Blueprint Pembangunan Sistem Untuk SME: Dari Idea ke Sistem Yang Betul-Betul Digunakan
Published:
Updated:
Blueprint pembangunan sistem untuk SME dan bisnes yang nak implement automasi dalam operasi.
Ok. Ramai founder ada idea sistem.
Nak ada dashboard sendiri. Nak automate operasi. Nak kurangkan kerja manual.
Tapi realitinya, banyak projek pembangunan sistem berakhir dengan satu masalah besar.
Sistem siap. Tapi staff tak guna.
Kenapa jadi macam tu?
Sebab pembangunan sistem bukan bermula dengan coding.
Ia bermula dengan struktur.
Ini blueprint sebenar yang saya gunakan bila bangunkan sistem untuk SME.
Phase 1: Business Flow Mapping
Ini fasa paling ramai orang skip.
Mereka terus fikir feature / fungsi.
Sepatutnya, kita map dulu aliran sebenar bisnes:
- Order masuk dari mana
- Siapa proses
- Siapa approve
- Bila status berubah
- Di mana bottleneck berlaku
Contoh mudah.
Kalau jual produk fizikal:
Customer order
Admin verify
Warehouse pack
Courier pickup
Status update
Komisen kira
Kalau flow ini tak jelas, sistem akan jadi teka teki.
Business flow mapping buat dua perkara:
- Nampak masalah sebenar dalam operasi
- Elak bina sistem yang salah arah
Sistem yang baik bukan yang paling banyak feature.
Sistem yang baik adalah yang ikut flow bisnes sebenar.
Phase 2: Requirement Structuring
Lepas flow jelas, baru kita bincang requirement.
Bukan dalam bentuk angan angan seperti:
Nak dashboard cantik
Nak ada report power
Tapi dalam bentuk struktur:
- Modul apa yang perlu
- Role apa yang ada
- Data apa yang perlu disimpan
- Rule apa yang wajib ikut
Contoh untuk sistem affiliate:
- Role admin
- Role affiliate
- Komisen ikut kategori
- Withdrawal minimum
- Tempoh matang komisen
Requirement yang tak tersusun akan buat kos naik sebab asyik tambah dan ubah.
Fasa ini adalah fasa kawal kos.
Phase 3: Database Logic Design
Ini bahagian teknikal yang ramai founder tak nampak, tapi paling kritikal.
Kalau database salah design:
Sistem akan jadi perlahan.
Report tak tepat.
Feature susah nak tambah.
Database logic design akan tentukan:
- Hubungan antara user, order, komisen
- Bagaimana status berubah
- Bagaimana transaksi direkod
- Bagaimana audit trail disimpan
Ini adalah tulang belakang sistem.
Kalau tulang belakang lemah, sistem tak boleh scale.
Phase 4: Development Sprint
Baru sekarang kita masuk coding.
Development sprint biasanya dibuat dalam beberapa cycle pendek.
Setiap sprint ada:
- Modul tertentu
- Testing dalaman
- Demo kepada owner
Tujuan sprint adalah elak situasi ini:
6 bulan develop
Launch sekali
Baru sedar tak kena dengan operasi
Dengan sprint pendek, kita boleh adjust awal.
Ini lebih selamat untuk SME yang tak boleh buang masa.
Phase 5: Testing dan Exception Handling
Ramai orang test benda normal saja.
Order berjaya
Login berjaya
Report keluar
Yang jarang test adalah kes luar biasa.
Contoh:
- Customer refund selepas komisen dibayar
- User cuba withdraw lebih dari balance
- Dua admin edit data serentak
- Internet terputus masa transaksi
Exception handling adalah beza antara sistem biasa dengan sistem stabil.
Sistem untuk SME mesti tahan lasak.
Bukan sekadar cantik masa demo.
Phase 6: Monitoring dan Iteration
Sistem bukan projek sekali siap.
Selepas launch, kita monitor:
- Error log
- Performance
- Behaviour pengguna
- Modul mana paling banyak guna
Kadang kadang, data sebenar selepas guna 3 bulan akan buka mata.
Contohnya:
Feature yang kita fikir penting, jarang orang guna. Feature kecil yang kita buat simple, rupanya paling kritikal.
Di sinilah iteration berlaku.
Tambah baik berdasarkan data, bukan tekaan.
Kenapa Blueprint Ini Penting Untuk SME
SME tak ada bajet untuk buat silap banyak kali.
Setiap projek pembangunan sistem mesti ada:
- Struktur jelas
- Fasa teratur
- Kawalan kos
- Ruang untuk scale
Tanpa blueprint, pembangunan sistem jadi eksperimen mahal.
Dengan blueprint, ia jadi pelaburan jangka panjang.
Real Talk
Kalau kau nak sistem hanya untuk nampak moden, tak perlu semua ini.
Tapi kalau kau nak:
- Kurangkan kerja manual
- Kawal operasi
- Lindungi margin
- Scale dengan lebih teratur
Maka pembangunan sistem mesti ikut proses yang betul.
Sistem yang betul bukan sekadar tool dalaman.
Ia adalah infrastruktur bisnes.
Kalau kau ada idea sistem dan tak pasti sama ada ia masuk akal atau tidak, langkah pertama bukan cari developer.
Langkah pertama adalah mapping flow bisnes kau sendiri.
Dari situ baru kita tahu sama ada idea itu boleh jadi sistem yang benar-benar digunakan atau sekadar projek IT yang tersadai.
Anda perlukan sistem custom untuk bisnes anda? jom cuba Servis Buat Sistem Custom
