Landing Page Homestay: Tukar Booking Platform Kepada Direct
Published:
Updated:
Kalau anda ada homestay, kemungkinan besar sebahagian besar booking datang daripada platform seperti Airbnb atau Booking.com.
Itu memang biasa.
Platform macam ni dah ada audience, sistem booking, payment, review dan kepercayaan pelanggan. Anda tak perlu bina semuanya dari kosong.
Tapi ada satu perkara yang ramai pemilik homestay terlepas pandang.
Setiap booking melalui platform sebegini biasanya datang bersama kos.
Dan bila jumlah booking dah banyak, kos itu bukan lagi kecil.
Booking RM500, bukan semua RM500 masuk poket
Bayangkan satu booking bernilai RM500.
Kalau sebahagian daripada nilai booking itu perlu diberi sebagai komisen atau fee kepada platform, margin anda dah berkurang.
Sekali mungkin tak terasa.
Tapi kalau sebulan ada 20 booking?
Jumlah yang keluar kepada platform mula menjadi sesuatu yang signifikan.
Sebab itu saya melihat landing page homestay bukan sekadar sebagai "website untuk nampak professional".
Ia boleh menjadi satu lagi saluran booking.
Bukan untuk menggantikan Airbnb atau Booking.com.
Tetapi untuk mendapatkan pelanggan yang sudah mengenali homestay anda dan membawa mereka terus kepada anda.
Kenapa booking direct lebih menarik?
Kita bayangkan kalau pelanggan jumpa homestay anda di TikTok.
Dia nampak video bilik.
Dia nampak swimming pool.
Dia nampak lokasi.
Dia berminat.
Daripada kita hantar pelanggan itu ke platform lain, anda boleh bawa mereka ke satu landing page khas.
Contohnya:
Homestay 3 Bilik di Melaka
Sesuai untuk family dan group sehingga 10 orang.
📍 10 minit dari bandar
🛏️ 3 bilik
🚗 Parking 2 slot
📶 WiFi
🏊 Swimming pool
Semak harga & availability
[Book Direct]
Flow dia mudah.
Content → Landing Page → Booking → Payment
Bila pelanggan datang melalui channel anda sendiri, anda tidak semestinya perlu membayar kos "aquiring customer" yang sama seperti booking melalui platform sedia ada.
Itulah nilai booking direct.
Landing page homestay tak perlu complicated
Saya selalu nampak orang fikir website mesti ada banyak page.
Home.
About.
Gallery.
Blog.
Contact.
FAQ.
Dan akhirnya kos development pun semakin naik.
Untuk homestay, saya lebih suka fikir dari sudut conversion.
Apa yang pelanggan perlukan sebelum mereka membuat keputusan?
1. Gambar yang menjual
Homestay adalah produk visual.
Orang nak tengok:
- ruang tamu
- bilik
- tandas
- dapur
- parking
- swimming pool
- view
- kawasan sekitar
Gambar yang bagus kadang-kadang lebih penting daripada 20 perenggan copywriting karangan.
2. Harga yang jelas
Kalau boleh, jangan paksa pelanggan bertanya:
"Berapa harga?"
Landing page patut sekurang-kurangnya memberikan gambaran harga.
Contohnya:
Weekday: RM180/malam
Weekend: RM220/malam
Kalau harga berubah mengikut tarikh, terus bawa kepada sistem booking untuk semakan availability dan harga.
3. Availability
Ini bahagian yang mula membezakan landing page biasa dengan sistem booking.
Pelanggan pilih:
Check-in → Check-out → Jumlah tetamu
Kemudian sistem tunjuk sama ada tarikh tersebut masih available.
Tak perlu lagi:
"Boss, 12-13 November ada kosong?"
Dan owner pula kena buka WhatsApp, tengok calendar, kemudian reply.
(kena ada integration dgn sistem yang ada. kalau xde mintak developer tambah feature ni. mungkin ada kos sikit. tapi berbaloi)
4. Lokasi
Tunjukkan lokasi dengan jelas.
Bukan sekadar alamat.
Beritahu juga apa yang ada dekat kawasan tu.
Contohnya:
- 5 minit ke bandar
- 10 minit ke airport
- 3 minit ke kedai makan
- 8 minit ke tempat menarik
Pelanggan bukan cuma beli bilik.
Mereka membeli kemudahan untuk berada di lokasi tersebut.
5. Social proof
Review pelanggan sangat membantu.
Kalau ada pelanggan yang pernah menginap dan memberikan feedback yang baik, letakkan.
Gambar pelanggan juga boleh digunakan kalau ada kebenaran.
Sebab pelanggan baru biasanya ada satu soalan:
"Betul ke tempat ni macam dalam gambar?"
Review membantu menjawab soalan itu.
Landing page + sistem booking
Pada tahap tertentu, saya tak lagi melihat landing page dan sistem booking sebagai dua benda yang berasingan.
Landing page ialah bahagian yang menjual.
Sistem booking ialah bahagian yang close sale.
Contohnya:
TikTok / Facebook / Google
↓
Landing page homestay
↓
Pilih tarikh
↓
Semak availability
↓
Isi maklumat tetamu
↓
Bayaran
↓
Booking confirmed
Owner pula boleh nampak booking yang masuk tanpa perlu uruskan semuanya secara manual melalui WhatsApp.
Ini yang saya suka tentang sistem.
Bukan sebab ia nampak canggih.
Tetapi sebab dia kurangkan kerja berulang.
Tapi masih perlu ke guna Airbnb atau Booking.com?
Pada saya, tak semestinya kena pilih satu.
Gunakan platform yang ada untuk discovery.
Gunakan channel sendiri untuk direct booking.
Platform mempunyai kelebihan dari segi audience dan trust.
Landing page sendiri pula memberi anda lebih banyak kawalan terhadap customer journey.
Contohnya seseorang mungkin pertama kali jumpa homestay anda di Booking.com.
Kemudian dia cari nama homestay tersebut di Google.
Dia jumpa website anda.
Di website itu, dia boleh lihat pakej, gambar, lokasi dan buat booking direct.
Jadi website bukan semata-mata untuk menggantikan platform.
Ia boleh menjadi aset milik anda sendiri.
Setiap booking direct ada nilai
Katakan satu booking bernilai RM500.
Kalau booking itu datang direct, anda berpotensi simpan lebih banyak profit daripada nilai booking tu, berbanding dengan pelanggan datang melalui channel yang mengenakan komisen atau fee.
Sekarang darabkan dengan 10 booking.
Kemudian 50.
Kemudian 100.
Di sinilah saya rasa pemilik homestay patut mula melihat landing page secara berbeza.
Bukan:
"Berapa harga buat website?"
Tetapi:
"Berapa banyak booking direct yang website ini boleh bantu saya dapatkan customer?"
Sebab website yang tidak menghasilkan booking memang hanya menjadi kos.
Tetapi landing page yang membantu menghasilkan booking boleh menjadi sebahagian daripada operasi jualan homestay.
Website homestay murah tak semestinya website yang murah sahaja
Kalau anda mencari website homestay murah, jangan tengok harga development sahaja.
Tengok apa yang sebenarnya anda dapat.
Kalau RM500 tetapi hanya ada satu page yang letak gambar dan nombor WhatsApp, itu mungkin cukup untuk sesetengah homestay.
Tetapi kalau objektif anda adalah mengurangkan kerja manual dan mendapatkan lebih banyak booking direct, mungkin anda perlukan landing page yang integrate dengan sistem booking.
Contohnya:
Landing Page
✚
Availability
✚
Booking
✚
Payment
✚
Notification
Barulah dia mula menjadi satu sistem jualan kecil untuk homestay anda.
Saya lebih suka mula kecil
Tak semua homestay perlukan sistem yang besar.
Kalau sekarang semua booking masih datang daripada WhatsApp, jangan terus bina platform yang complicated.
Mulakan dengan:
Landing page → WhatsApp
Bila booking dah bertambah dan owner mula penat menjawab soalan yang sama setiap hari, barulah tambah:
Landing page → Booking System → Payment
Architecture boleh berkembang ikut keperluan bisnes.
Tak perlu bayar untuk features yang belum menyelesaikan masalah.
Akhirnya, kira balik bajet
Kita selalu nampak komisen sebagai "kos mendapatkan booking".
Tapi ada satu lagi cara untuk tengok perkara ni.
Booking direct ialah margin yang anda berpotensi simpan.
Kalau seorang pelanggan sudah kenal homestay anda dan memang nak booking, tidak semestinya anda perlu hantar semula ke platform pihak ketiga.
Bina channel sendiri.
Beri pelanggan tempat untuk lihat maklumat.
Beri mereka cara untuk semak availability.
Beri mereka cara untuk booking.
Dan kalau sesuai dengan operasi anda, beri mereka cara untuk bayar terus.
Setiap booking direct = lebih banyak nilai booking yang kekal dalam bisnes anda.
Kalau anda pemilik homestay dan nak mula bawa lebih banyak booking secara direct, saya boleh bantu bina landing page dan sambungkan dengan sistem booking mengikut flow operasi homestay anda.
Nak booking direct tanpa komisen? WhatsApp saya.
Servis berkaitan:
- Landing Page → Servis Buat Landing Page
- Sistem Booking Homestay → Sistem Booking
