Landing Page Ejen Hartanah: Tukar Klik Iklan kepada Permintaan Viewing
Published:
Updated:
Anda boost satu listing hartanah di Facebook.
Gambar cantik. Harga menarik. Lokasi pun strategik.
Beberapa jam kemudian, WhatsApp mula masuk.
“Masih available?”
“Berapa harga?”
“Lokasi dekat mana?”
Anda jawab satu per satu. Ada yang terus senyap. Ada yang tanya perkara sama. Ada juga yang selepas bertanya harga, terus hilang tanpa berita.
Masalahnya bukan semestinya iklan anda tak menjadi.
Orang dah klik iklan. Mereka dah masuk WhatsApp. Tetapi belum tentu mereka cukup faham tentang hartanah itu untuk ambil langkah seterusnya.
Di sinilah landing page untuk ejen hartanah boleh membantu.
Bukan untuk menjamin jualan atau memastikan setiap lead jadi pembeli. Sebaliknya, landing page beri ruang kepada bakal pembeli untuk memahami listing terlebih dahulu, supaya perbualan di WhatsApp boleh bermula dengan maklumat yang lebih jelas.
Portal hartanah bagus untuk cari listing, tak semestinya untuk convert trafik iklan
Portal hartanah memang ada fungsinya.
Pembeli boleh mencari rumah mengikut lokasi, harga, jenis hartanah dan banyak lagi. Mereka juga boleh membandingkan beberapa listing sebelum membuat keputusan.
Tetapi apabila anda membayar untuk membawa trafik daripada Facebook atau TikTok, objektifnya sedikit berbeza.
Anda bukan sekadar nak orang tengok property.
Anda nak mereka berminat dengan listing anda dan ambil tindakan yang anda harapkan, seperti bertanya pasal kelayakan, dapatkan maklumat lanjut atau tetapkan tarikh viewing.
Bila trafik iklan dihantar ke profile portal, pembeli mungkin tengok listing anda bersama-sama property lain. Perhatian mereka mudah beralih kepada pilihan yang berbeza.
Itu bukan bermaksud portal tu useless. Dia cuma bermaksud portal itu tidak semestinya direka khas untuk kempen iklan anda.
Dengan landing page sendiri, anda boleh susun maklumat mengikut apa yang pembeli perlu tahu sebelum hubungi anda.
Harga. Gambar. Lokasi. Kemudahan. Maklumat ejen. Dan cara untuk schedule viewing.
Semua maklumat itu berada dalam satu halaman dengan satu tindakan utama.
Daripada sekadar melihat listing, pembeli boleh mula menilai sama ada hartanah itu sesuai untuk mereka.
Anda tak semestinya perlukan website penuh
Bila bercakap tentang website ejen hartanah, ada yang terus bayangkan portal sendiri dengan fungsi search, database listing, sistem login dan dashboard pengurusan hartanah full.
Semua itu boleh berguna, lagi2 kalau anda uruskan banyak listing atau ada pasukan ejen.
Tetapi untuk test satu kempen iklan, anda mungkin belum perlukan semua fungsi tersebut.
Katakanlah anda tengah mempromosikan sebuah rumah teres di Shah Alam.
Anda mempunyai satu listing utama, satu target market dan satu objektif:
Dapatkan permintaan viewing daripada pembeli yang sesuai.
Dalam situasi ini, satu landing page khas untuk listing tersebut mungkin dah cukup.
Anda tidak perlu develop sistem pengurusan hartanah yang besar. Anda cuma perlu sediakan halaman yang menjawab soalan penting pembeli dan memudahkan mereka menghubungi anda.
Jika anda mengiklankan beberapa property, anda boleh menggunakan pendekatan yang sama untuk setiap listing yang aktif.
Kalau anda fokus pada satu kawasan, anda juga boleh membina halaman khas untuk kawasan tersebut, dengan beberapa pilihan property yang relevan.
Pendekatan dia bergantung pada kempen anda.
- Satu listing, satu landing page kalau anda nak fokus pada property tertentu.
- Satu kawasan, satu landing page kalau anda mahu menarik pembeli yang mencari property di lokasi tertentu.
- Satu sistem penuh kalau anda perlukan catalog listing, carian, pengurusan content dan fungsi lain yang lebih menyeluruh.
Mulakan dengan keperluan sebenar. Jangan buat sistem besar hanya sebab nak nampak lebih profesional.
Apa yang perlu ada dalam landing page hartanah?
Landing page yang baik bukan sekadar gambar rumah dengan butang WhatsApp.
Dia perlu membantu pembeli menjawab soalan yang mungkin menghalang mereka daripada menghubungi anda.
Saya akan susun halaman listing hartanah kepada enam bahagian utama.
1. Bahagian utama yang terus perjelaskan listing
Bila seseorang masuk ke halaman anda, mereka patut tahu property apa yang anda tawarkan tanpa perlu mencari maklumat di seluruh page.
Letakkan info penting seperti:
- Jenis property dan lokasi.
- Harga jualan atau range harga yang relevan.
- Satu atau dua kelebihan utama.
- Gambar utama.
- Button untuk bertanya atau schedule viewing.
Contohnya, kalau anda menjual rumah teres dua tingkat di Shah Alam, jangan sekadar meletakkan tajuk “Rumah Idaman Anda Menanti”.
Tajuk itu dengar macam menarik, tetapi tak banyak membantu pembeli untuk menilai listing.
Tajuk macam “Rumah Teres 2 Tingkat di Shah Alam, Berdekatan Sekolah dan Lebuhraya” bagi konteks yang lebih jelas, kalau maklumat tersebut tepat untuk property tu.
Pembeli boleh buat penilaian awal sebelum teruskan bacaan.
2. Galeri yang tunjukkan keadaan sebenar
Dalam pembelian hartanah, gambar memainkan peranan besar.
Pembeli nak tengok ruang tamu, bilik tidur, dapur, bilik air dan keadaan keseluruhan rumah.
Jangan menggunakan satu gambar bahagian hadapan rumah je kalau anda ada gambar lain yang boleh membantu pembeli faham keadaan property tu.
Susun gambar mengikut aliran yang masuk akal.
Mula dengan bahagian yang paling tarik perhatian, lepas tu tunjukkan ruang dalaman dan bahagian lain yang relevan.
Kalau rumah ada kekurangan yang ketara atau perlukan renovation, tak perlu sembunyikan dia dengan gambar yang mengelirukan.
Matlamat kita bukan nak dapatkan klik sebanyak mungkin. Matlamat kita nak membantu pembeli menentukan sama ada listing itu berbaloi untuk mereka pertimbangkan.
3. Butiran property yang menjawab soalan lazim
Lepas tengok gambar, pembeli biasanya nak tahu spesifikasi hartanah tu.
Antara maklumat yang boleh kita display ialah:
- Harga jualan.
- Keluasan tanah dan keluasan binaan, kalau ada.
- Bilangan bilik tidur dan bilik air.
- Jenis pegangan/status hartanah (freehold? leasehold?).
- Status furnish atau renovation.
- Kemudahan berdekatan.
- Kos tambahan atau syarat penting yang kita tau.
Display maklumat yang betul dan relevan. Kalau sesuatu butiran belum kita validate, tak perlu jadikan dia sebagai fakta.
Anda juga tak perlu penuhkan halaman dengan semua maklumat yang ada.
Pilih butiran yang membantu pembeli menentukan sama ada property tersebut sesuai dengan keperluan dan kemampuan mereka.
Bila maklumat asas dah tersedia, anda kurangkan keperluan untuk menjawab soalan yang sama berulang kali dekat WhatsApp.
4. Lokasi yang membantu pembeli menilai kesesuaian
Lokasi bukan sekadar nama bandar atau kawasan.
Bagi sesetengah pembeli, jarak ke tempat kerja ialah faktor utama. Bagi yang lain, sekolah, pengangkutan awam, akses lebuh raya atau kemudahan harian lagi penting.
Sebab itu, bahagian lokasi kena beri gambaran yang praktikal.
Anda boleh sertakan google map, kawasan sekitar dan anggaran jarak atau masa perjalanan kalau maklumat tersebut boleh disahkan.
Tak perlu cakap sesuatu tempat hanya lima minit dari rumah tanpa asas yang munasabah. Keadaan trafik dan laluan perjalanan boleh mengubah masa sebenar.
Untuk hartanah yang perlukan privasi, anda juga kena pertimbangkan sama ada alamat tepat sesuai kita display secara terbuka.
Berikan maklumat secukupnya supaya pembeli boleh menilai lokasi tanpa mendedahkan butiran sensitif yang tidak sepatutnya dikongsi.
5. Maklumat ejen yang membina keyakinan
Pembeli bukan sahaja menilai hartanah.
Mereka juga menilai orang yang akan uruskan pertanyaan dan proses seterusnya.
Siapa anda? Macam mana pembeli boleh menghubungi anda? Adakah anda ejen yang mengendalikan listing tersebut?
Sediakan nama, gambar profesional kalau sesuai, nombor untuk dihubungi dan maklumat pengenalan profesional yang relevan (kalau ada nombor REN lagi bagus).
Kalau anda mempunyai testimoni pelanggan yang sah dan ada kebenaran untuk menggunakannya, anda boleh sertakan testimoni tersebut.
Tak perlu mereka-reka ulasan atau menggunakan dakwaan yang tidak boleh dibuktikan.
Bahagian ini tidak perlu terlalu panjang. Cukup untuk membantu pembeli tahu ada orang sebenar yang boleh mereka hubungi untuk dapatkan maklumat lanjut.
6. Butang WhatsApp dengan mesej yang sudah disediakan
WhatsApp masih menjadi saluran yang praktikal untuk pertanyaan hartanah.
Tetapi cara anda membawa pembeli masuk ke WhatsApp boleh mempengaruhi kualiti perbualan.
Daripada menggunakan mesej kosong seperti “Hi”, anda boleh menyediakan mesej awal (pre-fill message) yang merujuk kepada listing tertentu.
Contohnya:
“Saya berminat dengan rumah teres di Shah Alam. Boleh saya dapatkan maklumat lanjut dan tarikh viewing?”
Anda juga boleh meminta pembeli berkongsi beberapa maklumat yang relevan, seperti:
- Range bajet.
- Jangka masa pembelian.
- Status pembiayaan atau pinjaman.
- Tarikh viewing yang diingini.
Tapi, jangan jadikan mesej pertama seperti borang permohonan pinjaman (atau letak karangan).
Terlalu banyak soalan boleh menyebabkan pembeli berasa terbeban sebelum mereka mendapat maklumat asas.
Mulakan dengan satu atau dua soalan penting. Dapatkan maklumat tambahan bila perbualan sudah berjalan.
Tujuannya adalah nak memudahkan pembeli ambil tindakan, bukan buat mereka melalui proses yang lebih complex.
Tiga kesilapan yang buat landing page hartanah kurang berkesan
Ada landing page tidak secara automatik menjadikan kempen iklan anda lebih baik.
Halaman itu masih perlu mempunyai maklumat yang relevan, user experience yang baik dan laluan tindakan (CTA) yang jelas.
Ada tiga kesilapan yang patut dielakkan.
Kesilapan pertama: Terlalu banyak maklumat yang tidak membantu keputusan
Ada halaman yang dipenuhi ayat promosi seperti “lokasi strategik”, “peluang terbaik” dan “rumah idaman keluarga”.
Term seperti ini tidak semestinya salah. Tetapi kalau semuanya digunakan tanpa bukti yang menyokong, pembeli masih tidak dapat jawapan yang mereka perlukan.
Daripada sebut lokasi strategik je, kita jelaskan akses atau kemudahan yang benar-benar berdekatan.
Daripada sebut rumah luas, paparkan keluasan yang kita tahu dan gambar yang membantu pembeli untuk menilai ruang tersebut.
Maklumat khusus lebih berguna daripada dakwaan umum.
Kesilapan kedua: Menyembunyikan harga atau maklumat asas
Ada ejen yang memilih untuk tidak memaparkan harga kerana mahu pembeli bertanya terlebih dahulu.
Pendekatan itu mungkin sesuai untuk sesetengah strategi jualan, tetapi dia juga boleh menarik pertanyaan daripada orang yang bajet dia jauh berbeza.
Kalau harga boleh dipaparkan, berikan harga atau range yang jelas.
Kalau harga perlu rundingan atau tertakluk pada keadaan tertentu, terangkan perkara tersebut dengan sewajarnya.
Prinsip dia mudah: bantu pembeli menilai kesesuaian sebelum mereka hubungi anda.
Kesilapan ketiga: Hantar trafik tanpa ukur apa yang berlaku
Katakan anda akan spend RM500 untuk iklan dan dah dapat banyak klik.
Adakah kempen itu berjaya?
Belum tentu.
Klik hanya menunjukkan bahawa seseorang tu telah membuka page atau mengakses link. Ia tidak beritahu anda sama ada mereka membaca butiran hartanah, tekan butang WhatsApp atau betul2 nak mintak viewing.
Kalau boleh, gunakan tracking macam GA4 atau Meta Pixel dengan configuration yang sesuai untuk mengukur tindakan penting.
Pantau sekurang-kurangnya:
- Berapa visitor ke landing page.
- Berapa klik kat butang WhatsApp.
- Pertanyaan WhatsApp yang benar-benar diterima.
- Lead yang sesuai dengan sasaran.
- Viewing yang berjaya di-schedule.
Pastikan anda bezakan antara klik WhatsApp dan pertanyaan sebenar. Seseorang boleh tekan butang tanpa menghantar mesej.
Dengan data ini, anda boleh menilai bahagian mana yang kena diperbaiki. Mungkin iklan menarik perhatian tetapi harga tidak sesuai. Mungkin landing page terima trafik tetapi maklumat lokasi tidak cukup jelas. Atau mungkin ramai bertanya tetapi tidak memenuhi kriteria pembeli yang anda sasarkan.
Jangan terus menambah bajet iklan sebelum faham apa yang berlaku selepas klik.
Flow yang lebih jelas daripada iklan kepada viewing
Bayangkan flow kempen anda macam ni.
Iklan → Landing page → WhatsApp → Kelayakan awal → Viewing
Iklan menarik perhatian pembeli yang berpotensi.
Landing page memberikan maklumat untuk membantu mereka menilai listing.
WhatsApp menjadi tempat untuk bertanya dan mendapatkan penjelasan lanjut.
Anda kemudian boleh fahami bajet, jangka masa pembelian, status pembiayaan dan kesesuaian hartanah sebelum schedule untuk viewing.
Flow ini tidak akan menghapuskan semua pertanyaan yang tidak berkualiti. Ada pembeli yang masih membuat riki2, ubah bajet atau belum bersedia membeli.
Itu perkara biasa.
Tetapi bila maklumat asas dah disusun dengan baik, anda mempunyai peluang yang lebih baik untuk memulakan perbualan daripada konteks yang jelas.
Anda juga boleh menilai prestasi setiap listing secara berasingan, bukannya tengok semua pertanyaan sebagai satu group yang sama.
Perlu satu landing page atau sistem hartanah full?
Jawapannya bergantung pada cara anda menjalankan marketing/iklan.
Kalau anda sekadar nak mempromosikan satu listing menggunakan iklan berbayar, landing page khas mungkin sudah memadai.
Kalau anda kerap mempromosikan hartanah di kawasan tertentu, landing page khas kawasan boleh membantu anda susun maklumat untuk kumpulan pembeli yang berbeza.
Tetapi kalau anda uruskan puluhan atau ratusan listing, ada beberapa orang ejen dan perlukan fungsi search atau pengurusan hartanah, website dengan sistem pengurusan listing mungkin lebih sesuai.
Jangan mulakan dengan memilih teknologi.
Mulakan dengan mengenal pasti masalah yang anda mahu selesaikan.
Adakah masalah dia pembeli sukar nak dapatkan maklumat? Adakah trafik iklan tak hasilkan pertanyaan yang sesuai? Atau adakah anda dah mempunyai terlalu banyak listing untuk diuruskan secara manual?
Setiap masalah memerlukan pendekatan yang berbeza.
Landing page bukan pengganti kepada keseluruhan operasi hartanah. Ia ialah alat pemasaran yang boleh membantu memperbaiki satu bahagian tertentu dalam proses tersebut.
Soalan lazim tentang landing page ejen hartanah
Berapa banyak landing page yang diperlukan oleh seorang ejen?
Tiada jumlah fixed. Kalau anda menjalankan kempen untuk listing yang berbeza, satu landing page bagi setiap listing aktif boleh membantu memastikan maklumat dan mesej iklan kekal relevan.
Kalau kempen anda fokus dekat satu kawasan, 1 halaman khas kawasan juga boleh jadi pilihan.
Adakah landing page boleh menggantikan portal hartanah?
Tidak semestinya. Portal boleh membantu pembeli jumpa listing anda, manakala landing page boleh beri pengalaman yang lebih fokus untuk trafik daripada kempen iklan sendiri.
Kedua-duanya boleh digunakan untuk tujuan yang berbeza.
Adakah landing page boleh menjamin lebih banyak lead atau viewing?
Tidak. Prestasi bergantung pada banyak faktor, termasuk kualiti listing, harga, lokasi, sasaran iklan, bajet dan permintaan pasaran.
Landing page membantu anda menyusun maklumat dan ukur tindakan pembeli. Ia bukan jaminan jualan.
Perlukah saya menggunakan borang sebelum pembeli boleh menghubungi saya?
Tidak semestinya. Untuk pertanyaan awal hartanah, WhatsApp boleh menjadi laluan yang paling mudah.
Anda boleh gunakan mesej awal yang telah disediakan dan tanya soalan kelayakan secara berperingkat, tanpa wajibkan pembeli isi borang panjang sebelum dapat maklumat lanjut.
Mulakan dengan satu listing yang sedang anda iklankan
Kalau anda seorang ejen hartanah yang sedang menggunakan Facebook Ads atau platform iklan lain, anda tidak perlu terus buat website yang besar.
Pilih satu listing yang aktif dipromosikan oleh anda.
Susun maklumat penting dalam satu page. Pastikan harga, gambar, butiran hartanah dan lokasi mudah difahami. Letakkan butang WhatsApp dengan mesej yang berkaitan dengan listing tersebut.
Lepas tu, ukur apa yang berlaku lepas orang klik iklan.
Adakah mereka buka landing page? Adakah mereka tekan butang WhatsApp? Adakah mereka bertanya tentang viewing? Dan berapa ramai yang memenuhi kriteria pembeli yang anda sasarkan?
Gunakan maklumat itu untuk tambah baik kempen seterusnya.
Kalau anda perlukan landing page untuk listing hartanah, saya boleh bantu susun halaman yang fokus pada maklumat pembeli dan laluan pertanyaan WhatsApp.
Nak landing page untuk listing anda? WhatsApp saya.
