Setiap satu website atau web app, atau mobile app. Tidak akan lari jauh dari hal Request dan Response. Perkara yang membezakan semua software hanyalah Language. Manakala, proses Request dan Response tetap akan ada didalamnya. Inilah fitrah software.
Request
Sistem/Software akan meminta (requesting) sesuatu untuk mendapatkan sesuatu supaya boleh diproses.
Response
Response adalah perkara yang dibalas oleh yang meminta.
Anda ada website? website anda akan meminta dari server untuk data tentang apa yang harus browser paparkan ke screen
Anda ada mobile app? app anda akan meminta dari server data yang akan diguna untuk memanipulasi paparan app.
Secara asasnya, kehidupan kita juga tidak lari daripada meminta dan menerima. Bezanya, kita manusia boleh memberi tanpa meminta. ini memang advance! haha.
Tapi mengikut logik asas, sistem tidak akan menerima respon sekiranya tiada permintaan.
Namun begitu, era baru kini, kita dah ade teknologi Push Notification. Teknologi ni boleh kita kata sebagai memberi tanpa meminta. tiba2 je dapat notification! tak mintak pun~ haha
REST API
API adalah satu contoh terbaik untuk kita mendalami tentang Request & Response. Web browser meminta dari endpoint URL untuk data GET, dan server akan respond dengan data yang telah diproses. Jom kita tengok:
<script>
// ini adalah request dari browser/client
$.get('https://namawebsite.com/api/latest-post', function(dataResponse){
console.log('ini adalah response dari server: ', dataResponse);
}, 'json');
</script>
<?php
// ini adalah server side https://namawebsite.com/api/latest-post
$latestPost = [
'title'=>'Contoh Post Terbaru',
'article'=>'<b>ini adalah content artikel terbaru</b>'
];
// ini adalah response dari server
echo json_encode($latestPost);
exit;
?>
Request & Response dalam Coding
Katakanlah anda akan coding tentang satu app menggunakan language javascript. mari kita pecahkan setiap satu, bahagian mana request. dan bahagian mana response.
<script>
// kita mulakan dengan Request data
$.get(
'https://domainname.com/api/endpoint', // bahagian 1
{paramKey:'param value',paramKey2:'param value 2'}, // bahagian 2
function(respon){
console.log(respon);
} // bahagian 3
);
</script>
$.get();
adalah fungsi di dalam jQuery untuk kita Request data dari server. ada 3 bahagian didalamnya.
<script>
$.get( bahagian1, bahagian2, bahagian3 );
</script>
bahagian 1 adalah untuk alamat, dimana nak request? ha, di URL ini lah kita akan Request
bahagian 2 adalah untuk tambahan parameter. Ada data tambahan yang kita perlu beri kepada server sebelum dia boleh respon dengan betul. bahagian ini biasanya optional. tak wajib isi.
bahagian 3 adalah bahagian respon. Apa-apa respon dari server akan masuk ke bahagian ini. selepas dapat respon, kita akan masukkan respond itu kedalam function. dimana didalam function itulah kita olah/manipulasi data respons yang kita dapat kepada paparan display.
Rumusan
Request & Response ada di dalam coding. Kita programmer banyak menggunakan fungsi ini kerana ada data yang kita perlukan daripada sumber yang pelbagai. Keseluruhan artikel ini hanyalah konsep secara general tentang macam mana Request & Response itu berlaku. Setiap programming language berbeza cara untuk request dan response. Artikel ini sesuai untuk anda yang baru nak mengenali hal-hal programming.
Selamat mencuba!