Command line bernama artisan adalah fungsi yang ada di dalam Laravel
.
Sekiranya anda baru melibatkan diri anda dengan Laravel, command php artisan adalah perkara yang akan anda lalui untuk kebanyakan perjalanan dalam development web application anda.
Fungsi Asas
Fungsi asas artisan adalah untuk membantu anda dalam mewujudkan file controller baru, atau mewujudkan model berserta database.
Buat Controller Baru
Secara asasnya, Laravel memerlukan controller untuk memproses atau menghantar view. Jadi, anda akan perlukan banyak file controller. Dengan menggunakan php artisan make:controller NamaController anda akan mempercepatkan kerja coding anda tanpa perlu menulis tentang namespace dan yang sewaktu dengannya.
Apabila anda menggunakan php artisan make:controller framework Laravel akan secara auto mewujudkan controller untuk anda. Tiba-tiba je file controller akan wujud di dalam folder app/Http/Controllers
struktur file controller seperti ini:
- app
- Http
- Controllers
- File/Folder Controller Disini
Sama jugalah untuk perkara-perkara lain, seperti model, database generator (migration), database seeder, middleware dan banyak lagi semuanya kita boleh utilize command artisan ini untuk generate file bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan kita.
Anda boleh melihat fungsi apa yang boleh diguna di dalam artisan ini dengan menaip php artisan pada dalam folder laravel anda menggunakan comand line. bila enter, dia akan tunjukkan available command seperti ini:
Selamat mencuba!
P/S: anda perlukan pengetahuan tentang command line terlebih dahulu untuk faham tentang artisan ni. Mai baca pasal Terminal (CLI)