Perbezaan Antara cPanel dan VPS (Bare Metal Linux) Sebagai Hosting Anda
Published:
Updated:
Bila bercakap tentang hosting, ramai orang masih keliru antara “cPanel account” dan “server sebenar” seperti bare metal Linux atau VPS. Kedua-duanya mampu run website anda, tetapi cara ia berfungsi dan tahap kawalan yang diberikan sangat berbeza.
Mari kita lihat perbezaannya.
cPanel – Berkongsi Sumber Server
cPanel adalah panel ui yang memudahkan pengurusan hosting. Tapi penting untuk difahami, cPanel hanyalah satu akaun dalam sebuah server.
Ini bermaksud anda berkongsi RAM, CPU, dan storage server dengan ramai pengguna lain yang membayar akaun mereka juga.
Sebagai contoh:
- Server anda ada 16GB RAM dan 8 core CPU.
- Jika cPanel digunakan oleh 10 akaun lain, sebahagian besar server resource ini digunakan oleh cPanel itu sendiri dan akaun lain.
- Website anda hanya menggunakan baki yang tinggal.
- Jikalau salah satu akaun cPanel ada website yang viral dan crash sebab trafik tinggi? website anda mungkin akan down sekali.
- Semua data anda seperti
database,gambardansource codeanda akan share juga dengan hosting provider.
Selain itu, cPanel sendiri memerlukan resource untuk berfungsi, jadi sebahagian RAM, CPU, dan storage tidak digunakan untuk website atau aplikasi anda, tetapi untuk menghidupkan (running) panel dan fungsi tambahan seperti email, backup, dan statistik.
Bare Metal Linux / VPS – Kawalan Penuh Untuk Web Anda
Berbeza dengan cPanel, bare metal server atau VPS memberikan anda akses root penuh.
Ini bermakna anda boleh:
-
Install apa sahaja library (contoh: local Ai) dan software yang diperlukan.
-
Configure server mengikut keperluan website/app anda.
-
Menggunakan seluruh resource server untuk aplikasi/website anda tanpa “sampah” tambahan.
Sebagai contoh, hal deployment:
cPanel:
-
Install WordPress guna softaculous.
-
Server 16GB RAM, tapi hanya 8GB efektif untuk website sebab cPanel + pengguna lain menggunakan baki 8GB.
Bare Metal Linux:
-
Pasang LAMP stack (Linux, Apache, MySQL, PHP) atau LNMP (Linux, Nginx, MySQL, PHP) sendiri.
-
Semua 16GB RAM dan 8 CPU core boleh digunakan sepenuhnya untuk website atau aplikasi anda.
-
Tiada bloatware tambahan – hanya yang software/web anda perlukan sahaja.
Kenapa LAMP / LNMP Lebih Efisien
Konsep LAMP atau LNMP muncul kerana:
-
Ia hanya menyediakan servis untuk dedicated website/app.
-
Tiada fungsi tambahan yang membazirkan resource.
-
Server boleh digunakan sepenuhnya untuk performance website/app yang optimum.
Dengan kata lain, semakin sedikit lapisan tambahan, semakin banyak resource yang boleh kita utilize untuk aplikasi/web anda.
Kesimpulan
Bagi mereka yang ingin performance maksimum dan kawalan penuh, bare metal server atau VPS adalah pilihan yang lebih baik berbanding cPanel.
Ini bukan untuk menidakkan cPanel – ia tetap mudah untuk starting dan mereka yang tidak mahu urus server sendiri. Tapi jika matlamat anda adalah mengoptimumkan server untuk aplikasi anda, gunakan bare metal Linux. Anda akan dapat kawalan penuh, lebih banyak resource server, dan fleksibiliti tanpa kompromi.
