Harga Buat Website Ecommerce: Murah Ke Mahal Sebenarnya?
Published:
Updated:
Cuba play
Ramai orang Google benda yang sama sebelum buat website.
“Berapa harga buat website ecommerce?”
Jawapan sebenar: bergantung pada cara website itu dibina.
Ada yang cuma RM500. Ada yang RM5,000. Ada juga yang mencecah RM50,000+.
Kenapa range dia besar?
Sebab ada dua jenis ecommerce website yang biasanya orang buat.
- Ecommerce guna template / plugin
- Ecommerce custom system
Ramai founder tak tahu beza dua ni. Akhirnya ambil yang murah dulu. Lepas beberapa bulan, baru nampak masalah sebenar.
Mari kita tengok realitinya.
Anggaran Harga Buat Website Ecommerce di Malaysia
Ini range biasa yang ada di pasaran.
RM500 – RM2,000 Biasanya freelancer setup WordPress + WooCommerce.
Apa yang dapat:
- template siap
- plugin ecommerce
- basic payment gateway
- produk boleh jual
Nampak murah. Dan memang boleh mula jual.
Tapi ada limit.
RM2,000 – RM5,000
Biasanya:
- WooCommerce masih digunakan
- sedikit customization
- design lebih kemas
- mungkin ada automation basic
Masih plugin-based system.
RM5,000 – RM30,000+
Ini biasanya custom ecommerce system.
Dibina ikut flow bisnes sebenar seperti:
- flow order
- inventory
- komisyen agent
- automation operasi
- dashboard bisnes
Ini bukan sekadar website. Ini sebenarnya sistem operasi bisnes.
Masalah Ecommerce Template Yang Ramai Founder Baru Sedar
Banyak freelancer bina ecommerce guna plugin dan template.
Sebab:
- cepat siap
- murah
- tak perlu coding
Tapi bila bisnes mula berkembang, masalah mula keluar.
Contoh situasi biasa:
Founder nak buat perubahan kecil.
Contoh:
- nak ubah flow checkout
- nak tambah logic harga agent
- nak auto assign delivery zone
- nak sambung dengan sistem dalaman
Jawapan yang selalu keluar:
“Plugin tak support feature tu.”
atau
“System WooCommerce memang tak boleh buat macam tu.”
atau lebih teruk
“Kalau nak feature tu kena tukar plugin lain.”
Masalahnya plugin bukan satu.
Kadang ecommerce ada:
- 10 plugin
- 20 plugin
- 30 plugin
Bila satu update rosak, semua benda boleh crash.
Maintenance jadi mimpi ngeri.
Masalah Kedua: Freelancer Tak Boleh Ubah Sistem
Ini benda yang jarang orang cerita.
Ramai freelancer sebenarnya tak tulis coding sistem.
Mereka cuma:
- install theme
- install plugin
- configure setting
Jadi bila client minta perubahan pada flow sistem…
Mereka memang tak boleh ubah.
Sebab sistem itu bukan mereka yang bina.
Mereka cuma guna.
Bila Ecommerce Custom Lebih Masuk Akal
Ecommerce custom bukan untuk semua orang.
Tapi ia sangat masuk akal jika bisnes anda ada:
1. Operasi yang unik
Contoh:
- ada agent
- ada dropship
- ada komisyen
- ada workflow order khas
Template ecommerce jarang boleh ikut flow ni.
2. Order volume yang semakin besar
Bila order makin banyak, anda perlukan:
- automation
- statistik sebenar
- tracking pelanggan
- integrasi sistem lain
Template ecommerce biasanya tak dibina untuk operasi besar.
3. Nak sistem ikut bisnes, bukan bisnes ikut sistem
Ini mindset penting.
Software biasa paksa anda ikut flow mereka.
Custom system buat flow ikut operasi bisnes anda.
Itu yang buat kerja jadi:
- lebih cepat
- kurang manual
- kurang human error
Harga Ecommerce Custom
Untuk ecommerce custom, harga biasanya bermula sekitar:
RM5,000 dan ke atas
Bergantung kepada:
- complexity sistem
- flow operasi
- automation yang diperlukan
- integration dengan sistem lain
Ini bukan sekadar website jual produk.
Ini sebenarnya membina sistem operasi untuk bisnes ecommerce anda.
Cara Paling Senang Tentukan Sistem Yang Sesuai
Sebelum bina ecommerce, tanya dulu:
- bagaimana flow order sekarang?
- siapa yang urus order?
- bagaimana inventory dikawal?
- bagaimana pelanggan repeat order?
- apa proses yang masih manual?
Dari situ baru nampak sama ada anda perlukan:
- ecommerce template atau
- sistem ecommerce custom
Jika Anda Mahu Ecommerce Yang Ikut Flow Bisnes
Jika anda nak bina ecommerce yang:
- ikut operasi bisnes sebenar
- ada automation
- boleh berkembang bila bisnes scale
- bukan bergantung kepada plugin
Saya ada servis untuk bina sistem custom ecommerce.
Harga bermula dari RM5,000 bergantung kepada flow sistem yang diperlukan.
Anda boleh lihat detail servis di sini: Servis bina custom system
Atau hubungi saya untuk bincang flow operasi bisnes anda dulu. Kadang dari situ sahaja kita dah boleh nampak banyak proses boleh automate.
