Terma & Syarat Software

Kemaskini Terakhir:

TERMA & SYARAT PEMBELIAN SOFTWARE READY-MADE

Dengan membuat pembayaran bagi mana-mana perisian yang dijual di bawah jenama peribadi HAMIZULFAIZ, pembeli dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan terma & syarat berikut.

1. JENIS PRODUK

Perisian yang dijual adalah perisian ready-made (siap dibangunkan) dan bukan perisian custom.

Pembeli memahami bahawa perisian ini dibangunkan berdasarkan fungsi dan struktur sedia ada sebagaimana diterangkan pada halaman jualan produk.

Sebarang permintaan tambahan fungsi, perubahan besar pada sistem, integrasi pihak ketiga, atau pembangunan khas di luar fungsi asal perisian adalah tidak termasuk dalam pembelian ini.

Sekiranya pembeli memerlukan sistem yang diubah suai atau dibina mengikut keperluan bisnes sendiri, pembeli perlu mendapatkan servis Custom Development Service yang ditawarkan di laman web HAMIZULFAIZ.

Tempoh Penghantaran: Sistem akan disiapkan dan diserahkan dalam tempoh 3–7 hari bekerja bergantung kepada queue semasa dan maklumat yang diterima daripada pembeli.



2. HARGA PERISIAN

Harga perisian adalah seperti yang dipaparkan pada halaman jualan produk.

Harga promosi (jika ada) adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Harga pembelian pertama termasuk:

  • Setup sistem

  • Pendaftaran domain (.com) asas

  • Penyediaan server/hosting

  • Konfigurasi awal sistem


Pembayaran dianggap sebagai persetujuan penuh terhadap terma & syarat ini.

3. DOMAIN & SERVER (PENYELENGGARAAN TAHUNAN)

Pembeli memahami bahawa sistem memerlukan domain dan server untuk beroperasi.

Bayaran pembelian pertama termasuk kos setup awal domain dan server.

Bagi memastikan sistem terus beroperasi, pembeli perlu membuat Penyelenggaraan Tahunan Sistem seperti yang diterangkan pada halaman jualan.

Penyelenggaraan tahunan ini merangkumi:

  • Pembaharuan domain

  • Kos server/hosting

  • Penyelenggaraan asas sistem

  • Pemantauan asas server

Sekiranya penyelenggaraan tahunan tidak dibuat selepas tamat tempoh:

  • Sistem mungkin digantung atau tidak dapat diakses

  • Domain mungkin tamat tempoh

  • Data mungkin dipadam oleh penyedia server selepas tempoh tertentu

HAMIZULFAIZ tidak bertanggungjawab atas kehilangan data akibat kegagalan pembaharuan

4. AKSES SISTEM & SOURCE CODE

Pembelian perisian ini tidak termasuk source code.

Pembeli hanya diberikan:

  • URL sistem

  • Akaun akses admin panel

Fungsi pengurusan yang tersedia dalam sistem



Source code, struktur sistem, database architecture, logic programming, dan keseluruhan pembangunan perisian adalah hak milik penuh software developer di bawah jenama HAMIZULFAIZ.

Pembeli tidak dibenarkan:

  • Meminta source code

  • Menjual semula sistem

  • Menyalin sistem

  • Mengubahsuai sistem melalui pihak ketiga tanpa kebenaran

  • Mengedarkan semula sistem dalam apa jua bentuk

5. HAK MILIK PERISIAN

Pembelian ini memberi pembeli lesen penggunaan (license to use) dan bukan pemilikan penuh perisian.

Hak cipta, pemilikan intelektual, struktur sistem, rekabentuk database, fungsi dalaman, dan keseluruhan teknologi sistem kekal menjadi hak milik HAMIZULFAIZ.

HAMIZULFAIZ berhak menggunakan semula framework, komponen, struktur atau logic sistem bagi pembangunan perisian lain pada masa hadapan.


6. SKOP SUPPORT

Pembelian termasuk support asas selepas setup bagi memastikan sistem boleh digunakan dengan baik.

Support asas termasuk:

  • Bantuan setup awal

  • Penerangan penggunaan sistem

  • Penyelesaian bug teknikal sistem asal


Support asas tidak termasuk:

  • Training intensif staf

  • Permintaan feature baru

  • Customization besar

  • Perubahan workflow bisnes

  • Integrasi software pihak ketiga


Sebarang permintaan tambahan mungkin dikenakan caj berasingan.

7. LIMITASI PERISIAN

Pembeli memahami bahawa perisian ready-made mempunyai workflow dan struktur tertentu.

HAMIZULFAIZ tidak menjamin bahawa perisian akan memenuhi 100% keperluan unik setiap bisnes.

Pembeli bertanggungjawab untuk menilai kesesuaian sistem sebelum membuat pembelian.


8. POLISI BAYARAN & REFUND

Semua pembayaran adalah **muktamad dan tidak boleh dipulangkan (non-refundable)** selepas:

  • Setup dimulakan

  • Domain dibeli

  • Server disediakan

  • Sistem dipasang


Ini kerana kos setup dan konfigurasi telah digunakan bagi penyediaan sistem pembeli.


9. DATA & KESELAMATAN AKAUN

Pembeli bertanggungjawab menjaga:

  • Username & password sistem

  • Data yang dimasukkan ke dalam sistem

  • Backup data sendiri (jika diperlukan)



HAMIZULFAIZ tidak bertanggungjawab atas:

  • Kesilapan pengguna

  • Kehilangan data akibat kecuaian pengguna

  • Kebocoran akses disebabkan perkongsian login

  • Penghapusan data oleh pengguna sendiri

10. GANGGUAN SISTEM

HAMIZULFAIZ akan berusaha memastikan sistem berjalan dengan baik.

Walau bagaimanapun, HAMIZULFAIZ tidak bertanggungjawab atas gangguan yang berlaku disebabkan:

  • Masalah server provider

  • Gangguan internet

  • Serangan siber

  • Force majeure

  • Perkhidmatan pihak ketiga



HAMIZULFAIZ tidak menjamin sistem bebas downtime 100%.



11. PENAMATAN SERVIS


HAMIZULFAIZ berhak menggantung atau menamatkan akses sistem sekiranya:

  • Penyelenggaraan tahunan tidak dibuat

  • Penyalahgunaan sistem berlaku

  • Pelanggaran terma & syarat berlaku


12. PERSETUJUAN PEMBELI

Dengan membuat pembayaran, pembeli dianggap telah:

  • Membaca terma & syarat ini

  • Memahami bahawa ini adalah **software ready-made** dan bukan custom software

  • Bersetuju dengan caj penyelenggaraan tahunan

  • Memahami bahawa source code tidak diberikan

  • Bersetuju bahawa pemilikan software kekal milik HAMIZULFAIZ

HAMIZULFAIZ