manual Lagi — Pelanggan Tengok Harga Sendiri

Masalah Yang Anda Hadapi

Harga emas berubah hampir setiap hari — staf kena update manual kat whiteboard, WhatsApp status atau Social Media

Pelanggan ulang soalan sama: "916 hari ni berapa?" sampai staf penat reply benda yang sama

Lepas kedai tutup, pelanggan langsung tak tahu harga — inquiry terhenti sampai esok

Website biasa tak membantu — pelanggan tetap kena WhatsApp untuk tanya harga

Pesaing anda dah ada paparan harga live, kedai anda nampak lambat dan kurang trusted

Penyelesaian

Dari RM299/bln — pilih bayaran bulanan atau tahunan.

Website kedai emas yang update harga emas automatik 24/7. Pelanggan boleh semak sendiri tanpa ganggu staf. Inquiry masuk terus ke sistem dan WhatsApp dihantar automatik. Anda fokus jual emas — bukan jawab soalan harga berulang kali.

Apa Yang Anda Akan Dapat

Harga Emas Update Automatik — Tak Payah Tukar Manual

Sistem ambil data harga emas antarabangsa dan terus kira harga untuk 10 jenis emas. Bila harga berubah, website update sendiri.

Semua Dalam Satu Dashboard

Tengok harga semasa, semak inquiry pelanggan, ubah setting harga dan edit content website — semua dalam satu tempat.

Lead Baru Masuk → WhatsApp Auto Jalan

Bila pelanggan tanya, sistem terus hantar mesej automatik. Lead tak tertinggal walaupun staf tengah sibuk layan customer.

Core Features

Fungsi Utama

Paparan Harga Emas Live 24/7

Harga emas dari pasaran antarabangsa secara live

  • Display besar untuk harga 1kg (beli/jual)
  • Jadual lengkap 10 ketulenan emas (9999 hingga 375)
  • Pelanggan nampak sama ada harga sedang naik atau turun
  • Tanda arah naik/turun dengan perbezaan harga
  • Status "Live" — pelanggan tahu harga adalah real-time
Paparan Harga Emas Live 24/7

Auto Pricing Engine

Set harga sekali, sistem terus kira harga untuk setiap jenis emas automatik.

  • Kiraan automatik dari USD/oz ke RM/g
  • 10 jenis emas sedia ada
  • Ubah multiplier bila-bila — harga terus dikira semula
  • Match Harga Pesaing Dengan Mudah
  • Masukkan harga pesaing, sistem terus cadangkan setting yang sesuai, harga kedai anda kekal kompetitif.
Auto Pricing Engine

Website Kedai Emas Professional

Landing page lengkap dengan content, harga terkini, dan info kedai. Pelanggan semak harga tanpa ganggu staf.

  • Hero section dengan tagline, subtitle dan CTA
  • Jadual harga emas yang kemas dan mobile-friendly
  • Seksyen perkhidmatan dan alamat kedai
  • Rekaan premium sesuai untuk branding kedai emas
Website Kedai Emas Professional

Lead Management System

Setiap inquiry dari pelanggan direkod dan diurus dalam admin panel. Tak ada lead yang hilang atau tertinggal.

  • Borang inquiry di website (nama, telefon, jenis pertanyaan)
  • Status tracking: Baru → Dihubungi → Bertukar → Tutup
  • Tapisan ikut status untuk follow-up
  • Catatan dalaman untuk setiap lead
  • Butang WhatsApp terus ke nombor pelanggan
Lead Management System

Auto WhatsApp Notification

Lead baru hantar inquiry, sistem terus WhatsApp mereka dengan mesej automatik. Response pantas tanpa staf perlu buka WhatsApp.

  • WhatsApp auto hantar bila lead baru masuk
  • Template mesej boleh diedit dari admin panel
  • Guna variable personalisasi {nama}, {jenis_pertanyaan}
  • QR code pairing — guna nombor WhatsApp sedia ada
  • Auto reconnect kalau connection terputus
Auto WhatsApp Notification

CMS — Tukar Content Tanpa Call Developer

Ubah tagline, alamat, waktu operasi, dan kandungan setiap seksyen website terus dari admin panel. Tak perlu code atau call developer.

  • Edit maklumat kedai (nama, alamat, telefon, SSM)
  • Tukar kandungan hero, perkhidmatan, dan contact section
  • Gambar dan logo boleh tukar bila-bila
  • Settings sosial media (Instagram, Facebook, dll)
CMS — Tukar Content Tanpa Call Developer

Cara Operasi

1

Saya Setupkan Domain, Server & Content

Saya setup domain pilihan anda (.com), dedicated VPS, dan content ikut brand kedai emas. Logo, warna, dan maklumat kedai dimasukkan. Siap dalam 1-3 hari.

2

Sistem Mula Terima Data Harga Antarabangsa

Sistem connect ke pasaran emas antarabangsa, kira harga untuk semua ketulenan, dan paparkan secara live. Anda cuma perlu set multiplier & exchange rate sekali.

3

Website Live — Pelanggan Boleh Tengok & Inquiry

Website siap dan live. Pelanggan tengok harga, baca info kedai, dan hantar inquiry. Lead masuk ke admin panel, WhatsApp auto dihantar. Anda fokus jual emas, bukan layan website.

Input Process Output

Lepas Bayar, Apa Proses Seterusnya?

Dari bayaran sampai sistem siap guna — saya uruskan semua. Anda tunggu hasil je.

1 Anda

Bayaran Disahkan

Selepas bayaran, saya akan confirm & mulakan proses setup untuk anda.

1-2 jam
2 Saya urus

Pendaftaran Domain

Saya akan daftarkan domain .com pilihan anda dan config DNS.

Hari 1
3 Saya urus

Server Disediakan

Sediakan server, setup SSL (security hijau), server provisioning untuk production.

Hari 1
4 Saya urus

Software Setup

Sistem dipasang bersama maklumat bisnes, harga, gambar dan branding bisnes anda.

Hari 2
5 Saya + Anda

Serahan & Demo

Saya akan hubungi untuk demo live, pastikan semuanya okay, baru live.

Hari 3

Sistem siap guna dalam 1-3+ hari — saya akan update progress setiap langkah.

Kenali Saya

Faiz — Founder & Developer
Faiz Founder & Developer

Saya Faiz — Saya nampak ramai owner kedai emas masih update harga manual — whiteboard, WhatsApp status, Facebook post. Setiap kali harga emas naik turun, kena update manual. Pelanggan asyik tanya harga yang sama. Staf tak fokus jualan sebab sibuk reply inquiry.

Saya bina sistem ni supaya harga emas kedai anda update automatik, pelanggan boleh tengok sendiri, dan staf boleh fokus jual emas. Saya boleh tunjuk live macam mana sistem ni jalan dalam 10 minit. Lepas tu anda decide sendiri sesuai atau tak untuk kedai anda.

Kalau nak tengok demo, saya boleh tunjuk live 10 minit melalui WhatsApp call.

Ya, saya nak tengok demo

Custom untuk kedai emas Malaysia — 10 jenis emas tempatan (9999 hingga 375)

Matawang RM, pasaran antarabangsa

Pelanggan tengok harga sendiri 24/7

Kurang WhatsApp ganggu staf, lebih masa untuk jualan

Dari RM299/bln — pilih bayaran bulanan atau tahunan

Domain (.com) + dedicated VPS + Realtime pricing + setup siap — zero technical setup, saya uruskan semua

Mobile-first — pelanggan semak harga dari telefon dengan mudah

Auto update tanpa perlu sentuh manual — harga sentiasa terkini

Boleh digunakan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu

Banding Dengan Cara Manual

Fungsi Software Ini Pesaing / Manual
Harga Emas Harga live 10 jenis emas Kena update manual / tak dipaparkan
Kemas Kini Harga Update automatik 24/7 Kena tukar manual setiap kali harga berubah
Pelanggan Semak Harga Boleh tengok sendiri bila-bila masa Kena WhatsApp atau tunggu kedai buka
Lead Pelanggan Semua inquiry direkod Bersepah dalam WhatsApp
WhatsApp Auto balas inquiry baru Reply satu-satu secara manual
Dashboard Harga, inquiry & website dalam satu tempat Tak ada / kena urus berasingan
Domain & Server Termasuk, saya uruskan Kena setup dan urus sendiri
Masa Setup Siap 1-3 hari Makan masa berminggu
Google Search Lebih mudah dijumpai Susah muncul di Google
Kos Permulaan Dari RM299/bln (setup RM1,000) RM2,000-5,000 + kos bulanan
Kos Tahunan RM299/bln atau RM2,990/thn Hosting, domain & support asing

Masih Ada Soalan?

Boleh customize website ikut brand kedai emas saya?

Sistem ini adalah ready-made untuk kedai emas, bukan custom build dari kosong. Tapi saya akan setup dengan domain (.com) pilihan anda, logo kedai, warna brand, dan gambar produk. Jadi seperti sistem eksklusif untuk kedai emas anda. Yang tak boleh diubah adalah struktur dan flow sistem — ia memang direka khusus untuk kedai emas.

Boleh tukar design website ikut citarasa saya?

Boleh. Design asal sistem ini memang direka khas untuk kedai emas dan sudah dioptimumkan untuk nampak kemas, cepat, dan mudah pelanggan guna. Tapi jika anda mahu ubah design seperti layout tertentu, susunan section, style lebih premium, atau ikut reference website lain, saya boleh bantu customize.

Untuk kos tambahan, biasanya bermula sekitar RM500 - RM1,500 bergantung kepada tahap perubahan dan kerumitan design yang diminta. Saya akan bagi quotation dahulu sebelum mula supaya jelas apa yang akan dibuat.

Macam mana kalau harga emas salah?

Sistem ambil data dari pasaran antarabangsa dan kira ikut setting multiplier anda. Anda masih boleh ubah harga manual bila perlu.

Macam mana dengan harga emas antarabangsa — dari mana sumbernya?

Sistem menerima data harga emas antarabangsa (GOLD) melalui data feed real-time yang disambung direct ke market. Data harga live 24/7 ni di-stream menggunakan teknologi saya sendiri yang diambil direct dari pasaran kewangan global, cuma senarai tepat provider tu saya terpaksa rahsiakan atas faktor perjanjian komersial dan kelebihan bersaing (competitive advantage).

Kenapa ada renewal?

Dia cover domain renewal (.com), dedicated VPS server (bukan shared hosting), SSL certificate, security updates & patching, data feed subscription, dan technical support. Sistem akan terus jalan tanpa sebarang masalah. Kalau tak renew, sistem akan offline sebab domain, server, dan data feed tak berbayar. Nak tahu pasal server? baca sini

Boleh match harga ikut harga pesaing?

Ya. Admin panel ada fungsi Competitor Price Matching — anda masukkan harga beli dan jual pesaing (dalam RM/kg), sistem akan kira secara automatik multiplier yang diperlukan untuk match harga tersebut. Lepas tu, satu klik je untuk simpan. Sesuai untuk pastikan harga kedai anda sentiasa kompetitif tanpa perlu kira manual.

Tak jumpa jawapan? WhatsApp saya terus.

WhatsApp Saya

Nak Pelanggan Tengok Harga Sendiri Tanpa Ganggu Staf?

Website kedai emas dengan harga live 24/7, inquiry automatik dan WhatsApp auto-reply. Dari RM299/bln. Siap setup dalam 1–3 hari.

Setup fee bayar sekali je. Korang terus dapat server VPS dedicated sendiri — tak share dengan bisnes lain. Domain nama bisnes korang pun sekali siap. Maksudnya data 100% peribadi, loading laju (tak goyang).

Pilihan: RM299/bln atau RM2,990/thn. Setup RM1,000.

Ada soalan? WhatsApp saya setup @web-kedai-emas

Software ni tak cukup perfect untuk bisnes korang?

Setiap bisnes ada flow tersendiri. Saya boleh bina sistem khas ikut proses bisnes anda — dari dashboard operasi, sistem ejen, komisen, inventory, sampai automasi WhatsApp.

Flow bisnes spesifik

Integrasi ikut keperluan

Source code hak milik penuh