Hamizulfaiz

Tech Entrepreneur / System Builder

Sistem & Software

Perlu Ke Buat Sistem?

Published:

Updated:

bisnes Sistem

Saya selalu jumpa 2 jenis orang.

Jenis pertama:

"Bisnes saya dah lama jalan. Tapi semua benda saya buat sendiri."

Jenis kedua:

"Saya baru nak mula bisnes. Perlu buat app tak?"

Jawapan saya untuk kedua-dua soalan ni sama.

Bergantung.

Dan satu benda yang saya rasa ramai orang silap ialah terlalu dengar cakap orang lain.

Ada orang kata:

"Tak payah buat sistem lagi."

Ada orang kata:

"Bisnes kena ada sistem."

Ada juga yang kata:

"Buat je app, confirm senang."

Bagi saya, jangan ikut bulat-bulat.

Sebab anda yang jalankan bisnes tu hari-hari. Anda yang hadap masalah. Anda yang tahu kemampuan bisnes anda.

Orang lain nampak dari luar je.


Sebagai Bisnes, Ya. Anda Perlu Ada Sistem.

Tapi bila saya cakap "sistem", saya bukan maksudkan software semata-mata.

Saya maksudkan:

  • Macam mana customer buat tempahan?
  • Macam mana staf proses order?
  • Macam mana stok direkod?
  • Bila customer komplen, siapa handle?
  • Kalau staf MC esok, orang lain boleh sambung kerja ke tak?

Kalau semua jawapan di atas ialah:

"Tanya bos."

Maksudnya anda belum ada sistem.

Anda adalah sistem untuk bisnes anda.

Dan itu bahaya.

Sebab bila semua benda kena refer anda:

  • Staf asyik tanya soalan.
  • Anda susah nak bercuti.
  • Anda susah nak scale.
  • Anda jadi bottleneck.

Ramai founder nak grow bisnes, tapi hakikatnya mereka sendiri yang menghalang bisnes daripada grow.

Kadang-kadang kita kena jujur dengan diri sendiri.

Get your shit together.

Duduk sekejap dan tengok balik operasi bisnes.

Adakah proses kerja anda jelas?

Ada SOP?

Kalau anda tak datang kerja seminggu, bisnes masih boleh jalan?

Kalau jawapannya "tak", mungkin dah sampai masa untuk susun sistem.


Tapi Perlu Ke Buat Software?

Tak semestinya.

Ramai orang terlalu cepat nak buat app.

Padahal proses bisnes sendiri pun masih tunggang-langgang.

Kalau proses masih bercelaru, software takkan selesaikan masalah.

Software cuma mempercepatkan proses yang sedia ada.

Kalau proses anda berterabur, software cuma akan buat anda tersadai dengan lebih laju.

Bagi saya, pertimbangkan buat software bila:

  • Anda ulang benda yang sama setiap hari.
  • Banyak kerja manual.
  • Banyak human error.
  • Anda dah ada beberapa staf.
  • Anda dah jadi bottleneck.
  • Maklumat berselerak sana sini.

Kalau ya, mungkin software memang boleh membantu.


Sebagai Individu Pula...

Nasihat orang lain memang penting.

Tapi jangan sampai orang lain pegang stereng hidup anda.

Saya selalu nampak:

"Jangan berhenti kerja."

"Berhenti kerja je."

"Jangan buat bisnes."

"Buat bisnes, kerja makan gaji tak kaya."

Hakikatnya, mereka bukan anda.

Mereka tak bayar komitmen anda.

Mereka tak tahu keadaan keluarga anda.

Mereka tak tahu apa yang anda nak capai dalam hidup.

Dengar nasihat.

Ambil yang baik.

Tapi akhirnya, buat keputusan sendiri.

Sebab anda yang akan hidup dengan keputusan tersebut, bukan mereka.


Kesimpulan

Jangan ikut pandangan orang secara membuta tuli.

Sama ada nak buat sistem, nak buat software, atau nak buat keputusan dalam hidup.

Dengar pandangan orang.

Kemudian nilai keadaan sendiri.

Sebab pada akhirnya, anda lebih kenal diri dan bisnes anda berbanding orang lain.

 

Perlu ke buat sistem? ramai buat silap

Nak buat sistem?

Jom bincang untuk develop sistem yang custom untuk anda.

nak buat sistem bisnes? hubungi saya

Post Berkaitan

23 May 2026 Excel vs Custom System: Bila Bisnes Anda Patut Upgrade?
Excel vs Custom System: Bila Bisnes Anda Patut Upgrade?

Masih guna Excel urus bisnes? Ketahui bila bisnes anda patut upgrade ke custom system untuk lebih tersusun dan kurang error.

09 May 2026 Developer Buat Sistem Bisnes: Dari Dashboard Simple Sampai Sistem Kompleks
Developer Buat Sistem Bisnes: Dari Dashboard Simple Sampai Sistem Kompleks

Perlukan sistem bisnes custom? Dashboard, agent, MLM, ERP. Saya bina ikut flow bisnes sebenar. Klik untuk mula.

05 May 2026 Buat Dashboard Bisnes Malaysia (Stop Urus Bisnes Dalam Gelap)
Buat Dashboard Bisnes Malaysia (Stop Urus Bisnes Dalam Gelap)

Tak tahu produk mana untung atau stok ke mana hilang? Dashboard bisnes custom bantu anda nampak data sebenar dan buat keputusan lebih tepat.

21 Apr 2026 Sistem Booking Kereta Sendiri vs Platform Sewa Kereta: Mana Lagi Untung Untuk Owner?
Sistem Booking Kereta Sendiri vs Platform Sewa Kereta: Mana Lagi Untung Untuk Owner?

Owner bisnes kereta sewa, ini cara bina sistem booking sendiri yang convert lebih tinggi, kurangkan kos platform dan bagi anda kawalan penuh terhadap bisnes.

13 Apr 2026 Sistem ERP Terbaik Untuk Start Berniaga Cepat
Sistem ERP Terbaik Untuk Start Berniaga Cepat

Cari sistem ERP terbaik untuk mula bisnes? Urus order, agent dan sales dalam satu dashboard yang simple dan powerful.

06 Apr 2026 Tanda-Tanda Perniagaan Anda Perlukan Sistem Custom
Tanda-Tanda Perniagaan Anda Perlukan Sistem Custom

Kenal pasti bila bisnes anda dah perlukan sistem. Elak chaos, scale operasi, dan automate kerja sebelum terlambat.

25 Mar 2026 Blueprint Pembangunan Sistem Untuk SME: Dari Idea ke Sistem Yang Betul-Betul Digunakan
Blueprint Pembangunan Sistem Untuk SME: Dari Idea ke Sistem Yang Betul-Betul Digunakan

6 fasa penting pembangunan sistem supaya ia benar-benar digunakan. Panduan mapping flow bisnes agar projek IT tak jadi gajah putih.

20 Mar 2026 Pembangunan Sistem Affiliate Custom Untuk SME Malaysia: Kawal Komisen, Automate Operasi, Scale Sales
Pembangunan Sistem Affiliate Custom Untuk SME Malaysia: Kawal Komisen, Automate Operasi, Scale Sales

Bina sistem affiliate sendiri untuk kawal tracking dan withdrawal. Cara automasi operasi ejen tanpa perlu buat manual yang serabut.

14 Mar 2026 Sistem ERP Simple untuk Founder: Urus Order, Produk dan Customer Tanpa Serabut
Sistem ERP Simple untuk Founder: Urus Order, Produk dan Customer Tanpa Serabut

Urus semua dalam satu tempat tanpa plugin banyak. Sistem ERP ringkas untuk bisnes kecil supaya jualan lebih teratur dan sistematik.