Hamizulfaiz

Tech Entrepreneur / System Builder

Pengalaman Buat Sistem MLM: Matrix 5, Binary & Cabaran Sebenar Developer

Published:

Updated:

Automation bisnes Sistem

MLM System Nampak Simple. Tapi Itu Ilusi.

Dari luar, MLM system nampak macam:

  • Sponsor orang
  • Masuk network
  • Dapat komisen

Tapi bila kau sendiri yang kena buat system dia, baru kau faham.

Ini bukan CRUD app biasa. Ini bukan landing page.

Ini logic-heavy system yang sangat sensitif pada timing dan structure.

Aku dah buat beberapa jenis:

  1. Matrix 5 dengan stage progression
  2. Matrix 5 dengan upgrade (no stage)
  3. Binary system dengan pairing

Dan honestly…

MLM system adalah antara paling kompleks pernah aku bina.


1. Matrix 5 + Stage Progression

(“Controlled chaos” version)

Structure dia nampak manageable:

  • Max 30 node per stage
  • Max 2 level per stage
  • Full → progress ke stage seterusnya

Simple kan?

Tak.

Masalah sebenar:

Tracking parent-child hierarchy

Semua orang ada:

  • sponsor_id → senang
  • direct children → senang query

Tapi bila masuk:

  • grandchildren
  • great-grandchildren
  • stage-specific tree

It becomes messy sangat cepat.

Kalau kau try query dynamically:

get all descendants recursively

Congrats. Kau baru buka pintu ke melaka.

Reality:

Kau kena simpan structure explicitly.

Contoh:

  • parent_id
  • root_cycle_id
  • level
  • position

Kalau tak…

Setiap query akan jadi berat + lambat + susah debug.


2. Matrix 5 + Upgrade (No Stage)

(“Infinite recursion pain” version)

Yang ni lagi “fun”.

Tak ada stage. User upgrade → masuk level seterusnya.

Maknanya:

  • Tree jadi lebih dalam
  • Node boleh grow tanpa hard boundary

Masalah utama:

Placement logic + traversal

Kau kena tentukan:

  • next available slot
  • siapa parent sebenar
  • bagaimana spillover berlaku

Dan semua ini berlaku secara real-time.

Kalau silap sikit:

  • user masuk tempat salah
  • komisen salah kira
  • structure rosak

And fixing it manually?

Good luck.


3. Binary System (Pairing / Matching)

(“Finance + timing nightmare”)

Binary nampak paling senang:

  • kiri
  • kanan
  • pair → dapat komisen

But this is where money logic jadi sangat sensitif.

Cabaran utama:

1. Matching logic

  • Left 10, Right 8 → pair 8
  • balance carry forward

2. Multiple events serentak

  • user A masuk kiri
  • user B masuk kanan
  • system trigger pairing

Kalau dua process jalan serentak…

Boom.

Double payout.


Real Problem: Race Condition

Ini bukan theory. Ini real issue.

Scenario:

  1. User masuk → trigger placement

  2. System update:

    • tree structure
    • node count
    • commission

Dalam masa sama:

  • job lain tengah kira pairing
  • queue lain tengah update level

Result:

  • duplicate execution
  • inconsistent data
  • system crash

Walaupun dengan:

DB::transaction()

Masalah tetap boleh berlaku.

Kenapa?

Sebab:

  • lock terlalu lama → queue delay
  • deadlock
  • retry → duplicate logic run

Ini Bahagian Paling Bahaya

Dalam MLM system:

Satu action kecil boleh trigger 5–10 process lain

Contoh:

User register →

  • placement
  • update parent count
  • check stage completion
  • trigger upgrade
  • calculate bonus
  • insert commission logs

Semua ni kalau tak properly orchestrated…

system akan makan diri sendiri.


Apa Yang Aku Belajar (Important)

1. Jangan Bergantung Pada Query Dinamik

Recursive query = pain

Better:

  • simpan structure siap siap
  • optimize untuk read, bukan calculate on the fly

2. Pisahkan Logic Jadi Atomic Jobs

Jangan buat semua dalam satu request.

Split:

  • placement job
  • commission job
  • progression job

Dan pastikan:

  • idempotent
  • boleh retry tanpa rosakkan data

3. Idempotency Is King

Setiap action kena ada protection:

Contoh:

  • check “already processed?”
  • unique constraint
  • status flag

Kalau tak…

Duplicate payout confirm berlaku.


4. Queue Bukan Silver Bullet

Ramai fikir:

“Letak queue settle”

No.

Queue introduce:

  • delay
  • concurrency
  • ordering issues

Kalau tak design betul, queue lagi bahaya dari sync.


5. Log Everything

Bila system rosak, kau tak ada masa nak guess.

Kau perlukan:

  • event log
  • transaction trace
  • audit trail

MLM system tanpa log = blind debugging.


Final Thought

Kalau kau plan nak buat MLM system:

Jangan underestimate complexity dia.

Ini bukan sekadar:

  • user → sponsor → komisen

Ini adalah:

  • tree structure problem
  • financial system
  • concurrency system

All in one.

Dan paling penting…

System ni bukan sekadar kena “jalan”

System ni kena “betul”

Sebab bila duit involved, satu bug kecil pun boleh jadi besar.

 

Pengalaman buat sistem MLM

Nak buat sistem?

Jom bincang untuk develop sistem yang custom untuk anda.

nak buat sistem bisnes? hubungi saya

Post Berkaitan

04 Sep 2026 Rembayung: Bila Sistem Booking Berdepan Traffic Tinggi dan Isu Scalping
Rembayung: Bila Sistem Booking Berdepan Traffic Tinggi dan Isu Scalping

Bila restoran jadi viral, sistem booking bukan sekadar soal server. Ini analisis tentang traffic, scalping dan cara reka bentuk flow yang lebih praktikal.

31 Aug 2026 Jangan Terus Bina Sistem. Faham Dulu Flow Yang Nak Diselesaikan
Jangan Terus Bina Sistem. Faham Dulu Flow Yang Nak Diselesaikan

Ramai terus bina sistem bila bisnes bermasalah. Tapi sebelum automate, faham dulu flow, bottleneck dan punca sebenar masalah.

10 Jun 2026 Di Sebalik Tabir: Bagaimana Aku Setup Ekosistem Software Yang Laju, Selamat & Automatik
Di Sebalik Tabir: Bagaimana Aku Setup Ekosistem Software Yang Laju, Selamat & Automatik

Ketahui cara setup sistem perniagaan, booking homestay, dan AI WhatsApp closer menggunakan dedicated isolated VPS untuk kelajuan dan keselamatan data perniagaan anda.

25 May 2026 Cabaran Urus Bisnes Bila Operasi Dah Mula Serabut
Cabaran Urus Bisnes Bila Operasi Dah Mula Serabut

Masih urus invoice, payment dan leads secara manual? Ini cabaran urus bisnes yang ramai owner hadap tanpa sedar.

23 May 2026 Excel vs Custom System: Bila Bisnes Anda Patut Upgrade?
Excel vs Custom System: Bila Bisnes Anda Patut Upgrade?

Masih guna Excel urus bisnes? Ketahui bila bisnes anda patut upgrade ke custom system untuk lebih tersusun dan kurang error.

14 May 2026 Macam Mana Sistem Custom Boleh Kurangkan Human Error Dalam Bisnes
Macam Mana Sistem Custom Boleh Kurangkan Human Error Dalam Bisnes

Macam mana sistem custom kurangkan human error dalam bisnes. Termasuk langkah transformasi digital & tips elak 'template developer' yang merugikan anda.

09 May 2026 Developer Buat Sistem Bisnes: Dari Dashboard Simple Sampai Sistem Kompleks
Developer Buat Sistem Bisnes: Dari Dashboard Simple Sampai Sistem Kompleks

Perlukan sistem bisnes custom? Dashboard, agent, MLM, ERP. Saya bina ikut flow bisnes sebenar. Klik untuk mula.

07 May 2026 Sistem Dalaman Syarikat Malaysia: Bisnes Anda Tak Rosak, Sistem Anda Yang Tak Wujud
Sistem Dalaman Syarikat Malaysia: Bisnes Anda Tak Rosak, Sistem Anda Yang Tak Wujud

Bisnes masih manual? Bina sistem dalaman ikut workflow anda. Kurangkan error, jimat masa, scale lebih cepat.

05 May 2026 Buat Dashboard Bisnes Malaysia (Stop Urus Bisnes Dalam Gelap)
Buat Dashboard Bisnes Malaysia (Stop Urus Bisnes Dalam Gelap)

Tak tahu produk mana untung atau stok ke mana hilang? Dashboard bisnes custom bantu anda nampak data sebenar dan buat keputusan lebih tepat.