Hamizulfaiz

Tech Entrepreneur / System Builder

Security Lepas Launch App: Chapter Sebenar Bermula Selepas Deploy

Published:

Updated:

bisnes dns Sistem SSL

Ramai founder rasa momen paling susah ialah siapkan app dan launch ke production.

UI dah cantik. Flow dah test. Demo client pun smooth. Semua nampak ready.

Tapi realitinya, launch bukan end-of-the-risk. Launch hanyalah permulaan kepada bab baru yang ramai orang tak nampak:

Security under real internet traffic.

Bila app anda live, anda bukan lagi berdepan QA tester atau internal team.

Anda sedang berdepan dengan seluruh internet.

Masa Development, Dunia Nampak Tenang

Semasa app masih di local atau staging:

  • Tiada bot scan domain anda
  • Tiada brute force attempt
  • Tiada random exploit request
  • Tiada crawler pelik test vulnerability lama
  • Tiada traffic spike mengejut

Sebab itu ramai founder rasa:

"System ni stabil dah."

Stabil dalam environment sendiri, ya.

Belum tentu stabil bila pintu dibuka kepada public.


Lepas Launch, Ada Mata Yang Anda Tak Nampak

Sebaik je domain live, akan ada sistem automatik di internet yang mula scan website anda.

Mereka cuba cari:

  • login page terdedah
  • endpoint lama
  • WordPress path walaupun anda bukan WordPress
  • SQL injection attempt
  • XSS payload
  • file upload loophole
  • exposed admin panel
  • known CVE exploit path

Mereka bukan semestinya target anda secara personal.

Mereka target semua orang.

Siapa lemah, dia kena dulu.


Bila Berjaya Tembus?

Kalau berjaya masuk:

  • database bocor
  • server digunakan untuk spam
  • crypto miner dipasang
  • data customer dicuri
  • system down
  • reputasi rosak

Dan kadang-kadang...

baru owner tahu bila customer complain.

Atau lebih teruk:

nama syarikat naik berita.


Kenapa Cloudflare Penting Di Hadapan Server

Bagi saya, letak Cloudflare depan infra bukan “nice to have”.

Ia mandatory layer untuk production software.

Cloudflare bantu tapis benda yang server anda tak patut layan dari awal:

  • bot traffic
  • suspicious request
  • rate abuse
  • DDoS attempt
  • exploit signature known patterns
  • IP reputation filtering
  • WAF rules

Maksudnya server anda fokus kepada traffic sebenar, bukan sampah internet.


Contoh Traffic Yang Berjaya Dihalang

Kadang2 owner tak sedar berapa banyak benda pelik datang setiap hari.

contoh malicious traffic yang berjaya dihalang cloudflare

Chart macam ni selalu buka mata founder:

Rupanya ramai cuba masuk, cuma kita tak perasan.

website ni tak banyak traffic pun, max sehari mungkin dalam 100-200 visit.


Contoh Request Jahat Yang Cuba Masuk

Bila tengok log, baru nampak pattern sebenar.

Random path, script injection, probing admin route, strange payload.

contoh malicious request ke production server

lagi contoh malicious traffic yang cloudflare handle

Inilah benda yang berlaku diam-diam setiap hari pada website live.


Security Bukan Produk Sekali Siap

Ramai orang treat software macam renovation rumah.

Siap pasang, terus tinggal.

Hakikatnya software ialah benda hidup:

  • perlu monitor
  • perlu patch
  • perlu update dependency
  • perlu review logs
  • perlu improve rules
  • perlu backup & recovery plan

Sebab itu saya pernah tulis tentang mindset ini:

Software bukan bina sekali, tinggal sampai mati


Founder Kena Faham Satu Benda

Kalau anda jual produk, customer nilai:

  • boleh guna atau tidak
  • laju atau tidak
  • selamat atau tidak

Bila data bocor, customer tak kisah alasan teknikal.

Mereka cuma nampak:

“Company ni tak jaga sistem.”


Minimum Setup Yang Saya Cadang Untuk App Production

Kalau baru launch, at least ada:

  • Cloudflare proxy aktif
  • WAF rules basic
  • SSL proper
  • strong admin password + 2FA
  • server update routine
  • database backup harian
  • monitoring alert
  • rate limit login/API
  • hidden admin route bila sesuai

Simple setup ini pun beza besar. (nampak simple, tapi banyak planning dan architecture)


Penutup

Ramai founder stress sebelum launch.

Saya faham.

Tapi selalunya cabaran sebenar datang selepas launch.

Bila app dah live, anda bukan hanya urus customer. Anda juga urus internet.

Dan internet tidak tidur.

 

Security selepas deploy app

Nak buat sistem?

Jom bincang untuk develop sistem yang custom untuk anda.

nak buat sistem bisnes? hubungi saya

Post Berkaitan

05 Oct 2026 Bila Business Rule Berubah, Architecture Pun Kena Berubah
Bila Business Rule Berubah, Architecture Pun Kena Berubah

Bila rule commission berubah, bukan sekadar code yang perlu diubah. Architecture, placement logic dan testing pun kena ikut berubah.

04 Sep 2026 Rembayung: Bila Sistem Booking Berdepan Traffic Tinggi dan Isu Scalping
Rembayung: Bila Sistem Booking Berdepan Traffic Tinggi dan Isu Scalping

Bila restoran jadi viral, sistem booking bukan sekadar soal server. Ini analisis tentang traffic, scalping dan cara reka bentuk flow yang lebih praktikal.

23 Apr 2026 Pengalaman Buat Sistem MLM: Matrix 5, Binary & Cabaran Sebenar Developer
Pengalaman Buat Sistem MLM: Matrix 5, Binary & Cabaran Sebenar Developer

MLM system nampak simple dari luar, tapi sebenarnya antara sistem paling kompleks untuk dibina. Ini pengalaman sebenar bina matrix 5, binary system dan cabaran race condition yang boleh rosakkan seluruh logic.

16 Oct 2019 Cara Install SSL Letsencrypt pada ec2 aws
Cara Install SSL Letsencrypt pada ec2 aws

Cara install SSL kedalam webserver. Step by step dari terminal

08 Oct 2019 Laravel Package - Senarai Negeri Dalam Malaysia
Laravel Package - Senarai Negeri Dalam Malaysia

Pakej laravel bagi developer laravel untuk memudahkan senarai negeri dalam malaysia.

25 Jul 2019 Buat Keyword Shortcut Dalam Terminal
Buat Keyword Shortcut Dalam Terminal

Dalam terminal pun kita boleh buat shortcut. Disinilah kerja-kerja yang leceh boleh dipercepatkan. mai baca

17 Jun 2018 Berita - Mynic DNSSEC key problem. Domain .my semua down
Berita - Mynic DNSSEC key problem. Domain .my semua down

domain .my problem. Banyak website tak boleh guna.

07 Sep 2026 Sistem Bisnes Tak Pernah Betul-Betul Siap
Sistem Bisnes Tak Pernah Betul-Betul Siap

Kenapa sistem yang dah siap masih perlukan perubahan? Tentang realiti software, perubahan bisnes dan kenapa V1 bukan versi terakhir.

31 Aug 2026 Jangan Terus Bina Sistem. Faham Dulu Flow Yang Nak Diselesaikan
Jangan Terus Bina Sistem. Faham Dulu Flow Yang Nak Diselesaikan

Ramai terus bina sistem bila bisnes bermasalah. Tapi sebelum automate, faham dulu flow, bottleneck dan punca sebenar masalah.