HAMIZULFAIZ
Hamizulfaiz

Web Application Developer

Bisnes - Beza website syarikat dengan sistem
bisnes

Website adalah perkara biasa yang kita dengar apabila menceburi bidang bisnes. Namun ada perbezaan antara website syarikat (yang cuma ade info pasal about, contact, dan yang sewaktu dengannya tu) dengan sistem untuk bisnes (website yang mempunyai sistem yang menajalankan proses bisnes).

Apa itu website yang mempunyai sistem?

Website yang mempunyai sistem adalah website yang boleh menjalankan kerja-kerja untuk bisnes tanpa memerlukan pekerja. Contoh paling jelas adalah simpan rekod, analisa rekod, pengiraan rekod, dan yang berkaitan. (mungkin masih terlalu general. tapi inilah perkara harian dalam bisnes)

Sistem akan mengambil data, contohnya dari borang feedback pelanggan. Sistem akan kumpul data, analisa siapa yang paling banyak markah misalnya.

Analisis Data

Cuba kita masuk ke dalam sistem untuk kedai makan. Pelanggan akan hantar feedback melalui borang, pilih menu mana dan berapa bintang. Kemudian sistem akan pamerkan menu mana yang paling dapat sambutan. Boleh juga kita filter dan tengok bulan ini menu mana paling perform, atau menu mana paling tak perform.

Sistem Rekod Kehadiran Staff

Sistem juga boleh rekod berapa banyak kali pekerja kita tidak hadir, atau ponteng kerja. Dengan adanye rekod sebegini, kita sebagai majikan boleh mengambil tindakan kepada pekerja kita. Sebab kita dalam bisnes tidak boleh sewenang-wenangnya membuang pekerja. Dengan ade sistem, kita ade bukti.

Sistem Kiraan Gaji Staff

Ye, sistem juga boleh dibuat sebegini rupa. Kita boleh buat kiraan untuk gaji pekerja. Ambil berapa banyak jam yang dia telah bekerja dengan kita pada bulan ini, kemudian sistem akan kira untuk kita berapa banyak gaji yang kita akan bayar. Boleh juga kita kira berapa EPF dan SOCSO untuk staff kita juga. Mudah kan? belum cerita pasal akaun syarikat lagi. key in je perbelanjaan dan income bulanan. dah boleh buat report untuk tahunan.

Perbezaan Website Biasa dengan Website Sistem

Website biasa adalah untuk tujuan marketing, manakala website sistem bertujuan untuk pengurusan bisnes. Betul, keduanya adalah website. Namun penggunaan adalah berbeza. Kerana website biasa tidak dilengkapi dengan sistem-sistem seperti yang saya sebutkan diatas, sebab sistem perlu dibina. Berbeza dengan website biasa yang hanya boleh install dan cari template (ini lah cara banyak web designer tipu client. beli template. install. cas ribu-ribu).

Sistem perlu dibina, manakala web boleh cari template. Sistem memerlukan proses bisnes yang mana akan melibatkan programming dan data. Adakalanya mahal dan adakalanya murah. Bergantung kepada berapa kompleks sistem yang diinginkan, harga akan naik atau turun.

psst, kalau ade projek nak buat sistem untuk bisnes anda, mai la hubungi kite ye. hehe.

Semoga post ini memberi sedikit sebanyak manfaat kepada anda. Like, share dan subscribe newsletter sekali ok!