Hamizulfaiz

Tech Entrepreneur / System Builder

Hardcode PHP vs PHP Framework

Published:

Updated:

linux Database

Yo semua!

Pertama sekali. maaf lah lama menyepi dalam blog ni. maklumlah hidup ni macam-macam warna. ade hitam putih, ade warna-warni. Sy uruskan ape yang patut dulu. hehe.

Okeh, balik pada tajuk. Soalan ini ditanya oleh saudara Muhamad Noor Hazim pada 25/11/2018

ini soalannya:

Assalamualaikum tuan Hamizulfaiz,

Terima kasih untuk info yang dikongsikan.

Sistem yang saya bangunkan sebelum ni menggunakan hardcode php (basic) untuk menjalankan proses CRUD.
Sejujurnya Saya tidak mahir menggunakan php framework. Saya ada dua soalan nak tanya pada tuan yang sudah berpengalaman:

1) boleh tuan huraikan apa kelebihan dan kekurangan antara menggunakan Hardcode PHP vs PHP Framework . 

2) patutkah saya bertukar menggunakan PHP Framework 

Waalaikummussalam bro!

Terima kasih banyak-banyak kerana memberikan soalan. dan maaf ye lambat benau nak jawab. haha.

PHP: Hardcore VS Framework

Hardcore dalam erti kata lain " dari kosong " lah. kita start dari index.php sampai siap sistem sepenuhnya, tanpa perlu melibatkan development kita ini dengan mana-mana sumber format dari luar.

Manakala Framework pula adalah sejenis coding yang sedia ada dan boleh di manipulasi semana baik yang kita mahukan. Contoh framework?

  1. Yii
  2. Codeigniter
  3. Zend
  4. CakePHP
  5. Laravel
  6. dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

Beza PHP Basic dengan Framework

Sesungguhnye. Kita sebagai developer sememangnye inginkan Control. Kita nak, bila ade je masalah atau BUG dalam sistem. kita tau mana nak cari debugging. dan macam mana nak betulkan bug fix. Apa beza dia? beza dia ade 1 sahaje. iaitu:

  1. Antara perit nak selesaikan masalah coding dengan tidak mengalami keperitan untuk selesaikan masalah.

Ya. Tiada jawapan tepat untuk perbezaan ni. Sy bukan nak jadi neutral untuk hal perbezaan ini. Tapi isunya bukan pada team mana yang kita pilih. tetapi "isu apa yang kita boleh selesaikan dengan efektif".

Sesetengah company, atau developer, mempunyai keserasian sendiri terhadap sistem yang nak dibina. Pilihan untuk menggunakan Basic code atau Framework adalah bergantung kepada "Solution" yang kita nak develop. Bukan atas programmer, dan bukan juga atas client. yep. Solution lebih penting!

Patutkah Anda Bertukar Kepada PHP Framework?

Jawapan saya YA dan TIDAK.

YA

Jikalau anda belum ada apa-apa projek yang nak buat. Baru nak start projek baru. Ok. ini sy rekomend. sebabnya, bila kita start dengan framework, kita akan berusaha untuk selesaikan masalah coding itu spesifik dalam framework. cuba dipertengahan nanti kalau mula rasa banyak style coding framework tu tak kena dengan kita. Kita nak transfer segala coding ke framework lain tu akan jadi sangat-sangat-sangat sakit hati. huhu. sebab apa? sebab kebanyakan framework menggunakan style coding MVC yang complex. Contoh. mula-mula cari coding di view, lepas tu masuk controller, bila baca coding controller, ade model, camput pulak dengan helper. Tambah lagi dengan external library. huish. lain macam rase dia nak convert ke plain pseudo code balik. So, kita akan stick dengan framework tu dan solve semua bug dalam skop framework.

TIDAK

Jikalau anda dah ade projek yang dah menggunakan basic PHP ade sedikit "kekusutan" bila nak transfer coding itu kepada framework. Ye, kalau kita re-develop kedalam framework lain. itu bagus. Tapi kalau kita nak pindahkan coding yang sedia ada kepada framework lain. itu perlukan kepakaran dan ketahanan kekusutan yang tinggi.

Dari Pengalaman Sendiri

Kalau dari pengalaman sy sendiri, untuk permulaan. Saya mulakan dengan basic php. Yep, dari blank. lepas dah boleh utilize basic-basic function dalam php, macam buat function sendiri or boleh debug coding yang ada tu bila datang bug. Move on kepada wordpress. Lepas boleh faham cara hook, functions, theme, plugins dalam wordpress. barulah masuk ke Framework.

Sepanjang perjalanan sy dalam industri System Development ni. Tak kiralah kita berada dari cms mana pun, framework mana pun, atau plain coding mana pun. At the end of the day, kita masih akan rujuk balik Basic PHP Documentation. Sebab apa? pi mai pi mai tang tu jugak. Framework ape pun kita guna, Cms ape pun kita guna, kita masih kena refer PHP documenation untuk utilize function tu kedalam sistem yang kita nak bina.

Sekian ulasan panjang. hehe. harap membantu. dan sekali lagi maaf ye lambat respon... hehehe.. ade lagi yang hantar contact enquiry. nanti kita ade mase lagi kita menulis ye ;)

Nak buat sistem?

Jom bincang untuk develop sistem yang custom untuk anda.

nak buat sistem bisnes? hubungi saya

Post Berkaitan

19 Feb 2026 Macam Mana Saya Debug Production Issue Tanpa Panik, Tanpa Main Teka
Macam Mana Saya Debug Production Issue Tanpa Panik, Tanpa Main Teka

Teknik praktikal debug sistem guna Laravel log dan Nginx log. Selesaikan isu server dengan tenang berdasarkan proses sebenar.

15 Feb 2026 Server Anda Bukan "Sekadar Hosting”. Dia Tentukan Kos & Prestasi Bisnes Anda
Server Anda Bukan "Sekadar Hosting”. Dia Tentukan Kos & Prestasi Bisnes Anda

Server bukan sekadar hosting. Ketahui kesan setup server terhadap kos, keselamatan, dan prestasi jangka panjang sistem bisnes anda.

03 Feb 2026 Perbezaan Antara cPanel dan VPS (Bare Metal Linux) Sebagai Hosting Anda
Perbezaan Antara cPanel dan VPS (Bare Metal Linux) Sebagai Hosting Anda

Bandingkan cPanel dan bare metal Linux. Ketahui cara VPS beri kawalan penuh dan prestasi lebih padu untuk website/aplikasi anda.

01 Jun 2020 Server - Perkara asas untuk web developer
Server - Perkara asas untuk web developer

Perkara asas mengenai hal-hal server bagi web developer

03 Nov 2019 Cara pastikan web developer ikut keperluan bisnes anda
Cara pastikan web developer ikut keperluan bisnes anda

Inilah cara praktikal untuk beri web developer faham apa keperluan website/sistem yang anda inginkan.

03 Nov 2019 PHP - Convert date dd/mm/yyyy kepada Y-m-d
PHP - Convert date dd/mm/yyyy kepada Y-m-d

convert tarikh dari input html dd/mm/yyyy kepada yyyy-mm-dd

16 Oct 2019 Cara Install SSL Letsencrypt pada ec2 aws
Cara Install SSL Letsencrypt pada ec2 aws

Cara install SSL kedalam webserver. Step by step dari terminal

08 Oct 2019 Laravel Package - Senarai Negeri Dalam Malaysia
Laravel Package - Senarai Negeri Dalam Malaysia

Pakej laravel bagi developer laravel untuk memudahkan senarai negeri dalam malaysia.

06 Oct 2019 Bina Web Server Dari Kosong (centOS atau AWS ec2)
Bina Web Server Dari Kosong (centOS atau AWS ec2)

cara basic untuk bina web server dari kosong.

HAMIZULFAIZ