Hamizulfaiz

Tech Entrepreneur / System Builder

Guna AI Agent Untuk Coding: Laju, Tapi Ada Harga Yang Ramai Tak Cerita

Published:

Updated:

Sistem

Sekarang ni ramai orang cakap:

“Tak payah tahu coding dah. Guna je AI, terus boleh build app.”

Secara teori, bunyi macam best.

Buka AI agent, bagi prompt, tunggu kejap, siap app.

Tapi sebagai orang yang memang buat sistem dan coding setiap hari, aku rasa benda ni terlalu overhype.

Ya, AI memang power.

Tapi ada satu benda yang ramai tak cerita.

AI coding agent bukan magic. Dia cuma alat.

Kalau kau tak faham coding langsung, bila benda rosak nanti, kau akan stuck.

Dan percaya lah.

Benda memang akan rosak.


“Tak Perlu Tahu Coding” tu Separuh Betul

Aku tak setuju bila orang kata:

“Lepas ni semua orang boleh jadi developer tanpa belajar coding.”

Sebab realitinya macam ni.

AI memang boleh generate code.

Kadang-kadang dia boleh buat feature yang ambil masa berjam-jam dalam masa beberapa minit.

Tapi bila dia hallucinate?

Bila dia create bug pelik?

Bila app crash?

Bila authentication tiba-tiba rosak?

Bila database migration conflict?

Apa kau nak buat?

Nak prompt lagi?

Please fix it. no mistakes.... 🤣

Masalahnya kadang-kadang AI sendiri tak tahu apa punca bug dia buat.

Dia akan mula:

  • cuba fix satu benda
  • rosakkan benda lain
  • introduce bug baru
  • repeat benda sama

Kalau kau tak faham asas coding, architecture, database, debugging dan flow software, memang susah nak keluar dari loop tu.

Aku tengok AI macam ni.

AI boleh jadi junior developer paling laju dalam dunia. Tapi masih junior.

Kau masih kena jadi senior yang monitor kerja dia.


AI Agent Memang Mahal

Ramai orang nampak content pasal Cursor, Claude, GPT coding agent, semua nampak macam magic.

Tapi ada kos.

Kalau kau serious guna AI untuk coding, especially large codebase, memang susah nak survive guna free model.

Free model biasanya:

  • context pendek
  • cepat lost context
  • kurang accurate
  • lebih banyak hallucinate
  • susah handle complex architecture

Untuk coding production-grade system, selalunya kau akan end up bayar je.

Dan kos dia bukan kecil kalau guna heavy setiap hari.

Sehari aku guna 11-17 million token. (bukan penggunaan projek laravel)

Tapi kat sini aku rasa ramai salah faham.

Orang fikir:

“Kalau dah bayar AI, aku dah tak payah tahu coding.”

Sebenarnya terbalik.

Lagi kau pandai coding, lagi tinggi ROI AI tu.

Developer yang faham architecture, debugging, clean code, database dan framework boleh squeeze output maksimum dari AI.

Kalau kau bagi free model dekat developer yang bagus, dia boleh jadi 10x developer.

Kenapa?

Sebab dia tahu:

  • apa nak suruh AI buat
  • macam mana nak semak output
  • bila AI tipu
  • bila code nampak betul tapi sebenarnya bahaya
  • macam mana nak debug cepat

AI jadi speed multiplier.

Bukan replacement.


Guna AI Dengan Laravel Ada “Emotional Damage” Tersendiri

Aku banyak kerja dengan Laravel.

Dan ya, AI memang membantu gila.

Especially untuk:

  • boilerplate code
  • CRUD
  • migration
  • policy
  • relationship
  • refactor code
  • bug tracing

Tapi Laravel + AI ada perangai dia.

Kalau kau guna benda macam Laravel Boost atau AI agent yang aggressive dengan test/debugging workflow, kadang-kadang dia boleh buat benda yang bagi emotional damage.

Contoh real scenario.

AI buat test case.

Test case fail.

AI cuba fix.

Still fail.

Dia cuba lagi.

Lepas tu dia decide:

“Maybe database issue.”

Boom.

Dia reset database.

Seed semula.

Refresh migration.

Clear data.

Delete sample records.

Bila benda ni berlaku banyak kali, especially kalau local database kau ada test data penting, memang boleh rasa nak tutup laptop.

Kadang-kadang AI terlalu yakin.

Padahal root issue dia salah faham logic software.

Yang buat lagi sakit hati, kadang-kadang dia loop benda sama selama sejam.

Fix satu error.

Keluar 3 error baru.

Fix lagi.

Rosak lagi.

Repeat.

Kalau kau tak tahu nak step in dan override direction dia, memang buang masa.


Jangan Main-Main Guna AI Agent Dekat Production

Ini benda yang aku personally rasa ramai terlalu overconfident.

Aku memang tak recommend bagi AI agent access terus ke production server.

Especially access yang boleh:

  • modify database
  • run migration
  • delete files
  • execute shell command

Kalau kau tengok berita sebelum ni pun dah ada kes AI tersalah action sampai wipe database.

Dan kalau benda macam ni boleh berlaku dekat local development environment, kau rasa production selamat sangat ke?

Production bukan tempat eksperimen.

Production ada:

  • customer data
  • transaction
  • leads
  • sales
  • operational data

Sekali silap, habis.

Nak restore backup pun belum tentu semua complete.

Bagi aku, workflow lebih selamat macam ni:

AI bantu dekat local development dulu.

Developer review.

Test.

Staging.

Baru deploy.

AI boleh accelerate kerja.

Tapi jangan bagi dia pegang stereng penuh.


Jadi Patut Ke Guna AI Untuk Coding?

Ya. 100% ya.

Aku sendiri guna.

Dan productivity memang naik.

Tapi expectation kena betul.

Kalau expectation:

“Aku tak tahu coding langsung, tapi nak build startup level app guna prompt”

Memang susah.

Tapi kalau expectation:

“Aku guna AI untuk speed up kerja developer”

Memang game changer.

Aku rasa masa depan developer bukan diganti AI.

Tapi developer yang tahu guna AI akan replace developer yang tak guna AI.

Bezanya besar.

Seorang developer biasa mungkin coding seorang diri.

Developer yang pandai guna AI?

Macam ada beberapa junior developer kerja bawah dia 24 jam.

Cuma jangan lupa.

Junior developer tetap kena monitor.

Kalau tidak, nanti production database pun dia “tolong kemaskan”.


Kesimpulan

AI agent untuk coding memang powerful.

Tapi jangan termakan marketing yang kata coding dah tak penting.

Realitinya:

Lagi kau faham coding, lagi kuat AI bantu kau.

Kalau tak faham coding langsung, AI boleh jadi shortcut.

Tapi shortcut yang kadang-kadang bawak masuk longkang juga.

Gunakan AI untuk accelerate kerja.

Bukan outsource otak sepenuhnya.

 

Guna AI Agent Untuk Coding: Realiti Baik & Buruk

Nak buat sistem?

Jom bincang untuk develop sistem yang custom untuk anda.

nak buat sistem bisnes? hubungi saya

Post Berkaitan

21 Sep 2026 Bila Deploy Laravel, Permission Bukan Masalah Kecil
Bila Deploy Laravel, Permission Bukan Masalah Kecil

Apa yang aku belajar tentang Laravel, VPS, deployment dan filesystem permission selepas berkali-kali kena permission denied.

14 Sep 2026 Aku Dah Outgrow Laravel Valet
Aku Dah Outgrow Laravel Valet

Bila projek makin complex, setup Valet mula tak cukup. Ini workflow aku bila native development mula bertembung dengan Docker.

04 Sep 2026 Rembayung: Bila Sistem Booking Berdepan Traffic Tinggi dan Isu Scalping
Rembayung: Bila Sistem Booking Berdepan Traffic Tinggi dan Isu Scalping

Bila restoran jadi viral, sistem booking bukan sekadar soal server. Ini analisis tentang traffic, scalping dan cara reka bentuk flow yang lebih praktikal.

20 Jul 2026 Penemuan Bukan Datang Sebab Pandai. Ia Bermula Dengan Pemerhatian
Penemuan Bukan Datang Sebab Pandai. Ia Bermula Dengan Pemerhatian

Bagaimana penemuan maltose mengajar kita bahawa pemerhatian lebih penting daripada sekadar ilmu dalam bisnes dan pembangunan perisian.

06 Jul 2026 Environment Dalam Pembangunan Software: Perspektif Bisnes vs Developer
Environment Dalam Pembangunan Software: Perspektif Bisnes vs Developer

Fahami perbezaan local, staging dan production serta bagaimana developer mengurus APP_ENV dan secrets dalam software.

29 Apr 2026 Security Lepas Launch App: Chapter Sebenar Bermula Selepas Deploy
Security Lepas Launch App: Chapter Sebenar Bermula Selepas Deploy

App dah live bukan bermaksud selamat. Ketahui kenapa Cloudflare penting lindungi server dari scan, bot dan request jahat.

23 Apr 2026 Pengalaman Buat Sistem MLM: Matrix 5, Binary & Cabaran Sebenar Developer
Pengalaman Buat Sistem MLM: Matrix 5, Binary & Cabaran Sebenar Developer

MLM system nampak simple dari luar, tapi sebenarnya antara sistem paling kompleks untuk dibina. Ini pengalaman sebenar bina matrix 5, binary system dan cabaran race condition yang boleh rosakkan seluruh logic.

06 Mar 2026 Sistem idMe Selalu Down. Ini Solusi Dari Perspektif Developer
Sistem idMe Selalu Down. Ini Solusi Dari Perspektif Developer

Analisis kenapa idMe kerap bermasalah. Cadangan teknikal guna PWA dan Background Sync untuk handle trafik tinggi secara efisien.

07 Sep 2026 Sistem Bisnes Tak Pernah Betul-Betul Siap
Sistem Bisnes Tak Pernah Betul-Betul Siap

Kenapa sistem yang dah siap masih perlukan perubahan? Tentang realiti software, perubahan bisnes dan kenapa V1 bukan versi terakhir.

HAMIZULFAIZ