Sistem ERP Simple untuk Founder: Urus Order, Produk dan Customer Tanpa Serabut
Published:
Updated:
Sistem ERP Simple yang Saya Bangunkan untuk Founder Macam Kita
Kebanyakan orang bila dengar sistem ERP, mereka bayang benda mahal, kompleks dan hanya untuk syarikat besar.
Realitinya, banyak bisnes kecil sebenarnya perlukan ERP lebih awal daripada syarikat besar.
Masalahnya bukan tak perlu. Masalahnya ERP yang ada terlalu berat.
Jadi saya buat sesuatu yang berbeza.
Saya sedang bangunkan ERP yang simple dan praktikal, fokus kepada operasi sebenar bisnes kecil.
Bukan sistem yang penuh modul yang anda tak guna. Tapi sistem yang bantu urus perkara yang betul betul berlaku setiap hari dalam bisnes.
Kenapa Bisnes Kecil Sebenarnya Perlukan Sistem ERP
Bila bisnes mula berkembang, biasanya masalah yang sama akan muncul.
Order datang dari pelbagai tempat. Customer makin ramai. Produk makin banyak.
Dan tiba tiba operasi jadi macam ni:
- Order simpan dalam WhatsApp
- Senarai customer dalam Excel
- Stok dalam buku
- Status order semua orang tanya manual
Semua benda jadi manual dan berselerak.
Di sinilah sistem ERP sebenarnya membantu.
ERP bukan sekadar software. ERP adalah cara untuk susun operasi bisnes dalam satu sistem.
MVP ERP yang Saya Sedang Bangunkan
Saya mulakan dengan versi MVP.
Fokus kepada asas operasi yang hampir semua bisnes perlukan.
Setakat ini sistem ini ada:
1. Pengurusan Produk / Servis Semua produk atau servis disimpan dalam satu tempat.
2. Pengurusan Customer Setiap customer ada rekod sendiri supaya mudah track order dan history.
3. Pengurusan Order Semua order masuk dalam satu sistem yang jelas.
Tak perlu lagi cari order dalam WhatsApp atau spreadsheet.
Kenapa Saya Tak Guna ERP Sedia Ada
Sebenarnya banyak ERP di pasaran.
Tapi kebanyakan ada dua masalah besar.
1. Terlalu kompleks Banyak modul yang tak relevan untuk bisnes kecil.
2. Flow tak ikut operasi sebenar bisnes Banyak sistem memaksa bisnes ikut cara sistem.
Sepatutnya sistem ikut operasi bisnes, bukan sebaliknya.
Sebab itu saya pilih untuk bina ERP yang fleksibel dan modular.
Visi Sebenar Sistem ERP Ini
Matlamat saya bukan sekadar buat satu sistem.
Matlamatnya adalah untuk bina core sistem operasi bisnes.
Maksudnya satu sistem yang boleh jadi pusat kepada operasi seperti:
- order management
- customer management
- inventory
- invoicing
- automation
Daripada bisnes guna 5 hingga 10 tools berbeza, semuanya boleh duduk dalam satu sistem.
Kenapa Saya Kongsi Ini Sekarang
Sistem ini masih dalam fasa awal.
Tapi saya mula kongsi sekarang sebab saya nak cari:
- bisnes yang nak guna versi awal
- founder yang ada masalah operasi
- orang yang nak bina sistem ikut flow bisnes mereka
Kalau traction ada, saya akan terus develop lebih banyak modul dan grow codebase ini.

Kalau Anda Sedang Cari Sistem ERP
Kalau anda sedang fikir untuk gunakan sistem ERP, mungkin ini masa yang sesuai untuk kita berbincang.
Saya fokus kepada ERP yang praktikal untuk operasi sebenar bisnes, bukan sekadar dashboard yang nampak canggih.
Kalau anda ada flow operasi yang unik, kita boleh bina sistem yang ikut flow tersebut.
Atau hubungi saya dan ceritakan bagaimana bisnes anda berjalan sekarang. Kadang kadang hanya dengan susun operasi dalam sistem yang betul, bisnes boleh jadi jauh lebih efisyen.
screenshot tambahan:



