Hamizulfaiz

Tech Entrepreneur / System Builder

Macam Mana Saya Debug Production Issue Tanpa Panik, Tanpa Main Teka

Published:

Updated:

Laravel php uiux linux CLI

How I Debug Production Issues Tanpa Panik atau Guessing

Production down bukan masalah teknikal.
Ia masalah emosi + kaedah.

Kalau anda terus:

  • refresh page 20 kali

  • ubah code random

  • deploy tanpa faham apa rosak

itu bukan debugging. Itu main taram je 🤣.

Ini flow sebenar saya.


1. Saya Tak Sentuh Code Dulu — Saya Tengok Apa Browser Nampak

First rule: percaya apa yang sampai ke browser, bukan apa yang anda rasa berlaku.

Buka Inspect Element → Network tab.

Kita cari:

  • request yang fail (400 / 401 / 403 / 419 / 500)

  • request yang slow gila

  • payload yang tak sama macam local

Soalan yang saya jawab dulu:

  • Request ni sampai ke server ke tak?

  • Response mati dekat browser atau server?

  • Data yang dihantar betul ke?

Kalau Network tab dah pelik, backend confirm terlibat.


2. Lepas Itu Baru Saya Buka Laravel Log

Laravel dah tolong banyak, jangan buat dia macam tak wujud.

storage/logs/laravel.log

Saya scan ikut urutan masa:

  • error time sama dengan request dalam Network tab

  • exception type (Validation, Auth, Model, Query)

  • function / file name yang disebut

Ini penting:

Saya tak baca semua.
Saya cari pattern, bukan ayat panjang.

Kalau error cakap:

Call to a member function on null

Saya tak fikir “kenapa null”.
Saya fikir:

“Kenapa benda ni sepatutnya wujud, tapi tak wujud?”


3. Kalau Laravel Log Senyap — Saya Terus Lompat ke Nginx Log

Bila Laravel tak jerit, selalunya server yang bisik.

Saya buka:

  • access.log → request sampai atau tidak

  • error.log → permission, timeout, upstream, memory

Contoh red flag:

  • upstream timed out

  • permission denied

  • client intended to send too large body

Benda ni takkan muncul dalam Laravel log.
Kalau anda ignore Nginx log, anda debug separuh jalan.


4. Saya Zoom Masuk ke Function atau Proses Paling Hampir Dengan Bug

Ini part paling ramai skip.

Saya tanya:

  • Request ni trigger function mana sebenarnya?

  • Flow dia sync ke async?

  • Ada job / queue / observer / event terlibat?

Saya tak trace satu app.
Saya trace satu laluan sahaja.

Contoh:

User submit form → controller → service → payment API → database update

Kalau fail, saya potong satu-satu:

  • sebelum API call

  • selepas API call

  • sebelum save

  • selepas save

Debug bukan cari bug.
Debug ialah mengecilkan kemungkinan.


5. Saya Tak Percaya “It Works on My Machine”

Production bukan local.

Beza yang selalu bunuh:

  • env variable tak wujud

  • cache lama

  • permission storage

  • queue worker mati

  • config tak di-reload

So sebelum salahkan code, saya check:

  • .env betul?

  • php artisan config:clear

  • queue jalan atau tak?

  • server restart pernah dibuat atau tidak?


Penutup: Debugging Bukan Panic Skill, Tapi Thinking Skill

Orang panik sebab:

  • tak ada flow

  • lompat sana sini

  • cuba selesaikan cepat tanpa faham punca

Saya tak genius.
Saya cuma tak teka.

Saya ikut bukti:
Browser → Log → Server → Function → Proses

Kalau anda buat benda yang sama,
production issue akan jadi routine, bukan mimpi ngeri.

 

Nak buat sistem?

Jom bincang untuk develop sistem yang custom untuk anda.

nak buat sistem bisnes? hubungi saya

Post Berkaitan

07 Feb 2026 Kesilapan Security yang Selalu Jumpa dalam Laravel (dan Cara Improve)
Kesilapan Security yang Selalu Jumpa dalam Laravel (dan Cara Improve)

3 kesilapan keselamatan paling biasa dalam Laravel dan cara sebenar saya mitigate guna Laravel + Cloudflare.

06 Feb 2026 Elak Code Berselerak: Gunakan Laravel Pint Sebelum Commit
Elak Code Berselerak: Gunakan Laravel Pint Sebelum Commit

Pastikan codebase konsisten! Gunakan Laravel Pint dengan pre-commit hook untuk standardisasi code sebelum deploy.

05 Feb 2026 Automasi Workflow Bisnes Dengan Laravel Events & Queues
Automasi Workflow Bisnes Dengan Laravel Events & Queues

Automate bisnes anda dengan Laravel Events & Queues. Hantar email, proses komisen, dan urus workflow tanpa stress.

04 Feb 2026 Macam Mana Aku Engineer Laravel App Besar Tanpa Jadi Coding Spaghetti
Macam Mana Aku Engineer Laravel App Besar Tanpa Jadi Coding Spaghetti

Pendekatan praktikal aku untuk bina Laravel app besar yang kemas, scalable, dan senang maintain — tanpa over-engineering dan tanpa coding spaghetti.

01 Jun 2020 Server - Perkara asas untuk web developer
Server - Perkara asas untuk web developer

Perkara asas mengenai hal-hal server bagi web developer

24 Nov 2018 Laravel - Cara guna php artisan
Laravel - Cara guna php artisan

Cara asas menggunakan command artisan dalam laravel untuk membina apa-apa custom web application.

15 Feb 2026 Server Anda Bukan "Sekadar Hosting”. Dia Tentukan Kos & Prestasi Bisnes Anda
Server Anda Bukan "Sekadar Hosting”. Dia Tentukan Kos & Prestasi Bisnes Anda

Server bukan sekadar hosting. Ketahui kesan setup server terhadap kos, keselamatan, dan prestasi jangka panjang sistem bisnes anda.

21 Sep 2026 Bila Deploy Laravel, Permission Bukan Masalah Kecil
Bila Deploy Laravel, Permission Bukan Masalah Kecil

Apa yang aku belajar tentang Laravel, VPS, deployment dan filesystem permission selepas berkali-kali kena permission denied.

06 Apr 2026 Terbaru: Marko PHP Framework. Perspektif Dev Laravel
Terbaru: Marko PHP Framework. Perspektif Dev Laravel

Saya cuba Marko PHP termasuk sistem database baru. Ini review jujur dari developer Laravel dan cara bina website modular.

HAMIZULFAIZ