Hamizulfaiz

Tech Entrepreneur / System Builder

Kenapa anda yang perlu beli domain dan bukannya website developer yang beli?

Published:

Updated:

bisnes dns

Hai!

Kalau anda baru nak buat website untuk bisnes, ada satu perkara yang ramai orang terlepas pandang — nama domain.

Ramai ingat website hanya perlukan design yang cantik. Tapi sebenarnya, domain adalah aset digital bisnes anda. Ia lebih kurang macam nama kedai atau lot kedai di dunia online.

Kalau orang cari bisnes anda di internet, nama domain itulah yang mereka taip.

Contohnya:

  • namakedaianda.com
  • butikcantik.com
  • emasmurah.com

Sebab itu, pemilihan dan pemilikan domain sangat penting kerana ia sangat berkait rapat dengan branding dan identiti bisnes anda.

Kalau anda masih blur tentang beza domain dan hosting, saya ada sediakan e-book ringkas untuk faham asas website.

Apa itu domain dan hosting? jom download e-book saya disini.


Hal Kebiasaan Yang Selalu Berlaku

Pada kebiasaannya, apabila seseorang mahu membuat website, mereka akan terus mencari web developer atau syarikat website.

Dan biasanya proses akan jadi macam ni:

“Takpe boss, saya urus semua.”

Developer akan setup website, beli hosting, dan sekali dengan membeli domain bagi pihak anda.

Nampak mudah. Anda tak perlu pening kepala tentang perkara teknikal.

Tetapi di sinilah ramai pemilik bisnes tidak sedar mereka sedang buat satu kesilapan besar.

Sebab apabila developer membeli domain tersebut menggunakan akaun mereka, maka:

  • Akaun pembelian domain berada di tangan developer
  • Akses DNS berada di tangan developer
  • Proses renew domain juga bergantung pada developer

Maksud mudahnya?

Aset digital bisnes anda berada di bawah kawalan orang lain.

Walaupun anda yang bayar website tersebut.


Masalah Yang Bakal Berlaku

Pada awalnya mungkin tiada masalah.

Tapi masalah biasanya muncul 1–3 tahun kemudian.

Bayangkan situasi seperti ini:

Situasi 1 — Nak Tukar Hosting

Website anda semakin besar dan hosting lama perlahan.

Anda mahu berpindah ke hosting baru.

Tetapi untuk tukar hosting, anda perlu ubah rekod DNS domain.

Masalahnya?

Anda tak ada akses domain.

Developer lama pula:

  • Susah dihubungi
  • Slow reply
  • Sudah berhenti berniaga
  • Atau terus hilang entah ke mana

Website anda akhirnya tersekat.

Situasi 2 — Nak Tukar Web Developer

Mungkin anda tak lagi mahu guna servis developer lama.

Atau anda jumpa developer baru yang lebih bagus.

Developer baru perlukan akses domain untuk setup email, hosting atau SSL.

Tetapi semua akses berada pada developer lama.

Akhirnya anda terpaksa bergantung kepada orang yang anda dah tak mahu bekerjasama.

Situasi 3 — Domain Terlupa Renew

Kadang-kadang domain dibeli menggunakan email developer.

Apabila renewal tiba:

  • anda tak dapat notifikasi
  • developer terlupa renew
  • domain tamat tempoh

Dan paling menakutkan…

Nama domain bisnes anda boleh dibeli orang lain.

Bayangkan pelanggan taip nama website anda, tapi keluar website orang lain.

Lebih teruk kalau nama brand anda dah terkenal.


Jadi, Apa Cara Yang Betul?

Cara yang paling selamat sebenarnya mudah sahaja:

Beli domain anda sendiri

Ya, guna email dan akaun anda sendiri.

Biar nama domain itu didaftarkan atas nama anda atau syarikat anda.

Selepas pembelian:

  1. Beli domain menggunakan akaun sendiri
  2. Simpan username dan password dengan baik
  3. Berikan akses sementara kepada web developer anda jika perlu
  4. Minta developer hanya buat setting DNS/domain sahaja

Dengan cara ini:

✅ Domain kekal milik anda

✅ Senang tukar hosting bila-bila masa

✅ Mudah tukar web developer

✅ Tidak bergantung kepada satu individu atau syarikat

Anggap sahaja macam rumah.

Developer cuma kontraktor yang membantu renovate rumah anda.

Tetapi geran rumah mestilah atas nama anda.


Kalau Domain Dah Dibeli Oleh Developer Macam Mana?

Jangan panik.

Secara teknikalnya, anda masih boleh mendapatkan semula akses domain anda selagi domain tersebut didaftarkan menggunakan maklumat anda (nama syarikat, email atau nombor telefon anda).

Apa yang anda perlu buat:

  1. Cari syarikat tempat domain anda didaftarkan
  2. Hubungi support mereka
  3. Terangkan bahawa anda pemilik domain tersebut
  4. Sediakan bukti pemilikan bisnes jika diperlukan

Contohnya jika domain anda dibeli melalui:

Anda boleh cuba hubungi syarikat tersebut dan meminta bantuan untuk mendapatkan kembali akses kepada domain anda.

Tetapi proses ini kadang-kadang mengambil masa dan boleh jadi leceh.

Sebab itu lebih baik cegah sebelum kena.


Senarai Website Untuk Membeli Nama Domain

Berikut beberapa website yang anda boleh gunakan untuk membeli domain sendiri:

Tip ringkas:

Kalau target pelanggan Malaysia dan mahu support tempatan, boleh pertimbangkan provider tempatan.

Kalau lebih selesa dengan platform antarabangsa, boleh cuba GoDaddy atau provider global lain.

Kesimpulan

Kalau anda hanya ingat satu perkara dari artikel ini, ingat yang ini:

Website boleh dibuat semula. Tetapi kehilangan nama domain boleh jadi sangat mahal.

Nama domain adalah aset digital bisnes anda.

Jadi pastikan anda sendiri yang pegang pemilikan domain tersebut, bukan orang lain.

Terima kasih kerana membaca 😉

 

Nak buat sistem?

Jom bincang untuk develop sistem yang custom untuk anda.

nak buat sistem bisnes? hubungi saya

Post Berkaitan

29 Apr 2026 Security Lepas Launch App: Chapter Sebenar Bermula Selepas Deploy
Security Lepas Launch App: Chapter Sebenar Bermula Selepas Deploy

App dah live bukan bermaksud selamat. Ketahui kenapa Cloudflare penting lindungi server dari scan, bot dan request jahat.

17 Jun 2018 Berita - Mynic DNSSEC key problem. Domain .my semua down
Berita - Mynic DNSSEC key problem. Domain .my semua down

domain .my problem. Banyak website tak boleh guna.

07 Sep 2026 Sistem Bisnes Tak Pernah Betul-Betul Siap
Sistem Bisnes Tak Pernah Betul-Betul Siap

Kenapa sistem yang dah siap masih perlukan perubahan? Tentang realiti software, perubahan bisnes dan kenapa V1 bukan versi terakhir.

31 Aug 2026 Jangan Terus Bina Sistem. Faham Dulu Flow Yang Nak Diselesaikan
Jangan Terus Bina Sistem. Faham Dulu Flow Yang Nak Diselesaikan

Ramai terus bina sistem bila bisnes bermasalah. Tapi sebelum automate, faham dulu flow, bottleneck dan punca sebenar masalah.

17 Aug 2026 Bisnes Bukan Sekadar Data: Orang Tak Beli Sebab Produk Kita Bagus
Bisnes Bukan Sekadar Data: Orang Tak Beli Sebab Produk Kita Bagus

Ramai founder terlalu fokus pada data dan saiz market. Tapi market besar tak semestinya ada demand. Fahami cara mencari masalah, pain dan demand sebenar.

10 Aug 2026 AI Tidak Salah. Cara Kita Menggunakannya Yang Salah.
AI Tidak Salah. Cara Kita Menggunakannya Yang Salah.

Ramai usahawan menggunakan ChatGPT untuk membina landing page dan sistem. Tetapi tanpa hala tuju yang jelas, AI hanya menghasilkan cadangan generik yang boleh menyebabkan pembangunan tersasar daripada objektif sebenar.

13 Jul 2026 Kita Boleh Menerangkan, Tapi Bukan Menentukan
Kita Boleh Menerangkan, Tapi Bukan Menentukan

Pendapat boleh diberi, tapi keputusan tetap milik anda. Kenapa saya memilih pendekatan jujur berbanding manipulasi dalam hidup dan bisnes.

22 Jun 2026 5 Red Flags Developer Sistem Yang Buat Projek Gagal Sebelum Mula
5 Red Flags Developer Sistem Yang Buat Projek Gagal Sebelum Mula

Nak buat sistem custom? Elak 5 red flags developer ini sebelum projek lambat, kos mengelembung, dan sistem gagal digunakan.

10 Jun 2026 Di Sebalik Tabir: Bagaimana Aku Setup Ekosistem Software Yang Laju, Selamat & Automatik
Di Sebalik Tabir: Bagaimana Aku Setup Ekosistem Software Yang Laju, Selamat & Automatik

Ketahui cara setup sistem perniagaan, booking homestay, dan AI WhatsApp closer menggunakan dedicated isolated VPS untuk kelajuan dan keselamatan data perniagaan anda.

HAMIZULFAIZ