Kenapa status komisen bukan status bayaran?
Published:
Updated:
Order completed tak bermaksud komisen dah boleh dibayar. Status order menunjukkan perjalanan order, rekod transaksi menunjukkan sama ada bayaran dah masuk, dan status komisen menunjukkan sama ada komisen masih menunggu, dah diluluskan atau dah dibayar. Untuk COD, kutipan menggerakkan komisen ke pending. Admin masih perlu meluluskannya sebelum payout.
Situasi
Admin tekan Approve pada order, lalu tanya bila komisen ejen akan masuk. Ejen pula nampak order completed dan anggap komisen dah boleh claim. Pada masa yang sama, ada order COD yang dah dihantar tetapi bayaran belum diterima daripada customer. Ada juga order yang dipulangkan tetapi komisennya masih muncul dalam senarai bayaran. Kalau staf guna status order untuk menjawab “dah bayar ke?”, keadaan yang berbeza ini mudah bercampur.
Jadual Dua Status
| Status order | Duit sudah masuk? | Status komisen yang sah |
|---|---|---|
pending_payment |
Belum | pending sahaja — rekod boleh wujud, tetapi belum boleh diluluskan |
pending_cod |
Belum | pending_cod — menunggu kutipan semasa serah |
pending_approval |
Sudah | pending |
approved, shipped |
Sudah | pending |
completed, bukan COD |
Sudah | pending, approved atau paid |
completed, COD |
Baru dapat | pending, approved atau paid |
Jadual menetapkan gabungan status yang sah. Diagram menunjukkan event yang menggerakkannya. Untuk order biasa, bayaran yang disahkan gerakkan pending_payment ke pending_approval. Apabila order dihantar dan diterima, dia bergerak ke completed. Diagram tidak menunjukkan komisen berubah hanya kerana order biasa menjadi completed.
Untuk COD, diagram bermula dengan dua pending_cod: satu milik order, satu lagi milik komisen. Event “COD diterima” menggerakkan order ke completed dan komisen ke pending. Anak panah antara dua laluan itu menunjukkan kaitan event yang sama. Kutipan itu belum bermaksud komisen diluluskan atau payout dah berlaku.
Dari pending, komisen bergerak ke approved apabila admin luluskan, kemudian ke paid apabila payout berlaku. Saya tak akan baca completed sebagai jawapan kepada soalan ejen “komisen dah dibayar ke?”. Status itu milik order. Untuk menjawab soalan ejen, kita masih perlu lihat status komisen.
Apa yang rosak kalau salah
Kalau completed dibaca sebagai komisen yang boleh bayar, ejen boleh expect payout ketika komisen masih pending. Admin pula kena jelaskan beza order siap, komisen lulus dan komisen dibayar. Masalahnya bukan pada satu label di skrin. Admin menggunakan label order untuk buat keputusan tentang komisen.
Jika komisen COD bergerak sebelum duit diterima, senarai komisen memberi gambaran diut sudah tersedia sedangkan kutipan masih menunggu. Order yang dihantar bukan bukti bayaran diterima. Pertukaran status completed tak membetulkan keputusan itu, sebab event yang patut menggerakkan komisen ialah kutipan COD.
Apa yang nota ini tidak cover
- Cara mengira jumlah komisen, termasuk kadar atau syarat bagi ejen yang berbeza.
- Polisi apabila order dipulangkan, termasuk sama ada komisen dibatalkan atau disemak semula.
- Cara mengesahkan kutipan COD dan siapa yang bertanggungjawab merekodkannya.
- Proses payout, jadual bayaran dan cara membetulkan payout yang tersilap.
- Semua kemungkinan status order di luar yang ditunjukkan dalam jadual dan diagram.
Jika anda sedang merancang flow ini dalam custom system, mulakan dengan memisahkan tiga fakta tadi. Jika anda perlukan bantuan untuk development, hubungi saya
Glosari
| Istilah | Maksud |
|---|---|
| Status order | Kedudukan order dalam perjalanan kerja. |
| Status komisen | Kedudukan komisen daripada menunggu hingga dibayar. |
| COD (cash on delivery) | Bayaran yang dikutip semasa serah. |
| Kutipan COD | Event duit COD diterima. |
| Payout | Bayaran komisen yang dibuat. |
Guna semula: Anda boleh petik rajah, jadual atau senarai dalam nota ini dengan atribusi.
Contoh: "Sumber: Hamizul Faiz, Kenapa status komisen bukan status bayaran? (Di Sebalik Sistem), hamizulfaiz.my".
