Hamizulfaiz

Tech Entrepreneur / System Builder

Basic System Development. Soalan Dari Noraziah

Published:

Updated:

linux Database

Hai semua!

Harini sy akan menjawab soalan / cadangan dari saudari Noraziah.

Soalannye berbunyi begini:

Selamat petang,

Saya ingin develop sebuah sistem. Sya memakai software Netbean IDE.
Namun, saya ingin install bahagian DB. tapi saya tak tahu nak install DB mana satu sebab saya try oracle, Mysql dan ProgreSQL.
Tapi semua tak boleh run. Boleh suggest untuk saya nak guna apa tak?

Nak minta guide saya juga sbb saya tak pandai untuk code.
Tapi company saya minta saya buat satu sistem tanpa guidance.
Saya perlukan pertolongan

Pertama sekali, sy minta maaf sebab memang ambil masa lama nak respon soalan / cadangan awak ni. Soalan ditanya pada 26/11/2018 3:46 PM. Maaf ye. sy lama juga tak ber-blogging pada tarikh tu. hehe.

Okeh, mari kita breakdown satu-satu pemasalahan kawan kita ni.

1. Nak Develop System, Menggunakan Netbean IDE.

Pada pengetahuan saya, Netbean IDE hanyalah salah satu dari Code Editor yang boleh kita guna untuk development. Dalam konteks saya. PHP.

Kepada anda yang baru menceburi bidang development ini. memang kadang kala kita rasa banyak sangat hal yang buat kita jadi fed-up dengan programming. lagi-lagi pasal IDE.

Saya Recommend kepada anda untuk start plain. Start dengan tidak bergantung dengan IDE atau yang sewaktu dengannye untuk permulaan. Ramai diantara kita bermula dengan Notepad++

Saya sendiri juga tidak menggunakan apa-apa IDE untuk development. (sebab sy selesa debugging cara manual. hehe) Tapi itu sekadar pilihan peribadi. Kenapa saya kata begitu? sebab kita nak fokus coding. Bukan fokus untuk setting sana, setting sini.. hanye supaya boleh keluarkan Hello Word dalam sistem. huhu.

2. Ingin Install Bahagian DataBase

Mengikut pemahaman saya dari permasalahan yang anda sedang hadapi ini, seeloknya pergi ke bahagian Server. Dengan erti kata lain, cuba Play Around With Linux.

Kenapa saya suggest untuk cuba kendalikan Linux dahulu sebelum ke database? sebab database itu sendiri adalah salah sebuah service yang kita install di dalam linux. Bila kita mula develop sistem. Kita akan Connect sistem kita itu pada database service yang berada di dalam linux. Jadi, macam mana nak install database? jawapan saya Install dalam linux.

Yep, anda mengatakan "tak tahu" untuk install. sy boleh berikan keyword untuk anda search di YouTube. ini keywordnye:

Centos, Install LAMP stack and PhpMyAdmin

Sebelum anda CUBA. Pastikan dahulu untuk hadam hal-hal basic dalam linux. seperti Command Line Interface, SUDO, YUM dan yang sewaktu dengannya...

Saya ade buat post sebelum ini untuk terangkan sedikit mengenai CLI. boleh baca disini : Terminal: Faham Command Line, Pakar Programming

Okeh, sekian untuk kali ini. Semoga dengan penjelasan saya ini dapat membantu serba sedikit dalam permasalahan yang anda hadapi. Kalau ade yang sy tak faham soalan tu boleh la betulkan ye. huhu. kita manusia biasa... heee...

Happy Coding! ;)

Nak buat sistem?

Jom bincang untuk develop sistem yang custom untuk anda.

nak buat sistem bisnes? hubungi saya

Post Berkaitan

19 Feb 2026 Macam Mana Saya Debug Production Issue Tanpa Panik, Tanpa Main Teka
Macam Mana Saya Debug Production Issue Tanpa Panik, Tanpa Main Teka

Teknik praktikal debug sistem guna Laravel log dan Nginx log. Selesaikan isu server dengan tenang berdasarkan proses sebenar.

15 Feb 2026 Server Anda Bukan "Sekadar Hosting”. Dia Tentukan Kos & Prestasi Bisnes Anda
Server Anda Bukan "Sekadar Hosting”. Dia Tentukan Kos & Prestasi Bisnes Anda

Server bukan sekadar hosting. Ketahui kesan setup server terhadap kos, keselamatan, dan prestasi jangka panjang sistem bisnes anda.

03 Feb 2026 Perbezaan Antara cPanel dan VPS (Bare Metal Linux) Sebagai Hosting Anda
Perbezaan Antara cPanel dan VPS (Bare Metal Linux) Sebagai Hosting Anda

Bandingkan cPanel dan bare metal Linux. Ketahui cara VPS beri kawalan penuh dan prestasi lebih padu untuk website/aplikasi anda.

01 Jun 2020 Server - Perkara asas untuk web developer
Server - Perkara asas untuk web developer

Perkara asas mengenai hal-hal server bagi web developer

03 Nov 2019 Cara pastikan web developer ikut keperluan bisnes anda
Cara pastikan web developer ikut keperluan bisnes anda

Inilah cara praktikal untuk beri web developer faham apa keperluan website/sistem yang anda inginkan.

03 Nov 2019 PHP - Convert date dd/mm/yyyy kepada Y-m-d
PHP - Convert date dd/mm/yyyy kepada Y-m-d

convert tarikh dari input html dd/mm/yyyy kepada yyyy-mm-dd

16 Oct 2019 Cara Install SSL Letsencrypt pada ec2 aws
Cara Install SSL Letsencrypt pada ec2 aws

Cara install SSL kedalam webserver. Step by step dari terminal

08 Oct 2019 Laravel Package - Senarai Negeri Dalam Malaysia
Laravel Package - Senarai Negeri Dalam Malaysia

Pakej laravel bagi developer laravel untuk memudahkan senarai negeri dalam malaysia.

06 Oct 2019 Bina Web Server Dari Kosong (centOS atau AWS ec2)
Bina Web Server Dari Kosong (centOS atau AWS ec2)

cara basic untuk bina web server dari kosong.

HAMIZULFAIZ