Sistem & Operasi Bisnes
Kebanyakan masalah sistem bermula sebelum coding lagi.
Saya bantu pemilik bisnes fahamkan workflow, selesaikan masalah operasi dan bina software yang sesuai dengan cara bisnes mereka berjalan.
Bukan sekadar tambah features. Kita pastikan proses operasi masuk akal dahulu.
Tentang Saya
HamizulFaiz
Tech Entrepreneur / System Builder
Saya dah lebih 15 tahun bina sistem untuk bisnes sebenar — bukan sekadar projek demo.
Sepanjang itu, saya nampak bagaimana keperluan bisnes, operasi harian dan cara software dibina saling mempengaruhi. Feature yang nampak mudah boleh jadi masalah besar bila workflow tak pernah difikirkan.
Saya tak obses dengan features, saya obses dengan aliran kerja.
Sebab itu saya belajar satu perkara: menulis feature yang diminta sahaja tak cukup kalau prosesnya sendiri belum jelas. Hari ini saya ambil pendekatan yang berbeza — fahamkan workflow dahulu, baru bina software yang benar-benar menyokong cara bisnes anda berjalan.
Solusi
Kenali Masalah, Baru Cari Sistem
Setiap bisnes ada masalah operasi yang berbeza. Saya mula dengan mengenal pasti masalahnya dahulu — bukan terus cadangkan software.
Kerja manual makin susah dikawal
Order, maklumat customer dan update staf berada di banyak tempat. Anda perlukan workflow yang lebih teratur.
Proses booking atau order banyak kerja berulang
Staf perlu semak maklumat, update status dan follow up satu-satu secara manual setiap hari.
Iklan bawa orang masuk, tetapi susah nak convert
Maklumat tak jelas, customer susah nak bertindak, atau laluan untuk membuat pesanan terlalu panjang.
Saya diagnosis dahulu, baru cadangkan penyelesaian. Bukan semua masalah operasi perlukan custom software — kadang tool yang lebih ringkas atau perubahan pada proses itu sendiri sudah cukup.
Workflow-First Development
Macam mana anda tahu kita bina benda yang betul — sebelum habiskan duit?
Itu persoalan yang sepatutnya ditanya sebelum projek bermula. Sebab itu saya mula dengan workflow, bukan terus coding. Tiga peringkat ringkas, satu scope yang jelas.
Fahamkan operasi
Kita tengok bagaimana kerja dibuat sekarang, siapa yang terlibat, di mana masalah berlaku dan apa hasil yang sepatutnya dicapai.
Output
Current workflow dan masalah yang dikenal pasti.
Tetapkan flow dan rules
Kita tentukan langkah kerja, business rules, tanggungjawab setiap pihak dan apa yang berlaku apabila sesuatu tidak berjalan seperti biasa.
Output
Workflow yang dipersetujui dan scope yang lebih jelas.
Bina dan validate
Kita bina mengikut scope yang dipersetujui, uji dengan situasi sebenar dan semak sama ada sistem menyokong cara kerja yang telah ditetapkan.
Output
Software yang boleh diuji, didokumentasikan dan diserahkan mengikut persetujuan projek.
Sebelum masuk coding
Seorang owner kata dia nak sistem untuk manage agent.
Nampak macam permintaan yang jelas. Tetapi sebelum bina apa-apa, kita kena tahu bagaimana perkara asas beroperasi dahulu.
Soalan yang saya tanya dahulu
- Siapa yang boleh daftarkan agent?
- Bila agent dianggap aktif?
- Bagaimana order dikaitkan dengan agent?
- Apa berlaku jika customer refund?
- Siapa yang boleh ubah commission?
Proof of Thinking
Sebelum bina sistem ejen, kita kena tahu bagaimana order sebenarnya bergerak.
Masalah komisen jarang bermula pada sistem. Ia bermula pada proses yang tidak pernah dikunci. Ini contoh bagaimana saya fikirkan perkara itu dahulu.
Proses asal
- 1 Customer klik referral link
- 2 Order masuk, ownership tak jelas
- 3 Commission jadi pertikaian
Proses yang dikukuhkan
- 1 Tetapkan attribution rules
- 2 Rekod agent dan order mengikut rules
- 3 Semak commission berdasarkan rekod
From Manual to Automated: Sistem Klinik Dialisis Yang Potong Kerja Admin 70%
Case study klinik dialisis tukar workflow manual kepada sistem automasi. Cara lindungi data pelanggan dan kurangkan beban kerja staf.
Baca kes penuh
Rembayung: Bila Sistem Booking Berdepan Traffic Tinggi dan Isu Scalping
Bila restoran jadi viral, sistem booking bukan sekadar soal server. Ini analisis tentang traffic, scalping dan cara reka bentuk flow yang lebih praktikal.
Baca kes penuhFeatured Custom Project
Sistem Ejen: Satu Dashboard, Semua Pergerakan Order & Komisen
Cara saya mengubah operasi ejen yang berselerak kepada satu sistem yang mengunci proses kerja — daripada pendaftaran ejen sampai pembayaran komisen.
Masalah
Pengurusan ejen dibuat di banyak tempat — pendaftaran, tracking jualan dan pengiraan komisen tidak bersambung. Owner tak nampak prestasi sebenar, dan komisen sering jadi pertikaian.
Keputusan yang saya buat
-
1
Tiga peranan yang jelas
HQ kawal bisnes, distributor urus inventori, ejen jual dan dapat komisen. Setiap pihak nampak apa yang sepatutnya sahaja.
-
2
Order dikaitkan dengan ejen
Setiap order dijejaki mengikut attribution rules — siapa yang bawa, siapa yang close, siapa yang patut dibayar.
-
3
Komisen dikira dari rekod
Komisen keluar dari rekod sistem, bukan tafsiran manual. Pertikaian berkurang sebab semuanya boleh disemak.
Hasilnya
- Kurang kerja manual yang berulang
- Elak human error dalam pengiraan komisen
- Owner nampak prestasi bisnes secara real-time
Gallery
Galeri Projek Saya
Sekilas pandang sistem, software dan landing page yang saya bina — klik untuk lihat penuh atau play video.
/
Software Ready Made
Tak semua masalah perlukan projek custom yang besar.
Kalau keperluan bisnes anda sudah jelas, software ready-made ini boleh terus install dan running. Setup cepat, kos bulanan yang munasabah.
AI Sales Closer
Customer hantar mesej 11 malam. Anda dah tidur. Dia dapat jawapan terus — dan beli. Semua tu berlaku tanpa anda buka WhatsApp sekali pun.
Sistem Booking
Customer boleh check availability, pilih tarikh & bayar terus tanpa admin reply satu-satu
Harga Emas Live
Harga emas update automatik untuk 10 jenis emas. Pelanggan boleh semak harga semasa terus dari website anda — tanpa WhatsApp tanya harga berulang kali.
Mula Sekarang
Belum pasti sistem apa yang bisnes anda perlukan?
Anda tahu ada sesuatu dalam operasi bisnes yang perlu diperbaiki, tetapi belum pasti sama ada anda perlukan custom system, automation atau proses kerja yang lebih baik?
Tak perlu datang dengan technical requirements yang lengkap.
Ceritakan bagaimana bisnes anda beroperasi sekarang, masalah yang selalu berlaku dan apa yang anda mahu perbaiki.
Kita fahamkan masalah dahulu. Kemudian baru tentukan penyelesaian yang sesuai.
Belum ada scope? Tak mengapa. Mulakan dengan masalahnya.