30 Jun 2024

Sistem Pengurusan Ejen

Selamat datang ke halaman projek Sistem Pengurusan Ejen yang saya telah bangunkan! Di sini, saya akan kongsikan bagaimana saya membantu perniagaan dalam mengurus agen dengan lebih simple dan efisyen. Jom kita tengok lebih lanjut bagaimana teknologi boleh memudahkan urusan perniagaan anda juga!

sistem pengurusan agen

Gambaran Keseluruhan

Projek: Sistem Pengurusan Ejen

Objektif: Membangunkan sistem yang memudahkan pengurusan ejen, meningkatkan produktiviti, dan mengoptimalkan proses perniagaan.

Masalah Yang Dihadapi

  1. Perniagaan menghadapi kesulitan dalam mengurus data ejen secara manual, yang menyebabkan efisiensi rendah dan kesulitan dalam pemantauan prestasi ejen.
  2. Pengurusan inventori juga bermasalah, bila ejen membuat jualan, tiba-tiba tak ade stock.
  3. Penjualan dilakukan secara manual, tiada online shop.

Solusi & Pendekatan

Bangunkan Sistem Pengurusan Ejen yang membolehkan syarikat mengurus ejen mereka dengan lebih efisien melalui platform digital. Penghantaran produk dan pembayaran komisyen ejen akan diuruskan oleh distributor, maka HQ hanya perlukan staff yang minimum.

Admin (HQ)

  • Pengurusan Produk. Set harga jualan, harga pembelian distributor dan amaun komisyen agen.
  • Pengurusan Distributor. Daftar akaun distributor melalui link URL
  • Stock Request. Distributor boleh "request stock" dari HQ untuk penambahan inventori. Setiap request akan mempunyai notification dan "request count" pada menu untuk alert kepada admin.
  • Statistik Dashboard. Admin dapat melihat statistik dan performance perniagaan mereka. Dilengkapi dengan Chart dan data yang efisyen untuk KPI.
  • Pengurusan Laman Web. Admin boleh tukar kontent halaman hadapan website termasuk testimony dan gallery.

Distributor/Stokis

  • Ejen boleh mendaftar dibawah distributor menggunakan link URL register akaun.
  • Stock Request. Apabila stock kurang, distributor boleh membuat "Request Stock" untuk tempahan stock baru dari HQ.
  • Receive Stock, apabila "Stock Request" telah sampai ke tangan distributor, hanya klik "Received" dan sistem akan auto tambah stock sedia ada.
  • Pengurusan Inventory. Distributor boleh set tahap kuantiti stock yang ada secara manual, atau gunakan "Stock Request" untuk sistem auto tambah stock.
  • Pengurusan Ejen. Apabila distributor ingin membayar komisyen ejen, hanya click butang "PAID" pada akaun ejen dan rekod serta komisyen akan dikira secara auto.
  • Order Management, setiap pembelian dari online shop ejen akan mempunyai resit PDF dan boleh di download.
  • Order Processed, distributor boleh set status penghantaran pembelian dengan hanya 1 klik.
  • Statistik Dashboard. Distributor akan mempunyai statistik order, total sales dan jumlah ejen.

Ejen

  • Online Shop. Setiap ejen akan mempunyai URL unik yang boleh disebarkan untuk membuat jualan.
  • Senarai Order. Setiap pembelian dari pelanggan melalui link ejen akan tersenarai di bahagian "Orders".
  • Commissions. Apabila distributor telah membuat pembayaran komisyen ejen, rekod pembayaran akan tersenarai disini.
  • Profile. Ejen akan mempunyai profile tersendiri dimana mereka boleh upload gambar profile mereka, ini bertujuan untuk paparan "Top Agents" di halaman web utama.

Cabaran Yang Dihadapi

Salah satu cabaran utama adalah memastikan data ejen yang besar dapat diuruskan dengan efisien dan sistem dapat menangani banyak pengguna secara serentak. Penyelesaian dibuat dengan mengoptimumkan database dan mengimplementasikan caching.

Screenshot

Dashboard Admin
sistem pengurusan agen admin dashboard
Dashboard Distributor
sistem pengurusan agen dashboard distributor
Dashboard Agent
sistem pengurusan agen dashboard ejen
Online Shop
sistem pengurusan agen online shop
Online Shop Checkout
sistem pengurusan agen online shop checkout
Order Completed
sistem pengurusan agen online order completed
Order Completed (sambung)
sistem pengurusan agen online order completed
Servis website sistem custom

Nak develop sistem?

Jom bincang untuk develop sistem yang custom untuk anda.

Whatsapp
HAMIZULFAIZ