Hamizulfaiz

Tech Entrepreneur / System Builder

Beza Landing Page vs Website: Nak Guna Yang Mana?

Published:

Updated:

Landing Page

Ramai owner bisnes bila nak buat website, soalan pertama mereka ialah:

“Apa yang patut saya letak dalam website?”

Masalahnya, sebelum fikir nak letak apa, kita kena tahu dulu website itu nak buat apa.

Sebab landing page dan website memang nampak hampir sama. Dua-dua ada gambar, teks, button WhatsApp, servis, testimoni dan info bisnes.

Tapi cara penggunaan dia berbeza.

Paling mudah:

Landing page = untuk dapatkan tindakan.

Website = untuk terangkan dan yakinkan orang tentang bisnes anda.

Sebab itu, untuk iklan biasanya saya akan cadangkan landing page dahulu. Untuk kredibiliti bisnes, website lebih sesuai.


Apa beza landing page dan website?

Landing page biasanya direka untuk satu kempen, satu offer atau satu tindakan utama.

Contohnya:

“Book Homestay Sekarang”

“Dapatkan Sebut Harga Renovation”

“Daftar Kelas Online”

“WhatsApp Untuk Konsultasi”

Semua kandungan dalam page itu disusun untuk membawa pengunjung ke tindakan tersebut.

Website pula lebih kepada pusat maklumat bisnes.

Orang boleh masuk untuk tengok siapa anda, apa servis yang anda tawarkan, projek terdahulu, lokasi, profil syarikat, contact information dan sebagainya.

Ia tak semestinya cuba memaksa pengunjung buat satu tindakan sahaja.


Landing Page vs Website

Perkara Landing Page Website
Tujuan utama Dapatkan tindakan Terangkan bisnes
Fokus Satu tawaran / kempen Keseluruhan bisnes
Sasaran Pelawat daripada iklan, promosi atau kempen Pelanggan yang nak kenal bisnes
Struktur Satu page yang fokus Boleh ada banyak page
CTA Biasanya satu tindakan utama Boleh ada beberapa tindakan
Sesuai untuk Iklan, lead generation, promosi Kredibiliti, branding, maklumat syarikat

Bezanya bukan semata-mata berapa banyak page.

Website satu halaman masih boleh jadi website bisnes.

Dan landing page boleh jadi sebahagian daripada website yang lebih besar.

Yang membezakan ialah tujuan dan struktur page tersebut.


Bila patut guna landing page?

Guna landing page bila anda sudah tahu apa yang anda nak pelanggan buat.

Contohnya anda sedang jalankan Facebook Ads untuk servis aircond.

Anda tak perlu bawa pelanggan masuk ke homepage yang ada:

About Us

Services

Gallery

Contact

Blog

Career

dan suruh mereka cari sendiri apa yang mereka perlukan.

Lebih baik iklan itu terus bawa mereka ke page yang fokus pada:

Servis Aircond Rumah

  1. Masalah yang biasa berlaku.
  2. Apa yang anda tawarkan.
  3. Harga atau range harga.
  4. Bukti kerja.
  5. Testimoni.
  6. FAQ.

Dan akhirnya:

WhatsApp Sekarang

Itu lebih jelas.

Perkara yang sama boleh digunakan untuk homestay, kelas, servis renovation, rawatan kecantikan, insurans, konsultasi dan pelbagai servis lain.

Lagi satu situasi: anda sedang buat iklan

Ini biasanya kes paling jelas.

Orang nampak iklan anda → klik → masuk page → faham tawaran → percaya → WhatsApp / booking / daftar.

Itulah kerja landing page.

Tak perlu terlalu banyak benda yang boleh mengganggu keputusan.


Bila patut guna website?

Website lebih sesuai bila orang perlu kenal bisnes anda dahulu sebelum buat keputusan.

Contohnya syarikat engineering.

Pelanggan mungkin nak tengok:

  • servis yang ditawarkan
  • projek terdahulu
  • pengalaman syarikat
  • profil team
  • industri yang pernah disokong
  • lokasi
  • contact information

Dalam situasi macam ini, website lebih masuk akal.

Sebab pelanggan bukan sekadar nak beli satu tawaran.

Mereka nak tahu:

“Siapa syarikat ini?”

“Betul ke mereka memang buat kerja ini?”

“Ada pengalaman?”

Website membantu jawab semua soalan tersebut.


So, mana satu patut buat dahulu?

Saya biasanya akan tengok dari mana pelanggan datang.

Kalau pelanggan datang daripada iklan

Landing page dahulu.

Anda sudah bayar untuk mendapatkan klik. Jangan bazirkan klik itu dengan menghantar orang ke page yang terlalu umum.

Bina satu page yang fokus kepada apa yang sedang diiklankan.

Kalau pelanggan cari nama syarikat anda

Website lebih penting.

Mereka mungkin sudah dengar nama anda daripada referral, WhatsApp, networking atau pelanggan lama.

Bila mereka Google nama bisnes anda, website menjadi tempat untuk mereka semak dan kenal anda.

Kalau bisnes masih kecil?

Tak semestinya terus bina website besar dengan banyak page.

Kadang-kadang satu landing page yang betul-betul fokus sudah cukup untuk mula dapatkan pelanggan.

Bila bisnes semakin berkembang dan maklumat semakin banyak, website boleh dibina kemudian.

Ini biasanya lebih masuk akal daripada terus membina website besar tetapi akhirnya cuma jadi tempat letak logo, alamat dan gambar pejabat.


Macam mana kalau perlukan kedua-duanya?

Boleh.

Malah, banyak bisnes memang akan gunakan kedua-duanya.

Website untuk kredibiliti.

Landing page untuk kempen dan iklan.

Contohnya:

syarikatanda.my → website utama untuk terangkan bisnes

syarikatanda.my/renovation → landing page khas untuk iklan renovation

Jadi bila seseorang search nama syarikat, mereka jumpa website.

Bila seseorang klik iklan renovation, mereka masuk terus ke page yang berkaitan.

Tak perlu paksa satu page buat semua kerja.


Jangan mula dengan soalan “nak letak apa dalam website?”

Soalan yang lebih berguna ialah:

“Apa yang saya nak pelanggan buat selepas dia buka page ini?”

Kalau jawapannya:

“WhatsApp saya”

“Book sekarang”

“Daftar”

“Request quotation”

mungkin anda perlukan landing page.

Kalau jawapannya:

Saya nak mereka kenal syarikat saya, tengok servis dan semak pengalaman kami

mungkin anda perlukan website.

Dan kalau proses bisnes anda sudah lebih kompleks, mungkin masalah anda bukan lagi tentang landing page atau website.

Mungkin anda sebenarnya perlukan sistem yang boleh urus proses tersebut. Saya terangkan tentang situasi itu dalam page Custom System Development.


Kesimpulan

Tak semua bisnes perlukan website besar.

Tak semua kempen sesuai dihantar ke homepage.

Cara paling mudah untuk ingat:

Untuk iklan, guna landing page.

Untuk kredibiliti, guna website.

Mula dengan tujuan dahulu. Lepas itu baru fikir design, section dan content.


Nak mula dengan landing page?

Untuk run iklan, saya tawarkan landing page berharga RM799 siap dalam 24 jam.

WhatsApp saya dan kita tengok apa yang sesuai untuk tawaran anda.

 

Beza Landing Page vs Website

Nak landing page yang convert?

Jom bincang untuk landing page yang direka khas untuk tukar trafik iklan jadi pelanggan.

servis buat landing page untuk iklan

Post Berkaitan

02 Oct 2026 Landing Page Homestay: Tukar Booking Platform Kepada Direct
Landing Page Homestay: Tukar Booking Platform Kepada Direct

Bina landing page homestay untuk dapatkan booking direct, kurangkan kebergantungan pada Airbnb dan Booking.com serta jimat kos komisen.

31 Mar 2026 Landing Page untuk Hotel Kucing. Cara Dapat Tempahan 24/7
Landing Page untuk Hotel Kucing. Cara Dapat Tempahan 24/7

Contoh landing page untuk hotel kucing yang direka khas untuk tarik tempahan terus dari pelanggan tanpa WhatsApp panjang atau DM.

16 Mar 2026 Cara Buat Landing Page Yang Betul Betul Convert Tanpa Buang Duit Ads
Cara Buat Landing Page Yang Betul Betul Convert Tanpa Buang Duit Ads

Flow dari Hero Section ke CTA yang buat customer membeli. Kenapa scroll terlalu panjang boleh buat conversion drop teruk.

13 Mar 2026 Iklan FB Tak Menjadi? Ini Sebab Sebenar Sales Tak Masuk
Iklan FB Tak Menjadi? Ini Sebab Sebenar Sales Tak Masuk

Iklan FB tak menjadi walaupun dah spend banyak? Ini punca sebenar kenapa ads tak convert dan macam mana landing page yang betul boleh selamatkan ROI anda.

04 Mar 2026 Harga Landing Page RM499: Murah Atau Strategic Move?
Harga Landing Page RM499: Murah Atau Strategic Move?

Harga landing page RM499 di Malaysia. Ketahui beza murah vs strategic build dan kenapa struktur conversion lebih penting dari design semata-mata.

02 Mar 2026 Kenapa Landing Page Penting (Bukan Sebab Trend, Tapi Sebab Duit)
Kenapa Landing Page Penting (Bukan Sebab Trend, Tapi Sebab Duit)

Landing page yang betul boleh bezakan antara ads burn dan sales masuk setiap hari. Faham apa yang buat landing page convert dan elak kesilapan biasa owner bisnes kecil.

22 Feb 2026 Ads Tak Convert? Biasanya Bukan Salah Facebook, TikTok atau Google Tapi Tracking & Landing Page
Ads Tak Convert? Biasanya Bukan Salah Facebook, TikTok atau Google Tapi Tracking & Landing Page

Punca ads Facebook/TikTok gagal. Kepentingan Pixel, GA4, dan flow landing page yang betul untuk pastikan iklan anda tak rugi.

01 Aug 2024 Landing Page untuk Penjual Kereta
Landing Page untuk Penjual Kereta

Landing page ini direka khas untuk meningkatkan jualan kereta dan menghubungkan anda dengan lebih ramai pelanggan.

23 Jul 2024 Landing Page Ejen untuk Jual Produk Anda
Landing Page Ejen untuk Jual Produk Anda

Jika anda adalah founder produk dan mempunyai ramai ejen untuk menjual produk anda, disini ada solusi menarik untuk anda.

HAMIZULFAIZ